Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

MENANTI HARI YANG AKAN DATANG

Kini menghampiri garisan penutup tahun 2018. Alhamdulillah ternyata tahun ini banyak lebih baik dari tahun yang lalu. As you can see my post on 2017 is less than my previous blog post on 2016. Itu tandanya Leya byk diamkn diri utk 2017. Not expose myself so much in blog. Sbb terasa tiada kisah menarik dan keyakinan diri utk menulis. Tahun ini berbeza. Permulaan awal tahun dgn praktikal di Jabatan Perangkaan. Masa tu dah rasa Cant wait till I finish internship. Bila dah abis intern, Cant wait to start job hunting.Then Cant Wait to hv my Convo Ceremony,Cant wait to meet my future husband, Cant Wait to celebrate this new year 2019 with something great.Hehe saya dah plan dgn kwn sy Teha yg smbg master di UMP. We gonna hv wonderful adventure. Alhamdulillah dah masuk bulan ketiga kerja di POTO Travel and Tours.Memang mula dari zero experience in sale but everytime I make mistakes, I told myself "Keep Learning" . Yg untungnya saya dpt pengurus Kak Ina dan senior Abg Amir  yg ba...

SEPARUH JIWA

Syukur saya temui Special1 yg selama ini sentiasa cuba fahami saya. Dia separuh jiwa saya yang saya cari selama ini. Dia lengkapkan pada apa yang terasa kurang dalam diri saya. It is a good feeling to have somebody to calm you when you so nervous. To laugh when you try making jokes (eventhough not so funny) >_< Allah Maha Sempurna ciptakan manusia berpasangan. Moga saya dan my Special1 berjodohan. We gonna try our best to take care this relationship. To make it going further another stage engangement and marriage. InshaAllah. We had lot of moments for 2018. Thank you my dear! Moga sakinah dpt saya rasai tiap hari bila bergelar isteri Special1 satu hari nanti. Now enjoy single life! Achieve more success! Unlock more skills! Doa yg baik2 selalu. Daku kan setia menunggu p/s : I miss you Special1

HARI LAHIR DIA

Pada tarikh 4 Oktober dia membuka bungkusan hadiah yang dikirim.Lampu yang bernyala di tangga menjadi saksi dia membaca kad ucapan yang terselit dalam bungkusan. "Happy Birthday My Love" My love adalah gelaran untuk si dia,Special1.Sebelum saya kirim hadiah itu saya tanya pada dia birthday awak 6 Okt kan???(Dalam hati ada cubaan utk mengusik dia) Emoji menangis berturut-turut keluar terpapar di skrin mesej whatsapp.Dia sedih bila saya lupakan tarikh hari lahir.Cian dia :P Saya hanya mengusik.Mana mungkin lupa pada tarikh istimewa.Jarak yang jauh bukan penghalang untuk raikan dengannya.LDR mengajar saya supaya lebih hargai pada dia yang sentiasa dirindui.Tepat pukul 11.30 malam 3 Okt dia hilang dari radar whatsapp (offline >_<) Saya pun tertunggu smp ttido.Tepat hampir pukul 12.00 tgh mlm terjaga untuk ucapkan Slmt Hari Lahir awaakkk..Ketika detik itulah dia buka hadiah pemberian saya.Padahal hadiah tu dah sampai awal.Dia tunggu detik 12.00 mlm baru nk bkk.Hah...

NOTHING IMPOSSIBLE IN MISSION IMPOSSIBLE

Best tau tgk Mission Impossible.Sy recommend sgt utk org yg suka tgk filem aksi.Filem ni aksi plus kena bijak berfikir.Saya suka cara hero, Tom Cruise yang kacak berlakon sbg Ethan Hunt masa dia fikir selesaikan masalah.Bila terlibat dalam kumpulan IMF (Impossible Mission Force) akan ada benda tak jangka. Dia memang bijak pantas buat keputusan selesaikan masalah. Bila ada ahli kumpulan dia tanya "How you do that?" Ethan said " I just follow my instinct" Perghh gituuh org bpengalaman ckp.Nmpk la watak yg dia mainkan adalah mesti hv no doubt in his decision.Dan dia mmg will do anything to accomplish his mission.Tu yg best citer.Dgn teknologi yang canggih dan dia boleh tukar muka guna topeng.Aritu tgk Mission Impossible 3 and 4 kt Astro tu yg saya trigger nk tgk Mission Impossible yg latest Fall Out.Best ada scene kt Paris.Hehe Its my fav city.City of love.Ada scene dia terjun dari ketinggian yg sgt impossible to do but he did it.Bila ada kecemasan yg kwn dia ...

