Skip to main content

MASA YANG TEPAT AKAN TIBA

Alhamdulillah

Ada satu mesej masuk dalam peti messenger facebook saya.

Tertera nama OMARMAYAPAPAMAMA

Itu adalah akaun facebook En Hisham dan Prof Madya Dr Alina serta dua anak comelnya Omar dan Maya.

Ada satu video dikirimkan kepada saya.Saya menonton video tersebut dengan perasaan cukup gembira kerana ianya sebuah video berbentuk motivasi dan inspirasi.

Seorang pensyarah memberi ucapan kata alu-aluan kepada pelajar yang bakal menjalani pengajian di peringkat A-Level.

Beliau bercerita selepas 2 tahun pengajian A-Level,anda boleh memilih universiti yang ingin dituju,kemudian 3 tahun anda akan habis belajar dan menyambung ijazah,selepas itu bermula lah kerjaya hidup anda,kemudian anda akan berkeluarga...

Tiba-tiba ,seorang pemuda masuk ke dalam dewan..

"Anda tidak perlu khuatir tentang masa,ada yang graduasi pada umur 21 tetapi beroleh kerjaya di umur 27,ada pula yang graduasi pada umur 25 tetapi mendapat kerjaya di umur 26 tahun.

Ada insan yang berkahwin tetapi belum dapat zuriat.Ada yang membujang sehingga umur 30 tahun baru berkahwin tapi kekal bahagia.

Jack Ma,pengasas AliBaba.com mula kerjaya pada umur 35.

J.K. Rowling penulis buku Harry Potter,mula diterbit buku pada usia 32 tahun setelah 12 kali ditolak oleh syarikat buku.

Semua yang berlaku adalah pada waktu yang tepat.Semua orang ada masanya untuk berjaya.Jangan terlalu mengikut emosi untuk menjadi seperti orang lain.Jadi lah diri sendiri."

Masa yang tepat akan tiba,tiada istilah terlambat asalkan kita tidak berputus asa mencapai matlamat.

Comments

Popular posts from this blog

BERGELAR PEGAWAI PERANGKAWAN

 Alhamdulillah. Saya terima peluang menjadi seorang pegawai Perangkawan atau lebih dikenali sebagai Statistician dalam bahasa Inggeris. Saya dapat belajar lebih banyak berkaitan analisis data apabila ditempatkan di DOSM Putrajaya. Terdapat data bulanan, suku tahunan dan data tahunan yang boleh menjadi rujukan pengguna serta orang awam. Hanya perlu layari laman sesawang DOSM dan dapatkan penerbitan berkaitan dengan banci serta survei yang dilaksanakan. Bergelar sebagai Perangkawan kena sentiasa bersedia untuk menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan program yang bertujuan memantapkan lagi pengetahuan serta kemahiran dalam diri. Saya baru sahaja selesai menghadirkan diri dalam Kursus Penganalisisan Data menggunakan SAS Programming. Kursus asas tersebut dijalankan di Institut Latihan Statistik Malaysia di Sungkai, Perak. Kebanyakan sesi latihan dan kursus akan diadakan di ILSM. Kursus telah berlangsung selama 2 hari. Ini adalah kali ketiga saya pergi ke ILSM.  Sebelum ini ada me...

KEPUTUSAN TEMUDUGA PEGAWAI PERANGKAWAN

Setelah sekian lama menanti, akhirnya saya menerima keputusan temuduga. Saya hadirkan diri ke pusat temuduga pada pertengahan bulan Julai 2020. Alhamdulillah keputusan keluar pada bulan Sept 2020. Keputusannya adalah...jeng3..saya tutup skrin laptop dengan tangan baca emel "bahagian pengambilan SPA". Saya baca perlahan-lahan dari atas ke bawah. Kemudian saya menangis T_T Keputusan Temuduga Pegawai Perangkawan menyatakan saya dapat jadi Calon Simpanan. Perasaan agak berbelah bagi sebab bergelar calon simpanan adalah menunjukkan anda tidak gagal interview akan tetapi anda belum berjaya diserap masuk. Oleh itu, saya redha jika memang ada rezeki pasti tak ke mana. Saya dapati di Jabatan Perangkaan ada kekosongan sempena Banci Penduduk dan Perumahan 2020, jadi saya mohon sebagai jawatan Pekerja Sambilan Harian. Gambar selfie di atas adalah kenangan bergelar PSH 2020. Pada 2 tahun yang lalu, di sinilah saya memulakan latihan industri. Cepat masa berlalu... S...

TAHUN BARU 2025

 Alhamdulillah  Tahun baru 2025 kini tiba. Life update... 2024  Dapat pindah rumah baru (kuarters). Dapat travel untuk urusan kerja ke Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dengan kapal terbang. Dapat usahakan barangan rumah baru meja makan, katil, peti ais, mesin basuh,tv,kabinet tv, meja kopi. Dapat belajar stats tools yang baru Knime..belajar dengan rakan sekerja. 2025 Banyak lagi nak capai dalam hidup ini. Moga Allah berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas. Mudah-mudahan dapat rezeki zuriat soleh dan solehah nanti.. Seberapa jauh kita melangkah, segalanya mudah dengan izin Allah. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang. Alhamdulillah kita syukur nanti Allah tambahkan lagi.