Skip to main content

TIDAK TANAM ANGGUR

Alhamdulillah

Bakal menyambung kontrak di Jabatan Perangkaan Malaysia Pahang.Saya gembira diberi kepercayaan untuk lakukan prestasi baik di pejabat.My boss Pn Umi and my supervisor Pn Siti are nice people.Teman sepejabat juga baik belaka.Jadi memandangkan saya belum dapat tawaran kerja tetap its better utk bsyukur ap yg ada dan buat terbaik.Kadang kita runsingkan ap yg kita belum ada sedangkan yg sudah sedia ada merupakan peluang terbaik Allah bagi.

Bermain dgn data dan nombor memang pening kepala jd motivasi terbaik adalah kawan sekeliling yg positif.Semua buat kerja demi rezeki yg halal.Moga ada keberkatan dlm rezeki yg kita usahakan.InshaAllah.

Saya memang jenis yg ambitious.Rasa byk benda nk capai kt dunia ni.Tapi sebagai muslim kita kena ada amalan utk di alam sana.Kejar akhirat,dunia pn kita dpt.Td usai solat isyak sy baca Al-Quran mcm biasa.Sehari satu muka surat pn cukup utk istiqamah.Sy baca petikan dari surah al-An'am menceritakan para nabi dan rasul yg telah Allah utuskan di muka bumi.Dan Al-Quran merupakan petunjuk Allah bg seluruh umat manusia.Saya terfikir,jika kita tak baca al-Quran bagaimana kita nak dpt petunjuk.Umpama nya kita menuju suatu destinasi tanpa tgk papan tanda.Atau seolah kita di jalan yg gelap tanpa cahaya.Bacalah al-Quran.Fahami maknanya dan lembutkan hati serta basahkan matamu dengan mengingati Allah.

Moga tulisan ini jadi peringatan buat saya dan kalian juga.Mari kita sentiasa berusaha utk tidak tanam anggur aka menganggur ^_^

Comments

Popular posts from this blog

BERGELAR PEGAWAI PERANGKAWAN

 Alhamdulillah. Saya terima peluang menjadi seorang pegawai Perangkawan atau lebih dikenali sebagai Statistician dalam bahasa Inggeris. Saya dapat belajar lebih banyak berkaitan analisis data apabila ditempatkan di DOSM Putrajaya. Terdapat data bulanan, suku tahunan dan data tahunan yang boleh menjadi rujukan pengguna serta orang awam. Hanya perlu layari laman sesawang DOSM dan dapatkan penerbitan berkaitan dengan banci serta survei yang dilaksanakan. Bergelar sebagai Perangkawan kena sentiasa bersedia untuk menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan program yang bertujuan memantapkan lagi pengetahuan serta kemahiran dalam diri. Saya baru sahaja selesai menghadirkan diri dalam Kursus Penganalisisan Data menggunakan SAS Programming. Kursus asas tersebut dijalankan di Institut Latihan Statistik Malaysia di Sungkai, Perak. Kebanyakan sesi latihan dan kursus akan diadakan di ILSM. Kursus telah berlangsung selama 2 hari. Ini adalah kali ketiga saya pergi ke ILSM.  Sebelum ini ada me...

KEPUTUSAN TEMUDUGA PEGAWAI PERANGKAWAN

Setelah sekian lama menanti, akhirnya saya menerima keputusan temuduga. Saya hadirkan diri ke pusat temuduga pada pertengahan bulan Julai 2020. Alhamdulillah keputusan keluar pada bulan Sept 2020. Keputusannya adalah...jeng3..saya tutup skrin laptop dengan tangan baca emel "bahagian pengambilan SPA". Saya baca perlahan-lahan dari atas ke bawah. Kemudian saya menangis T_T Keputusan Temuduga Pegawai Perangkawan menyatakan saya dapat jadi Calon Simpanan. Perasaan agak berbelah bagi sebab bergelar calon simpanan adalah menunjukkan anda tidak gagal interview akan tetapi anda belum berjaya diserap masuk. Oleh itu, saya redha jika memang ada rezeki pasti tak ke mana. Saya dapati di Jabatan Perangkaan ada kekosongan sempena Banci Penduduk dan Perumahan 2020, jadi saya mohon sebagai jawatan Pekerja Sambilan Harian. Gambar selfie di atas adalah kenangan bergelar PSH 2020. Pada 2 tahun yang lalu, di sinilah saya memulakan latihan industri. Cepat masa berlalu... S...

TAHUN BARU 2025

 Alhamdulillah  Tahun baru 2025 kini tiba. Life update... 2024  Dapat pindah rumah baru (kuarters). Dapat travel untuk urusan kerja ke Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dengan kapal terbang. Dapat usahakan barangan rumah baru meja makan, katil, peti ais, mesin basuh,tv,kabinet tv, meja kopi. Dapat belajar stats tools yang baru Knime..belajar dengan rakan sekerja. 2025 Banyak lagi nak capai dalam hidup ini. Moga Allah berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas. Mudah-mudahan dapat rezeki zuriat soleh dan solehah nanti.. Seberapa jauh kita melangkah, segalanya mudah dengan izin Allah. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang. Alhamdulillah kita syukur nanti Allah tambahkan lagi.