REZEKI TAK SALAH ALAMAT

Alhamdulillah Dapat khabar gembira lulus interview di POTO Travel and Tours.Akan tetapi ada stage kedua di HQ Kuala Lumpur.Sekarang saya menunggu tarikh panggilan interview kedua.Ada rezeki boleh la dapat kerja tetap nanti.Rezeki takkan salah alamat. Terfikir jgk mcm mana dgn bidang sy bljr sblum ni.Cukup smp di degree tahap pengajian atau I can do more develop my potentials.For now sy rasa no need for rushing.I would like to begin my career first and to continue my study in list to do.I also would like to take SOA professional exam but still hold on cause lack of practices and also lack of money.Huhu. Right now saya try to learn more languanges.Saya install app Duolingo.It really helps me to learn new words.Sy bljr Chinese and French.Sy dapat motivasi bljr languages lain sbb sy mmg minat dan jgk sy tgk Neelofa dlm igstory beliau bljr bhs Spanish.Itu mengingatkan sy no matter you are getting older,learning is unstoppable thing to do.Keep learning Leya <3 Moga saya dapat bua...

MASIH MENCARI KERJA

Alhamdulillah Semalam selesai sesi temuduga bersama Poto Travel and Tours,Kuantan.Ini adalah temuduga yang keempat dalam hidup saya mencari peluang kerja tetap.Saya keluar dari bilik temuduga dengan hati lapang.Seronok sebab ini adalah temuduga yang agak lama untuk saya dan saya cukup tertarik setiap soalan yang dilontarkan oleh panel temuduga,Pn Zarina dan En Amir. Saya ditemani mak cik sedara,Auntie Sue pergi ke Airport Kuantan.Its my first time to go there.I was soooo excited.Tiba di pejabat, saya diberi borang permohonan.Saya kena isi borang dan jawab sedikit soalan quiz English serta essay on why we should hire you. Antara soalan temuduga "Perkenalkan diri awak berdasarkan apa yang  awak isi dalam borang" "Apa yang awak suka buat pada waktu lapang" "Berikan saya apa satu kebaikan awak dan satu keburukan awak" "Apa aktiviti di tempat kerja yang awak suka buat dan awak sangat minat tugas itu" "Apa pilihan awak; kerja sibu...

EKSPRESI RINDU

Dia murung hari ni.Ada plan yang dia harapkan berjalan lancar tapi jadi sebaliknya.Dari jauh saya risaukan dia.Ada hati nak berada dekat dengan dia sebagai peneman dia.Namun,jarak jauh ini menyukarkan perasaan saya untuk memujuk dia.My Special1 knows me well.I am not good to persuade people.Jadi sy cipta puisi ekspresi rindu. Lega sgt dia suka dan hargai.Mood dia mula ok bila tgk dia start talkative.Ada je benda dia nk usik2 dia nk cerita itu ini.Dan saya terharu bila dia mula berkongsi dengan orang yang dia rapat tentang our relationship.His courage to say that I am included in his future plan make me so happy.Saya bahagia dgn dia.Banyak penghargaan dia usahakan untuk saya.Lagi 4 bulan, saya akan raikan setahun perkenalan dgn dia.Makin kenal,makin syg.Doa yg baik2

TIDAK TANAM ANGGUR

Alhamdulillah Bakal menyambung kontrak di Jabatan Perangkaan Malaysia Pahang.Saya gembira diberi kepercayaan untuk lakukan prestasi baik di pejabat.My boss Pn Umi and my supervisor Pn Siti are nice people.Teman sepejabat juga baik belaka.Jadi memandangkan saya belum dapat tawaran kerja tetap its better utk bsyukur ap yg ada dan buat terbaik.Kadang kita runsingkan ap yg kita belum ada sedangkan yg sudah sedia ada merupakan peluang terbaik Allah bagi. Bermain dgn data dan nombor memang pening kepala jd motivasi terbaik adalah kawan sekeliling yg positif.Semua buat kerja demi rezeki yg halal.Moga ada keberkatan dlm rezeki yg kita usahakan.InshaAllah. Saya memang jenis yg ambitious.Rasa byk benda nk capai kt dunia ni.Tapi sebagai muslim kita kena ada amalan utk di alam sana.Kejar akhirat,dunia pn kita dpt.Td usai solat isyak sy baca Al-Quran mcm biasa.Sehari satu muka surat pn cukup utk istiqamah.Sy baca petikan dari surah al-An'am menceritakan para nabi dan rasul yg telah Allah...

