Skip to main content

KEPUTUSAN TEMUDUGA PEGAWAI PERANGKAWAN

Setelah sekian lama menanti, akhirnya saya menerima keputusan temuduga.


Saya hadirkan diri ke pusat temuduga pada pertengahan bulan Julai 2020. Alhamdulillah keputusan keluar pada bulan Sept 2020.

Keputusannya adalah...jeng3..saya tutup skrin laptop dengan tangan baca emel "bahagian pengambilan SPA". Saya baca perlahan-lahan dari atas ke bawah. Kemudian saya menangis T_T


Keputusan Temuduga Pegawai Perangkawan menyatakan saya dapat jadi Calon Simpanan. Perasaan agak berbelah bagi sebab bergelar calon simpanan adalah menunjukkan anda tidak gagal interview akan tetapi anda belum berjaya diserap masuk. Oleh itu, saya redha jika memang ada rezeki pasti tak ke mana. Saya dapati di Jabatan Perangkaan ada kekosongan sempena Banci Penduduk dan Perumahan 2020, jadi saya mohon sebagai jawatan Pekerja Sambilan Harian. Gambar selfie di atas adalah kenangan bergelar PSH 2020. Pada 2 tahun yang lalu, di sinilah saya memulakan latihan industri. Cepat masa berlalu...

Saya semak laman web SPA, terdapat kenyataan ada 17 kekosongan dan 34 calon simpanan. Alhamdulillah syukur saya tergolong dalam kumpulan 34 orang. Jadi kita sabar tunggu giliran okey.

Pada suatu hari (iaitu beberapa hari yg lalu..hehe), saya mengemaskini sistem SPA. Sebelum ini laman web SPA8, sekarang dah upgrade jadi SPA9. Jadi selepas selesai buat kemaskini, saya macam saja-saja rasa nak tengok balik status keputusan kan. Rupanya dah bertukar jadi Simpanan Lantikan. Wah..rasa masih ada harapan untuk berkhidmat nanti. Mudah- mudahan ada rezeki boleh lah berubah jadi Lantikan Tetap pula.

Kini berbaki 19 calon yang jadi simpanan lantikan. Teruskan doa moga dipermudahkan urusan akan datang. Amiin.

Buat teman-teman yang kehilangan pekerjaan semasa pandemik Covid19, tetap berusaha dan jangan putus asa. Sepanjang saya cuba sesuaikan diri bergelar penganggur sejak April 2020 memang masuk hujung bulan Ogos saya sudah di tahap agak tertekan. Alhamdulillah Allah buka jalan dapat menjadi PSH pada bulan Sept. Dan semoga ada sinar baru yang penuh hikmah menjelang tahun 2021. Amiiin.


Comments

  1. Assalamualaikum cik aliya, nak tanya sikit, ada beza ka calon simpanan dengan simpanan lantikan ni? Sy igtkan dua2 benda yg sama..

    Actually sy pon sama batch dengan cik dan status pon calon simpanan jugak.. cuma tahun 2021 ni baru tergerak hati nak cek balik spa tengok2 dah tinggal 19 orang daripada 34.. Saya no 18 dari 19, 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Apa yang saya faham calon lantikan tu kira macam dah kira next level daripada calon simpanan haha. Tapi belum rezeki saya jadi dah tamat tempoh sampai bulan 8 jer. Lepas ini kalau nak mohon jawatan yang sama saya kena lalui sekali lagi proses dari permohonon kemudian jawab exam kemudian temuduga. All the best Encik Fathul.👍

      Delete
  2. Buat penat aje prepare utk jawatan ni pegi temuduga bagai pastu bagi harapan palsu jadi simpanan.. last2 expired.. terasa diperbodohkan pulak oleh SPA.. hmmmm

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KAKI TERSELIUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Hari ni saya nak kongsi pengalaman sukar yang saya lalui apabila terseliuh kaki. Hmmm...tak pernah pun terseliuh sebelum ni.Kali pertama dalam sejarah hidup Allah bg saya rasa macam mana sukarnya apabila berjalan dgn satu kaki. Di keheningan malam Sabtu,saya tak perasan lantai kafe KKNC tak rata.Saya hampir terjatuh..mujur ada Kak Kemo yg sedang berjln di hadapan saya.Tangan saya sempat bertahan pada badan Kak Kemo.Masa tu masih boleh berjalan sbb nak order makanan kt kaunter kafe.Akan tetapi pabila balik hostel iaitu KK1 mmg kaki saya tak boleh gerak langsung...Terasa otot di kaki merajuk dan taknak gerak.Gerak sikit terasa sakit dan berat kaki. Jap..sblum saya smbg cerita..sebenarnya mlm tu saya kt KKNC utk latih adik2 tamhidi sbg persediaan mereka utk debat wuddiyah@persahabatan di KISAS pada keesokan hari,Ahad@6Mac. Maka disebabkan insiden terseliuh,saya tak dpt ke KISAS.tiada jodoh kita..huhu.. Okey sambung balik story td..masa balik hostel sy memang...

TEMUDUGA DI PUBLIC BANK

Alhamdulillah Pada 31 Mei sy hadirkn diri ke temuduga di Menara Public Bank Jalan Ampang. Keputusan temuduga akan di maklumkn 2 minggu lagi. Moga ada rezeki buat saya bekerja di bank. Saya gigih hadirkn diri untuk rebut peluang. Terima kasih kpd Aishah Mohd dan Sulihah yg memberi saya ruang utk tumpang rumah sewa mereka. ;)