Skip to main content

JUMPA DOKTOR GIGI

Alhamdulillah done jumpa Dr Aliya. 

Masuk2 je bilik rawatan Dr cakap nama kita sama lah. Hehe doktor tak tahu tu sebenarnya bukan setakat nama je sama tapi cita2 kita pun sama. 

Saya dulu pernah la bercita cita untuk jadi doktor gigi. Ambil masa juga la nak proses diri hadamkan bahawa cita2 yg tak kesampaian tu ada aturan Allah yang lebih baik menanti. 

Hari ni pergi jumpa doktor dengan umi tersayang. Umi temankan.

Pakai mask yer sebab jaga SOP.

Kes Covid19 kat Malaysia makin menjadi naik kembali. Jadi kena berhati-hati.

Saya jumpa doktor gigi sebab gusi bengkak dan nampak bahagian geraham ada karang gigi. Maka kena lah scaling guys. Sepatutnya scaling 6 bulan sekali.

Sis pun dah lupa bila kali terakhir scaling. Rasanya 2018. Pastu nervous la takut kena bebel dgn Dr. Mujur Dr Aliya baik orangnya. Hehe..

Mula2 Dr check bagus gigi awk xde lubang. Yezzzza ofcoz dr saya rajin gosok gigi (dlm hati). Sbb kan masa kecik dulu pernah sekali tak gosok pastu mimpi gigi depan jadi hitam. Mak aiii terus rajin gosok gigi.>_<

Then part gusi bengkak tu kan doktor bg bius before scaling. Kebas la kt situ rasa mcm bengkak sebelah muka. Dalam sejam hilang lah kebas tu. Dalam 40 minit selesai scaling. Kumur2 byk darah gais. Sy rasa mcm nk minum je air tu sbb byk kali dah kumur. Haha.

Doktor ckp teknik gosok gigi kna betul. Bagi berus kena bahagian gusi jgk utk buang kotoran celah gusi. Klu konsisten gosok elok nnt bengkak gusi pun boleh surut. 

Selepas scaling...yeayyy boleh tersenyum lebih yakin dan berseri gituhh

Alhamdulillah. Masa scaling tu mmg mngalir jgk air mataku. Dalam hati "Ya Allah aku buat pembersihan ini demi mnjaga amanah gigi supaya terjaga baik."Time ni lah muhasabah diri yer. Allah jadikan kita khalifah. Moga kita dapat jaga diri baik2.

Stay safe everyone and take care your teeth =)

#p/s : gambar snap sendiri, bkn doktor yg amik hahahaha

Comments

Popular posts from this blog

BERGELAR PEGAWAI PERANGKAWAN

 Alhamdulillah. Saya terima peluang menjadi seorang pegawai Perangkawan atau lebih dikenali sebagai Statistician dalam bahasa Inggeris. Saya dapat belajar lebih banyak berkaitan analisis data apabila ditempatkan di DOSM Putrajaya. Terdapat data bulanan, suku tahunan dan data tahunan yang boleh menjadi rujukan pengguna serta orang awam. Hanya perlu layari laman sesawang DOSM dan dapatkan penerbitan berkaitan dengan banci serta survei yang dilaksanakan. Bergelar sebagai Perangkawan kena sentiasa bersedia untuk menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan program yang bertujuan memantapkan lagi pengetahuan serta kemahiran dalam diri. Saya baru sahaja selesai menghadirkan diri dalam Kursus Penganalisisan Data menggunakan SAS Programming. Kursus asas tersebut dijalankan di Institut Latihan Statistik Malaysia di Sungkai, Perak. Kebanyakan sesi latihan dan kursus akan diadakan di ILSM. Kursus telah berlangsung selama 2 hari. Ini adalah kali ketiga saya pergi ke ILSM.  Sebelum ini ada me...

KEPUTUSAN TEMUDUGA PEGAWAI PERANGKAWAN

Setelah sekian lama menanti, akhirnya saya menerima keputusan temuduga. Saya hadirkan diri ke pusat temuduga pada pertengahan bulan Julai 2020. Alhamdulillah keputusan keluar pada bulan Sept 2020. Keputusannya adalah...jeng3..saya tutup skrin laptop dengan tangan baca emel "bahagian pengambilan SPA". Saya baca perlahan-lahan dari atas ke bawah. Kemudian saya menangis T_T Keputusan Temuduga Pegawai Perangkawan menyatakan saya dapat jadi Calon Simpanan. Perasaan agak berbelah bagi sebab bergelar calon simpanan adalah menunjukkan anda tidak gagal interview akan tetapi anda belum berjaya diserap masuk. Oleh itu, saya redha jika memang ada rezeki pasti tak ke mana. Saya dapati di Jabatan Perangkaan ada kekosongan sempena Banci Penduduk dan Perumahan 2020, jadi saya mohon sebagai jawatan Pekerja Sambilan Harian. Gambar selfie di atas adalah kenangan bergelar PSH 2020. Pada 2 tahun yang lalu, di sinilah saya memulakan latihan industri. Cepat masa berlalu... S...

TAHUN BARU 2025

 Alhamdulillah  Tahun baru 2025 kini tiba. Life update... 2024  Dapat pindah rumah baru (kuarters). Dapat travel untuk urusan kerja ke Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dengan kapal terbang. Dapat usahakan barangan rumah baru meja makan, katil, peti ais, mesin basuh,tv,kabinet tv, meja kopi. Dapat belajar stats tools yang baru Knime..belajar dengan rakan sekerja. 2025 Banyak lagi nak capai dalam hidup ini. Moga Allah berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas. Mudah-mudahan dapat rezeki zuriat soleh dan solehah nanti.. Seberapa jauh kita melangkah, segalanya mudah dengan izin Allah. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang. Alhamdulillah kita syukur nanti Allah tambahkan lagi.