RAYA HAJI 2018

Raya Haji disambut sederhana oleh saya sekeluarga.Kami raikan di rumah sahaja.Memandangkan saya tak amik cuti jadi xbalik kg pn.Makan tghari di rumah pak cik sedara,Ayah Loh.CikSu rajin sgt masak menu rendang dan nasi impit. Istimewa tahun ni apabila my Special1 berkunjung lagi dgn ibunya.Terima kasih dear for visiting my family and I.Dia bawa ole-ole dari Kelantan dan Terengganu.I love it.Lets get to know each other better. Hari ni 1 September mcm2 dah berlaku.Life goes on.Moga arwah Pakdo (atuk sedara) yg br saje meninggal dunia dicucuri rahmat Allah.Abah pula diuji dgn kemalangan.Terbalik van yg abah bawa.Kalau tgk keadaan tu kita nmpk kemungkinan terselamat tu adalah kecil kemungkinan.Allah izin abah selamat dan sedar.Abah kata waktu tgh drive abah baca surah al-Ikhlas.Bila kita igt Allah, Allah bersama hambaNya.Moga abah cpt sembuh. Dan anak murid sy bakal duduki UPSR.Both ank murid sy adalah ank sulung jd besar harapan ibubapa utk lihat their first son to achieve suc...

SIJIL BERTAMBAH

Alhamdulillah Semalam bertambah satu sijil yang valid sampai bila2...Tadaaaaa Sijil Kahwin.Ok nama penuhnya Sijil Kursus Pra Perkahwinan.Wajib ambik yer gaisss kalau sibuk sgt nak kawen :P Di Pahang bayaran yuran masih berpatutan RM80 termasuk makan pagi dan tghari serta gula2 utk dua hari. Saya ditemani adik saya, Akma. Kitorg duduk barisan depan sekali.Nampak tak semangat berkobar-kobar bila bab kawen...padahal datang lambat dan seat dpn sekali je yg kosong haha >_< Bertempat di pejabat Majlis Agama Islam Pahang saya dan Akma dapat belajar bab akidah, ibadah, akhlak dan pengurusan stress pada hari pertama.Hari kedua disusuli dengan bab prosedur perkahwinan, munakahat,komunikasi, hubungan kekeluargaan dan pengurusan kesihatan serta pembubaran perkahwinan(talak). Time pengurusan kesihatan best sbb sy rindu bab belajar biologi zaman sek dulu2.Penyampaian oleh Dr Aiza dari Pakar Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri.Beliau terangkan  pasal sakit keturunan, pentingnya jaga...

PABILA MENGENANGKAN

Semalam ada orang tu dia bukak balik album yang dalam tu terselit satu kad raya.Ok to be honest orang tu adalah diri saya sendiri.Hehe.Saya baca balik isi tulisan kad raya dari my Special1. "Daku bersungguh utk halalkn hubungan ini" It gives me strenght.Utk terus percayakn dia dan yakin dgn kesungguhannya.Org kata ada jodoh tak kemana.#doaygbaik2 Mestilah terkenang my Special1 yg jauh di mata.Still unbelievable how we get to know each other closer and get better closer teasing each other.He treats me well.Appreciate my presence in his life.Always say sorry for little mistake and thank you for good things I did.I choose to love him.Kita merancang, Allah sebaik-baik Perancang.Moga yang terbaik utk sy dan my Special1. "Hey dear, I miss you!" 

FASA MENCARI KERJA

ALHAMDULILLAH Saya sudah selesai hadirkan diri untuk sesi temuduga di Securities Commission Bukit Kiara bagi jawatan Islamic Capital Market Graduate Trainee Scheme (ICMGTS) .Temuduga dibuat dalam bentuk berkumpulan. Pada sesi saya terdapat lebih kurang 40 orang dibahagikan dalam 5 kumpulan.Masing2 perlu menjalani 4 sesi temuduga. Pada sesi pertama saya kena jawab soalan karangan dalam masa 20 minit untuk perkataan kurang daripada 300 perkataan. Kemudian, saya perlu jawab kuiz 20 soalan termasuk pengiraan dan soalan puisi in English.Soalan objektif sahaja jadi pilih la jawapan yang tepat. Mujur saya tergerak hati nak bawa kalkulator.Hehe.. Seterusnya, sesi berkumpulan kena bincang tentang ulasan daripada video yang dipaparkan. Jadi kena dengar elok-elok video itu.Tiap orang kena bagi pendapat berbincang apa yang isu berbangkit daripada video. Selesai 30 minit berbincang, assessor ataupun facilitator akan beri masa kita 5 minit untuk prepare bercakap secara individu.Tempoh bercakap ...

SUKA DAN DUKA DEBAT

Pada 30 Jun lalu saya berkesempatan memenuhi jemputan jadi hakim bagi Pertandingan Debat Bahasa Arab Anjuran Yayasan Pahang. Seawal pagi bangun meskipun malam semalam letih masih terasa naik bas balik dari pembentangan praktikal di USIM. Itulah orang kata passion iaitu kita buat dan mampu buat dan akan buat bila dah suka meskipun badan penat asalkan hati gembira. Gembira pertama dapat bersua lagi dengan sebahagian keluarga debat arab yang saya kasihi. Gembira kedua dapat jumpa bakat baru menyerlah dalam kalangan pelajar yang bertutur bahasa arab dengan yakin. Gembira ketiga dapat jejak kaki ke Maahad Tahfiz Negeri Pahang. Sekolah yang hebat fasiliti dengan pelajar yang sentiasa pegang al Quran. Namun, hari itu bukanlah gembira selalu. Lepas selesai Solat Maghrib di masjid baru maahad, saya meneruskan pemanduan kereta untuk pulang. Hampir tiba di persimpangan keluar, lampu kereta yang dipasang menjadi malap. Enjin kereta berhenti. Its so dark guysss. My first contact list is abah. ...

