Sepanjang saya melakukan job hunting semasa menganggur, saya menemukan banyak jawatan kosong sebagai data scientist.
Bergelar data scientist hendaklah berkemahiran dalam analisis dengan big data. Antara contoh tools yang digunakan adalah Python. Bukan ular sawa sebenar yer... =P
Python adalah tools yang boleh digunapakai untuk berkomunikasi dengan sistem komputer. Kita mesti lah mengetahui bahasa komputer iaitu coding. Maka saya amat tertarik untuk mula belajar asas Python.
Saya temukan dalam laman web Learn Python tutorial yang amat ringkas tapi memberikan pendedahan asas dalam sistem Python.
Di ruangan coding script.py, kita boleh trial and error dengan cara praktis masukkan data yang kita mahu. Sekiranya error, nanti di ruang iPython Shell akan ada tulisan merah dan tersedia sekali line mana yang error. So kita boleh belajar dan adjust sampai jadi betul.
Semoga dengan sedikit perkongsian ini boleh anda jadikan permulaan untuk belajar lebih lagi dalam coding. Dulu zaman belajar saya tak berapa minat coding. Tapi zaman dah berubah..Hehe.. Saya percaya hidup ini adalah suatu proses pembelajaran tanpa henti. Teruskan menuntut ilmu agar dapat jadi manusia bermanfaat.
Comments
Post a Comment