Skip to main content

MASIH MENCARI KERJA

Alhamdulillah

Semalam selesai sesi temuduga bersama Poto Travel and Tours,Kuantan.Ini adalah temuduga yang keempat dalam hidup saya mencari peluang kerja tetap.Saya keluar dari bilik temuduga dengan hati lapang.Seronok sebab ini adalah temuduga yang agak lama untuk saya dan saya cukup tertarik setiap soalan yang dilontarkan oleh panel temuduga,Pn Zarina dan En Amir.

Saya ditemani mak cik sedara,Auntie Sue pergi ke Airport Kuantan.Its my first time to go there.I was soooo excited.Tiba di pejabat, saya diberi borang permohonan.Saya kena isi borang dan jawab sedikit soalan quiz English serta essay on why we should hire you.

Antara soalan temuduga

"Perkenalkan diri awak berdasarkan apa yang  awak isi dalam borang"

"Apa yang awak suka buat pada waktu lapang"

"Berikan saya apa satu kebaikan awak dan satu keburukan awak"

"Apa aktiviti di tempat kerja yang awak suka buat dan awak sangat minat tugas itu"

"Apa pilihan awak; kerja sibuk dgn gaji tinggi atau kerja seronok dgn gaji rendah"

"Berdasarkan kadar gaji yang awak letak, apa sumbangan awak utk syarikat"

"Apa yang awak nmpk diri awak dlm masa 5 thn akn dtg"

"Apa isu semasa sekarang"

"Siapakah CEO syarikat kami"

Haaaa soalan last tu saya dapat jawab dgn jayanya hasil kajian di google.Saya baca petikan akhbar berkenaan CEO dan menceritakan semula pengalaman beliau yang sudah 15 tahun mengasaskan syarikat itu.Beliau adalah En. Abd Rahman Mohd Ali.

Saya menunggu keputusan di bulan 10 nanti.InshaAllah ada rezeki xkemana :)

Comments

Popular posts from this blog

BABY ON THE WAY

 Alhamdulillah  Impian setiap pasangan inginkan zuriat. Zuriat yang soleh dan solehah menjadi harapan ibu bapa kerana bila sudah meninggal dunia semua amalan terputus kecuali antaranya amalan doa dari anak yang soleh dan solehah. Segala puji bagi Allah. Setelah doa dipanjatkan tanpa jemu, saya dan suami menerima khabar positif pada bulan Mac 2025. Doktor sahkan saya mengandung.  Rasa macam tak percaya pun ada setelah berkali-kali cuba alat pengesan kehamilan, selama ini satu garis je detect, kali ini terus dua garis. Saya dapat tahu je naik dua garis terus ajak suami ke klinik untuk scan pengesahan. Doktor check memang betul dah ada kantung. Subhanallah. Dalam keadaan tak terduga, tapi saya yakin masa yang tepat Allah hadirkan bakal cahaya mata buat saya dan suami. Semoga baby akan menjadi penyejuk mata kami. Alahan muntah saya alami pada waktu malam. Baby tahu saya sibuk bekerja siang hari hahaha...Setakat ini tiada craving yang pelik. Suami bantu dapatkan apa yang saya ...

KAKI TERSELIUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Hari ni saya nak kongsi pengalaman sukar yang saya lalui apabila terseliuh kaki. Hmmm...tak pernah pun terseliuh sebelum ni.Kali pertama dalam sejarah hidup Allah bg saya rasa macam mana sukarnya apabila berjalan dgn satu kaki. Di keheningan malam Sabtu,saya tak perasan lantai kafe KKNC tak rata.Saya hampir terjatuh..mujur ada Kak Kemo yg sedang berjln di hadapan saya.Tangan saya sempat bertahan pada badan Kak Kemo.Masa tu masih boleh berjalan sbb nak order makanan kt kaunter kafe.Akan tetapi pabila balik hostel iaitu KK1 mmg kaki saya tak boleh gerak langsung...Terasa otot di kaki merajuk dan taknak gerak.Gerak sikit terasa sakit dan berat kaki. Jap..sblum saya smbg cerita..sebenarnya mlm tu saya kt KKNC utk latih adik2 tamhidi sbg persediaan mereka utk debat wuddiyah@persahabatan di KISAS pada keesokan hari,Ahad@6Mac. Maka disebabkan insiden terseliuh,saya tak dpt ke KISAS.tiada jodoh kita..huhu.. Okey sambung balik story td..masa balik hostel sy memang...

BERGELAR PEGAWAI PERANGKAWAN

 Alhamdulillah. Saya terima peluang menjadi seorang pegawai Perangkawan atau lebih dikenali sebagai Statistician dalam bahasa Inggeris. Saya dapat belajar lebih banyak berkaitan analisis data apabila ditempatkan di DOSM Putrajaya. Terdapat data bulanan, suku tahunan dan data tahunan yang boleh menjadi rujukan pengguna serta orang awam. Hanya perlu layari laman sesawang DOSM dan dapatkan penerbitan berkaitan dengan banci serta survei yang dilaksanakan. Bergelar sebagai Perangkawan kena sentiasa bersedia untuk menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan program yang bertujuan memantapkan lagi pengetahuan serta kemahiran dalam diri. Saya baru sahaja selesai menghadirkan diri dalam Kursus Penganalisisan Data menggunakan SAS Programming. Kursus asas tersebut dijalankan di Institut Latihan Statistik Malaysia di Sungkai, Perak. Kebanyakan sesi latihan dan kursus akan diadakan di ILSM. Kursus telah berlangsung selama 2 hari. Ini adalah kali ketiga saya pergi ke ILSM.  Sebelum ini ada me...