DETIK DINANTI

Alhamdulillah Saya masih sihat utk menukilkan kalam diari di blog ini. Hari berganti banyak memori didapati.Byk sgt smp tak tau nk tulis ap dulu.Haha First of all, minggu ni last bulan Syawal. Jadi sukacita Aliya makan byk tiap kali jamuan raya. Rezeki jgn ditolak guysss Ok ckp pasal ditolak ni dukacita sis nk maklumkn sis xtpilih dlm interview dgn Public Bank. Doakan sis dpt buat terbaik utk interview lain pula. Leya, u can do it! Apa yg paling best di bulan Jun adalah bilamana Leya berjaya akhiri zaman degree dengan pembentangan praktikal. Road to Convo. Dear myself, tq for being so strong to finish your study. Love yourself and be successful!! Alhamdulillah bersyukur atas sokongan padu umi abah insan kerdil ini dipermudahkan urusan pembentangan.Thanks to my Special1 sbb sudi teman saya di hari bersejarah itu. Wonderful moments to be with u, love. Now Leya is feeling so blessed to meet colourful people during my life campus. Masa nak hantar report kat Madam Norlida, te...

MERIAHNYA RAYA 2018

Telah berlalu sebulan puasa (tahniah bagi yg cukup puasa,yg xcukup sila ganti) Kini Syawal menjelma tiba. Alhamdulillah dapat meraikan raya tahun ini di desa yang dirindukan Kampung Rantau Panjang, Kelantan.Saya sekeluarga pulang ke kampung sehari sebelum raya. Maka sempat lah menikmati juadah berbuka di Kelate. Hok tengoh viral tu kuih kuba guling. Saya tak berapa suka sgt kuih tu sbb rasa mcm xkena dgn tekak. Kuih tu warna hitam sbb ada ramuan arang. Sebelum berbuka saya ikut umi, abah dan my auntie, Cik Ja pergi bazar Ramadan kat Pasir Mas. Sibuk nak mengikut..haha memang jenis yg suka mengikut sbb suka jalan2 ^_^ Besar sangat bazar tu..mcm2 ada..semua sy terliur nak makan.Balik dari bazar mmg penuh tangan dgn mknn.Bkn sy yg beli yer..Abah yg beli..sy tukang makan.hehe.. Maka menu berbuka pada hari terakhir puasa adalah nasi, tom yam, ikan masak steam, daging goreng kunyit, paprik ayam, sup perut, som tam, kuih butir nangka dan roti john.Sedap sgt makan tu...Air kelapa ada...

PERSIAPAN RAYA 2018

Semalam umi mengajak saya keluar cari pakaian Aris dan abah. Baju melayu dah ada cuma yang belum ada T-shirt raya. Saya memang selalu tak lekat di rumah waktu hujung minggu sebab time tu lah untuk spend time dengan family di luar rumah. Haha.. jenis suka berjalan. Tapi sebenarnya time sesak jem dengan kereta manual penat bhaii... kaki duk main clutch jer. Sabar2.. akhirnya time nk parking kebetulan tepat2 ada kereta nak balik. Alhamdulillah bersyukur sesangat. Sebab dapat parking ni adalah satu rezeki jgk. Kalau tak, mmg pening la pusing satu bangunan nak cari parking. Saya dan umi singgah di Parkson. Cari baju yang paling berbaloi harga. Lama gaissss sebab Parkson kottttt klu promosi 50% pun tapi tetap mahal. Kena round satu parkson baru jumpa. Beratur nak bayar lagi satu hal. Kebanyakan kaum bapa je beratur, sy duk fikir ni mesti sebab kaum ibu dah penat tlg survei pakaian. Jadi bapa kena tlg beratur bayar.Mcm tu lah give and take.. hoho. Done beli baju serta seluar jean aris, d...

