Skip to main content

KAKI TERSELIUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Hari ni saya nak kongsi pengalaman sukar yang saya lalui apabila terseliuh kaki.

Hmmm...tak pernah pun terseliuh sebelum ni.Kali pertama dalam sejarah hidup Allah bg saya rasa macam mana sukarnya apabila berjalan dgn satu kaki.

Di keheningan malam Sabtu,saya tak perasan lantai kafe KKNC tak rata.Saya hampir terjatuh..mujur ada Kak Kemo yg sedang berjln di hadapan saya.Tangan saya sempat bertahan pada badan Kak Kemo.Masa tu masih boleh berjalan sbb nak order makanan kt kaunter kafe.Akan tetapi pabila balik hostel iaitu KK1 mmg kaki saya tak boleh gerak langsung...Terasa otot di kaki merajuk dan taknak gerak.Gerak sikit terasa sakit dan berat kaki.

Jap..sblum saya smbg cerita..sebenarnya mlm tu saya kt KKNC utk latih adik2 tamhidi sbg persediaan mereka utk debat wuddiyah@persahabatan di KISAS pada keesokan hari,Ahad@6Mac.

Maka disebabkan insiden terseliuh,saya tak dpt ke KISAS.tiada jodoh kita..huhu..

Okey sambung balik story td..masa balik hostel sy memang xlarat nak naik asrama tingkat 3.Masa tu ada Kak Kemo dan Kak Anis je.Kak Kemo offer utk dukung saya.Saya tak ambil serius offer Kak Kemo.But at the moment she dropped down her bag.I knew she was not joking.Terharuuuuuuu...Kak Kemo sanggup dukung saya naik tangga.Dukung bahagian blkg.Saya dah terbayang betapa kudrat seorg wanita takkan menyamai kudrat lelaki.Thinking of if I got a husband,will he does the same thing...

Thank you Kak Kemo for becoming my superhero.Alhamdulillah Allah bg peluang didampingi sahabat yg sangat baik.Malam tu saya tidur kt bilik Kak Anis jer.

Malam itu...I cant sleep..Saya asyik membalikkan badan sbb tak selesa kaki.Terasa berdenyut sakit.Saya menangis tahan sakit.Terasa nak ke tandas.Saya gagahkn kaki utk berdiri.Setiba di hadapan pintu...saya sukar nak pakai selipar.Lama saya berdiri dgn pipi yg basah.Maka saya masuk ke bilik semula.Saya tak sampai hati nak kejutkan Kak Anis.Eventually,hari mjadi pagi.Kak Anis papah saya ke bilik.Sepanjang perjalanan sy menangis lagi..sbb tak pernah seumur hidup saya tak boleh berjln.Masa ni perasaan bercampur baur...I got feeling of handicapped person,I got feeling of I am nothing..without His blessing to make me able to walk.

Ahad itu sy rehat all day...Alhamdulillah..semakin baik.Saya fikir nk jmp Doktor di HEP hari Isnin tapi abah pesan jmp Doktor terus.Saya pergi Klinik Hana..ditemani Auna.USIM cover RM 30 and rest of charge kna byr sendiri.Saya tambah RM5 shj.Doktor yg rawat saya sgt baik.Dia check kaki saya bahagian yg sakit dgn picit setiap part di tapak kaki kiri.Rupanya bahagian atas kaki saya yg overstretch.Doktor kata jgn risau.Kemudian dia balut kaki saya dgn bandage.Tq Doktor.

Saya mmg suka bertanya

"DR Betul ke kalau nak cpt sembuh kena rendam kaki dlm ais?"

DR:"Itu adalah mindset je.Kalau awk rajin sapu minyak panas pn bole sembuh"

So saya letak mindset nk sembuh cpt.DR bg mc satu hari.Tapi sy mmg degil.Saya taknak tinggal kelas.Alhamdulillah..kaki semakin baik.Saya cuma pakai bandage satu hari.I felt strong again.Alhamdulillah

Comments

Popular posts from this blog

BABY ON THE WAY

 Alhamdulillah  Impian setiap pasangan inginkan zuriat. Zuriat yang soleh dan solehah menjadi harapan ibu bapa kerana bila sudah meninggal dunia semua amalan terputus kecuali antaranya amalan doa dari anak yang soleh dan solehah. Segala puji bagi Allah. Setelah doa dipanjatkan tanpa jemu, saya dan suami menerima khabar positif pada bulan Mac 2025. Doktor sahkan saya mengandung.  Rasa macam tak percaya pun ada setelah berkali-kali cuba alat pengesan kehamilan, selama ini satu garis je detect, kali ini terus dua garis. Saya dapat tahu je naik dua garis terus ajak suami ke klinik untuk scan pengesahan. Doktor check memang betul dah ada kantung. Subhanallah. Dalam keadaan tak terduga, tapi saya yakin masa yang tepat Allah hadirkan bakal cahaya mata buat saya dan suami. Semoga baby akan menjadi penyejuk mata kami. Alahan muntah saya alami pada waktu malam. Baby tahu saya sibuk bekerja siang hari hahaha...Setakat ini tiada craving yang pelik. Suami bantu dapatkan apa yang saya ...

BERGELAR PEGAWAI PERANGKAWAN

 Alhamdulillah. Saya terima peluang menjadi seorang pegawai Perangkawan atau lebih dikenali sebagai Statistician dalam bahasa Inggeris. Saya dapat belajar lebih banyak berkaitan analisis data apabila ditempatkan di DOSM Putrajaya. Terdapat data bulanan, suku tahunan dan data tahunan yang boleh menjadi rujukan pengguna serta orang awam. Hanya perlu layari laman sesawang DOSM dan dapatkan penerbitan berkaitan dengan banci serta survei yang dilaksanakan. Bergelar sebagai Perangkawan kena sentiasa bersedia untuk menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan program yang bertujuan memantapkan lagi pengetahuan serta kemahiran dalam diri. Saya baru sahaja selesai menghadirkan diri dalam Kursus Penganalisisan Data menggunakan SAS Programming. Kursus asas tersebut dijalankan di Institut Latihan Statistik Malaysia di Sungkai, Perak. Kebanyakan sesi latihan dan kursus akan diadakan di ILSM. Kursus telah berlangsung selama 2 hari. Ini adalah kali ketiga saya pergi ke ILSM.  Sebelum ini ada me...