Skip to main content

SUKA DAN DUKA DEBAT

Pada 30 Jun lalu saya berkesempatan memenuhi jemputan jadi hakim bagi Pertandingan Debat Bahasa Arab Anjuran Yayasan Pahang. Seawal pagi bangun meskipun malam semalam letih masih terasa naik bas balik dari pembentangan praktikal di USIM. Itulah orang kata passion iaitu kita buat dan mampu buat dan akan buat bila dah suka meskipun badan penat asalkan hati gembira.

Gembira pertama dapat bersua lagi dengan sebahagian keluarga debat arab yang saya kasihi. Gembira kedua dapat jumpa bakat baru menyerlah dalam kalangan pelajar yang bertutur bahasa arab dengan yakin. Gembira ketiga dapat jejak kaki ke Maahad Tahfiz Negeri Pahang. Sekolah yang hebat fasiliti dengan pelajar yang sentiasa pegang al Quran.

Namun, hari itu bukanlah gembira selalu. Lepas selesai Solat Maghrib di masjid baru maahad, saya meneruskan pemanduan kereta untuk pulang. Hampir tiba di persimpangan keluar, lampu kereta yang dipasang menjadi malap. Enjin kereta berhenti. Its so dark guysss. My first contact list is abah. Umi dan Angah datang teman bawa balik rumah. Kereta kehabisan bateri.Keesokan hari abah dah tukar bateri kereta baru.Saya bawa kereta gi kerja macam biasa tapi lampu bateri masih menyala macam ada yang tak kena. Rupanya, bukan masalah bateri, masalah tali kipas putus. Ayoyo..

Konklusinya, dalam hidup ada suka dan duka. Keep calm and be happy!

Comments

Popular posts from this blog

KAKI TERSELIUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Hari ni saya nak kongsi pengalaman sukar yang saya lalui apabila terseliuh kaki. Hmmm...tak pernah pun terseliuh sebelum ni.Kali pertama dalam sejarah hidup Allah bg saya rasa macam mana sukarnya apabila berjalan dgn satu kaki. Di keheningan malam Sabtu,saya tak perasan lantai kafe KKNC tak rata.Saya hampir terjatuh..mujur ada Kak Kemo yg sedang berjln di hadapan saya.Tangan saya sempat bertahan pada badan Kak Kemo.Masa tu masih boleh berjalan sbb nak order makanan kt kaunter kafe.Akan tetapi pabila balik hostel iaitu KK1 mmg kaki saya tak boleh gerak langsung...Terasa otot di kaki merajuk dan taknak gerak.Gerak sikit terasa sakit dan berat kaki. Jap..sblum saya smbg cerita..sebenarnya mlm tu saya kt KKNC utk latih adik2 tamhidi sbg persediaan mereka utk debat wuddiyah@persahabatan di KISAS pada keesokan hari,Ahad@6Mac. Maka disebabkan insiden terseliuh,saya tak dpt ke KISAS.tiada jodoh kita..huhu.. Okey sambung balik story td..masa balik hostel sy memang...

BABY ON THE WAY

 Alhamdulillah  Impian setiap pasangan inginkan zuriat. Zuriat yang soleh dan solehah menjadi harapan ibu bapa kerana bila sudah meninggal dunia semua amalan terputus kecuali antaranya amalan doa dari anak yang soleh dan solehah. Segala puji bagi Allah. Setelah doa dipanjatkan tanpa jemu, saya dan suami menerima khabar positif pada bulan Mac 2025. Doktor sahkan saya mengandung.  Rasa macam tak percaya pun ada setelah berkali-kali cuba alat pengesan kehamilan, selama ini satu garis je detect, kali ini terus dua garis. Saya dapat tahu je naik dua garis terus ajak suami ke klinik untuk scan pengesahan. Doktor check memang betul dah ada kantung. Subhanallah. Dalam keadaan tak terduga, tapi saya yakin masa yang tepat Allah hadirkan bakal cahaya mata buat saya dan suami. Semoga baby akan menjadi penyejuk mata kami. Alahan muntah saya alami pada waktu malam. Baby tahu saya sibuk bekerja siang hari hahaha...Setakat ini tiada craving yang pelik. Suami bantu dapatkan apa yang saya ...

TAHUN BARU 2025

 Alhamdulillah  Tahun baru 2025 kini tiba. Life update... 2024  Dapat pindah rumah baru (kuarters). Dapat travel untuk urusan kerja ke Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dengan kapal terbang. Dapat usahakan barangan rumah baru meja makan, katil, peti ais, mesin basuh,tv,kabinet tv, meja kopi. Dapat belajar stats tools yang baru Knime..belajar dengan rakan sekerja. 2025 Banyak lagi nak capai dalam hidup ini. Moga Allah berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas. Mudah-mudahan dapat rezeki zuriat soleh dan solehah nanti.. Seberapa jauh kita melangkah, segalanya mudah dengan izin Allah. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang. Alhamdulillah kita syukur nanti Allah tambahkan lagi.