BERBEZA TETAP SERASI

Serasi sehati sejiwa. Dia selalu boleh membaca tiap tindak laku saya yang tersirat. Pada gaya bahasa saya menaip mesej pun dia boleh tahu mood saya ketika itu. Mengenali si dia dalam waktu yang singkat tapi terasa bagai sudah lama kenal.Mungkin ini lah namanya jodoh. Saya akan terus sentiasa mendoakn yg terbaik. My Special1 smalam dia beritahu saya ada satu ujian personaliti yang dia dah jawab. Saya tahu dia nak saya buat jugak ujian tu =P. Saya pun jawab jugak ujian personaliti kat laman web 16personalities.com. Keputusan si dia menunjukkan personaliti introvert manakala saya pula extravert.Semua aspek sgt kontra antara saya dan my special1. Haha this is how we gonna complete each other ;) Hubungan jarak jauh tak mudah. Bagi saya dan my special1, we decided to trust each other, support each other and being honest. Akan ada ups and downs tapi macam mana cara kita cuba selesaikan dan bertolak ansur akan jadikan kami lebih sayang antara satu sama lain. Special1 saya ni mmg kuat me...

TEMUDUGA DI PUBLIC BANK

Alhamdulillah Pada 31 Mei sy hadirkn diri ke temuduga di Menara Public Bank Jalan Ampang. Keputusan temuduga akan di maklumkn 2 minggu lagi. Moga ada rezeki buat saya bekerja di bank. Saya gigih hadirkn diri untuk rebut peluang. Terima kasih kpd Aishah Mohd dan Sulihah yg memberi saya ruang utk tumpang rumah sewa mereka. ;)

BERI YANG TERBAIK

Dalam kesibukan dia mengharungi hari di kampus, masih ada masa untuk dia luangkan dengan saya. Saya faham dengan kesibukan itu andai tak dapat bersua. Namun cara dia beri yang terbaik untuk lengkapi hari saya, bertambah rasa kekuatan untuk saya terus mendoakan agar dia adalah jodoh saya di dunia ini. Kita tak tahu siapa jodoh kita. Mohon yang terbaik dari sisi Allah agar kita ditemukan jodoh yang boleh jadi peneman hidup di hari tua dan pembimbing yang baik. Hari saya jadi ceria kerana bila dengan dia saya boleh jadi diri saya sendiri dan banyak benda kami cakap sbb memang kitorg jenis suka bercakap. Haha..serasi bersama la ;) Apabila kita mahu menjaga hubungan yang ingin dibina hingga jenjang pelamin saya sedar semestinya kita kena care each other. Try not to talk about diri sendiri but also focus on how our partner life. Lebih-lebih lagi bagi hubungan jarak jauh..So many things to talk about life. Dan dia ambil berat akan aktiviti yang saya buat, dan dia akan bagi idea untuk tam...

TIDUR TAK LENA

Benar lah kata orang, mereka yang bercinta ini TIDUR TAK LENA Haha.. Semalam pada pukul 11.04 malam saya sudah selimutkan diri untuk tidur.Ting ting ting ting(bkn lagu comel si pipi merah :P ) bunyi dering telefon saya.Banyak whatsapp masuk dari seorang pengirim yang tertera nama "Special1" Dah macam jam loceng tepon saya masa tu sebab saya dah ngantuk tapi ada orang tu buatkan saya tak lena. Rupanya si dia tengah mood nak mengacau orang tido =_= Luckily u are my Special1. Sembang kejap dengan that Special1(definisi sekejap adalah 30 minit >_< ) He laughed a lot. Suka la tu dapat kacau org nk tido. Haha. I am glad u make me happy walaupun kacau waktu tidur saya. Awk bukan pengacau tapi awaklah penyeri hidup saya. Terima kasih sbb hadir dlm hidup saya. Alhamdulillah moga perancangan Allah yang telah menemukan kita akan satukan kita satu hari nanti. Buat masa ni kita sama2 bina kerjaya ;) Lots of Love from Liya <3 Especially to my Special1 p/s: Semog...

MENUJU GERBANG KERJAYA

Assalamualaikum Hari ini adalah cuti awam sempena Hari Wesak. Semalam merupakan hari pertama saya bergelar penganggur. Minggu lepas saya berjaya menamatkan 18 minggu tempoh latihan industri. Alhamdulillah. Well done myself! Keep calm and be happy! Jadi di kesempatan cuti ini saya boleh la update blog yg dah lama x update. Hehe. How is my life??? Alhamdulillah so far so good. I really cant believe I survived till now hoping that everything is going to be better on this 2018. 25 Mei tamat lah latihan industri.Bulan Mei ini akan sy coretkan dgn satu kenangan baru iaitu kenangan temuduga. InshaAllah pada 31 Mei saya akan hadirkan diri ke sesi temu duga di Menara Public Bank. Saya dapat tawaran untuk jawatan Management Trainee. Sebagai bakal graduan saya memang mencari peluang Management Training sebab itu satu permulaan baik bagi saya tambah kemahiran dalam diri dan diberi bimbingan sebaiknya sebelum melangkah ke alam kerja sebenar.InshaAllah ada rezeki saya akan jadi orang Keyelll....

SELALU DEKAT WALAU JAUH

Semalam saya pulang ke rumah ada bungkusan menanti. Dia hadiahkan saya buku. Tebal sangat buku tu ada 542 muka surat.Saya syak kalau sehari saya baca satu muka surat boleh jadi hampir dua tahun baru saya habis baca. Sajer la tuuuuu nak bagi saya sibuk baca buku dan terus setia dengan dia sorang =P Hehe..dia tahu cara untuk buat kan hubungan jarak jauh ini tak pernah terasa jauh pun. Dia selalu dekat walau hakikatnya jauh jarak antara kami. Jatuh cinta bukan kali pertama buat kami berdua. Dia ada masa lalunya. Dan saya pun pernah mengalami perasaan suka kepada orang lain. Namun masing-masing dipertemukan dalam keadaan ingin mengisi kosong hati dan  ingin dihargai. Saya percaya dia orang yang tepat saya dambakan selama ini. Moga dalam peliharaan Allah. Jatuh cinta itu biasa tapi menjaga cinta untuk kekal hingga akhir hayat itu luar biasa. Terima kasih awak untuk hadiah yang awak kirimkan. Saya akan baca buku itu ;)

TUSYEN MATEMATIK MALAM

Alhamdulillah Sejak awal Februari saya dapat peluang mengajar Ilham Fariz untuk subjek Matematik.Saya akan ke rumahnya pada waktu malam untuk sesi tusyen Math.Fariz akan ambil UPSR pada tahun ini.Jadi Kak Miza,sbg ibu ingin Fariz dapat skor markah terbaik untuk persediaan UPSR.Saya kenal Kak Miza di tempat praktikal. Ketika sedang buat aktiviti gotong royong di pejabat,Kak Miza bercerita prestasi Math Fariz.Pada waktu itu saya sukarela tawarkan diri untuk membantu Fariz tingkatkan markah Math.Dari situ lah permulaan saya mengenali Fariz.Saya kagum dengan semangat yang dia tunjukkan sewaktu belajar.Dia memang gigih mengira semasa buat latihan. Minggu depan dia akan menduduki satu lagi ujian.Saya sebagai tutor mendoakan yang terbaik untuk dia.Fariz anak sulung jadi bila dia dapat markah terbaik,adik adiknya iaitu Mukhriz dan Qalish pasti akan ikut jejak langkahnya. Seronok bila jadi tutor kita dapat eratkan hubungan dgn keluarga nya juga.Kak Miza pernah menghadiahkan saya sehela...

PELUANG CUMA DI DEPAN MATA

Alhamdulillah Memberi awak peluang untuk jadi sebahagian hidup saya adalah keputusan terbaik saya pernah buat. Awak ingatkan saya untuk tidak berfikiran terlampau jauh hingga merungsingkan diri sendiri.(overthinking) Betul,sangat2 betul bila kita overthinking kita jadi tak nampak dengan peluang yang ada di depan mata kita.Tiap yang berlaku ada hikmahnya.Kena selalu kuat dan fikir positif.Kita kena rasional bila berdepan situasi yang kita tak suka. Sebab boleh jadi apa yang kita tak suka itu adalah yang terbaik untuk diri kita. Saya runsing soal kerjaya. Tapi tulah benda di luar kawalan kita,kita tak perlu risau sangat.Bila dah buat yang terbaik pasti ada rezeki terbaik Allah sediakan.Sabar Aliya,Allah bersama orang yang sabar. Terima kasih awak!!!Sebab positifkan diri saya pagi ni.Mood swing betul pagi tadi.Now I feel better =)

REZEKI ADA DI MANA-MANA

ASSALAMUALAIKUM. Hari ini saya nak cerita saya dapat roti dan gula-gula percuma...Bayangkan zaman sekarang mana nak dapat benda percuma..Bila dapat tu namanya rezeki..>_^ Alkisahnya sebagai pelajar praktikal kita bukanlah dapat kerja selalu..Jadi bila tak dapat kerja,pandai-pandai lah bawa diri cari kerja.Saya pergi ke meja Puan Siti,maka beliau beri saya beberapa fail untuk disemak.Sambil itu dia bagi saya roti inti kacang..Macam tau2 je saya tengah lapar....See..when you are looking for a job to do,you will get a bread to eat.Haha. Pastu hari ini saya rehat dengan Kak Rehan dan Kak Yanti.Masing-masing sudah ada dua orang anak.Tapi lepak je dengan diorang sebab lagi best daripada makan sorang2.At least dapat input masa sembang sambil makan. Selesai rehat,saya berjumpa dengan Puan Umi,ketua pegawai untuk bahagian prosesan dan analisis.Sebelum ini,jawatan itu disandang oleh Encik Syed Shamsiee.Puan Umi ajarkan saya cara susun data dari borang ke dalam Microsoft Excel. Saya...

SENTIASA ADA DI SISI

Alhamdulillah Saya selamat daripada merempuh kereta kancil.Saya tidak menyedari bagaimana kereta kancil itu boleh wujud apabila saya ingin menukar lorong ke kiri. Sampai di tempat kerja..nafas masih tak seragam saya hembuskan..terngiang bunyi hon di pagi hari.Segera saya maklumkan kepada umi.Umi berpesan supaya lebih hati-hati selepas ini. Saya kongsi kan juga insiden itu dengan teman rapat saya.Dia berkata mungkin kereta itu di kedudukan blind spot.Sebab itu time bawa kete kena toleh jugak ke luar,dan tidak boleh berharap pada cermin sisi sahaja. Tenang sikit rasa gundah di hati bila masalah dapat dikongsi.Bersyukur saya dikurniakan teman rapat yang sudi mendengar. Masalah memang tidak wajar dipendam.Ia wajar dikongsi dan mencari solusi.Dan teman yang baik akan sentiasa memahami kerana itu sentiasa ada di sisi. Teman susah dan senang sukar dicari, Tiada pengganti, Sentiasa di sisi, Akan kujaga sepenuh hati.

MASA YANG TEPAT AKAN TIBA

Alhamdulillah Ada satu mesej masuk dalam peti messenger facebook saya. Tertera nama OMARMAYAPAPAMAMA Itu adalah akaun facebook En Hisham dan Prof Madya Dr Alina serta dua anak comelnya Omar dan Maya. Ada satu video dikirimkan kepada saya.Saya menonton video tersebut dengan perasaan cukup gembira kerana ianya sebuah video berbentuk motivasi dan inspirasi. Seorang pensyarah memberi ucapan kata alu-aluan kepada pelajar yang bakal menjalani pengajian di peringkat A-Level. Beliau bercerita selepas 2 tahun pengajian A-Level,anda boleh memilih universiti yang ingin dituju,kemudian 3 tahun anda akan habis belajar dan menyambung ijazah,selepas itu bermula lah kerjaya hidup anda,kemudian anda akan berkeluarga... Tiba-tiba ,seorang pemuda masuk ke dalam dewan.. "Anda tidak perlu khuatir tentang masa,ada yang graduasi pada umur 21 tetapi beroleh kerjaya di umur 27,ada pula yang graduasi pada umur 25 tetapi mendapat kerjaya di umur 26 tahun. Ada insan yang berkahwin tetapi b...

MEMBURU SEBUAH IMPIAN

Setelah sekian lama tidak menjenguk blog, Hari ini ingin saya kongsikan sebuah kisah menggapai impian. Si jejaka mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang pelukis komik.Berbekalkan bakat yang dia ada,dia pasti suatu hari nanti akan mencapai impian itu.Namun,dalam diam dia meminati si gadis yang berjaya mencuri hatinya.Impian tetap ingin dicapai dan cinta pun ingin dijaga. Si jejaka meluahkan perasaan dan si gadis bersedia menunggu hingga mereka berdua berjaya bersama dan mula mengorak langkah untuk menjalin hubungan lebih erat, Sementara cita-cita belum diraih,selagi itu mereka tidak punya masa untuk bercinta seperti pasangan lain bercinta. Cara mereka bahagia dengan sesuatu yang sederhana kerana mereka percaya impian itu lebih utama untuk diraih. Mashiro dan Miho berjanji setia hingga mereka bersama berjaya.Jarak bukan penghalang bagi mereka.Emel menjadi penghubung antara mereka untuk saling mengenali dan menyokong antara satu sama lain. Definisi cinta bagi mereka adala...

BERTEMU PENGUBAT RINDU

Alhamdulillah Sempat saya luangkan masa berjumpa dengan kesayangan saya di USIM.Sempena Pertandingan Debat Piala Naib Canselor 2018.Kali ini acara istimewa ditambah iaitu Majlis Makan Malam Apresiasi untuk warga Kelab Debat USIM. Setiba di TBS saya mengisi perut yang lapar dengan KFC dan sempat singgah ke Secret Recipe demi sepotong kek Indulgence.Hoho. Saya dapat bersua dengan teman yang sudah lama saya tak jumpa.Dia belanja saya makan kek.Terima kasih awak!!! >_< Saya dapat bertemu pula dengan kawan-kawan seperjuangan dalam debat Arab.Majlis makan malam itu hanyalah tempat kami berkumpul.Pada malam ada persiapan daripada pasukan Fakulti Sains dan Teknologi yang berjaya melayakkan diri ke pusingan semi-final keesokan hari.Jadi saya sertai latihan mereka bersama pembimbing mereka,Ain Hanani yang baru sahaja mendapat pencapaian pendebat terbaik di Pertandingan Debat anjuran UII Jogjakarta. I really proud of them.Their spirit is so excellent.Pasukan FST berjaya meraih ...

BERGELAR 24 TAHUN

ALHAMDULILLAH Saya masih sihat walafiat untuk sambut hari kelahiran yang ke 24. Tahun ini diharapkan penuh dengan bahagia sebagaimana telah saya lewati duka.Permulaan yang bahagia ingin saya kongsikan di laman ini. Menjelang tarikh hari jadi saya pada 24 Februari,saya terima hadiah misteri dari Pos Laju Malaysia.Saya ingin tegaskan bahawa Pos Laju hanyalah pengantara si dia dan saya.>_< Cukup teruja saya ingin membuka bungkusan hadiah itu.Sejurus pulang ke rumah saya dapati bungkusan itu ada di ruang tamu.Saya capai bungkusan itu dan berlari riang ke bilik dan  bawa ia ke dalam dakapan. "Finally,it arrived!Thank you dear" Saya buka ada 2 hadiah dalam tu.Saya buka lagi rupanya 5 dalam satu...Hadiah pertama saya dapat sekotak set kerongsang dan jarum peniti dan hadiah kedua saya dapat set beg galas serta beg simpan alat mekap serta beg tangan. Dan tidak terduga saya akan dapat sekeping kad hari jadi. Tulisan tangan si dia benar buatkan saya cukup terharu ...

KEMBALI PULANG

ALHAMDULILLAH Saya KEMBALI PULANG dari sebuah harapan yang pernah lesu kini jadi sebuah sinar. Wahai belahan jiwaku (baca soulmate hehe) Kehadiran awak dalam hidup saya adalah amat bermakna.Saya takkan pernah meminta lebih dari diri awak.Cukup sekadar awak jadi diri awak sendiri.Perasaan cinta dalam diri saya yang saya kunci dulu kini terbuka luas menuju sinar kasih yang awak pamerkan. Berbekalkan restu orang tua kita dan doa kita yang tidak putus untuk terus berharap pada Allah mudah-mudahan menjadi asbab untuk kita bahagia bersama.Benar,janji Allah itu pasti...di sebalik kesusahan yang kita lalui pasti akan ada kesenangan. Awak akan jadi jawapan terindah pada setiap persoalan saya tentang jodoh. Saya akan jadi sang kekasih yang sabar dan setia. ps: ILYSM

ISTIMEWA FEBRUARI

Assalamualaikum Alhamdulillah bulan Feb 2018 istimewa kerana semalam Januari berlalu dengan fenomena alam iaitu gerhana bulan.Subhanallah...cantik sangat cahaya bulan yang sementara. Allah jadikan fenomena ini,bulan dan matahari berada di garisan yang sama.Maka,rugilah mereka yang sembah matahari dan bulan kerana kedua-duanya hanyalah makhluk Allah.Hebatnya Allah ciptakan fenomena ini memperlihatkan kekuasanNya yang mengatur urusan alam semesta.Seandainya matahari yang besar dan bulan yang indah itu boleh taat kepada perintah Allah,maka semestinya kita hamba yang kerdil kena taat kepada Allah. Syukur,Allah beri kekuatan kepada insan yang mendirikan solat sunat gerhana bulan semalam.Moga Allah himpunkan kita di syurga nanti. Saya dan sekeluarga berpeluang mendirikan solat sunat ini di masjid berhadapan Kuantan City Mall.Hidup kita singkat sahaja di dunia ini.Fenomena ini adalah satu kesempatan untuk kita tambahkan iman dalam diri.Usai jemaah solat.Kami dihidang dengan nasi lauk...

SELAMAT DATANG 2018

Assalamualaikum Alhamdulillah...syukur saya melalui awal tahun 2018 dengan baik. Pertama sekali,saya berjaya hantar hardbound thesis ke fakulti tersayang Fakulti Sains dan Teknologi USIM. Yeayyyyy! I did it! No,I should say We Did It!!!! Terima kasih kepada supervisor saya,Umi Abah saya dan teman-teman rapat saya yang kenal jatuh bangun hidup saya tapi masih setia menjadi seorang penyokong. Tahun 2018 bermula perjalanan hidup saya sebagai pelajar praktikal di Jabatan Perangkaan Malaysia Pahang yang terletak di bangunan Wisma Persekutuan.Hari ini baru masuk minggu kedua dan semestinya saya sentiasa menghitung waktu untuk menggenggam segulung ijazah sarjana muda.InshaAllah Saya dapat inspirasi dan motivasi daripada insan hebat yang saya kasihi. Ustaz Syafwan,jurulatih debat arab saya memberi beberapa mutiara kata buat saya bekalkan sebagai bakal graduan. Saya pergi ke pejabat beliau di Pusat Pengajian Teras.Mencari nama beliau di sebalik pintu staf...Haha pertama kali ...