Skip to main content

BERTEMU PENGUBAT RINDU

Alhamdulillah

Sempat saya luangkan masa berjumpa dengan kesayangan saya di USIM.Sempena Pertandingan Debat Piala Naib Canselor 2018.Kali ini acara istimewa ditambah iaitu Majlis Makan Malam Apresiasi untuk warga Kelab Debat USIM.

Setiba di TBS saya mengisi perut yang lapar dengan KFC dan sempat singgah ke Secret Recipe demi sepotong kek Indulgence.Hoho.

Saya dapat bersua dengan teman yang sudah lama saya tak jumpa.Dia belanja saya makan kek.Terima kasih awak!!! >_<

Saya dapat bertemu pula dengan kawan-kawan seperjuangan dalam debat Arab.Majlis makan malam itu hanyalah tempat kami berkumpul.Pada malam ada persiapan daripada pasukan Fakulti Sains dan Teknologi yang berjaya melayakkan diri ke pusingan semi-final keesokan hari.Jadi saya sertai latihan mereka bersama pembimbing mereka,Ain Hanani yang baru sahaja mendapat pencapaian pendebat terbaik di Pertandingan Debat anjuran UII Jogjakarta.

I really proud of them.Their spirit is so excellent.Pasukan FST berjaya meraih johan dalam debat bahasa arab.


Majlis makan malam bersama pasukan debat arab.


Ain Hanani dan mentee debat arab FST



Pasukan FST di pentas final debat arab 


Saya bersama junior debat arab FST 
Hanan,Indah,Syu,Akma,Azam,Muaz dan Syamim.

Alhamdulillah well spent weekend.Sebelum pergi dinner sempat berjumpa dengan Omar dan Maya di Mesamall.I really miss them.Benarlah,ubat rindu tu adalah dengan bertemu.Till meet again kampus barakah tercinta,USIM.

Comments

Popular posts from this blog

BERGELAR PEGAWAI PERANGKAWAN

 Alhamdulillah. Saya terima peluang menjadi seorang pegawai Perangkawan atau lebih dikenali sebagai Statistician dalam bahasa Inggeris. Saya dapat belajar lebih banyak berkaitan analisis data apabila ditempatkan di DOSM Putrajaya. Terdapat data bulanan, suku tahunan dan data tahunan yang boleh menjadi rujukan pengguna serta orang awam. Hanya perlu layari laman sesawang DOSM dan dapatkan penerbitan berkaitan dengan banci serta survei yang dilaksanakan. Bergelar sebagai Perangkawan kena sentiasa bersedia untuk menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan program yang bertujuan memantapkan lagi pengetahuan serta kemahiran dalam diri. Saya baru sahaja selesai menghadirkan diri dalam Kursus Penganalisisan Data menggunakan SAS Programming. Kursus asas tersebut dijalankan di Institut Latihan Statistik Malaysia di Sungkai, Perak. Kebanyakan sesi latihan dan kursus akan diadakan di ILSM. Kursus telah berlangsung selama 2 hari. Ini adalah kali ketiga saya pergi ke ILSM.  Sebelum ini ada me...

KEPUTUSAN TEMUDUGA PEGAWAI PERANGKAWAN

Setelah sekian lama menanti, akhirnya saya menerima keputusan temuduga. Saya hadirkan diri ke pusat temuduga pada pertengahan bulan Julai 2020. Alhamdulillah keputusan keluar pada bulan Sept 2020. Keputusannya adalah...jeng3..saya tutup skrin laptop dengan tangan baca emel "bahagian pengambilan SPA". Saya baca perlahan-lahan dari atas ke bawah. Kemudian saya menangis T_T Keputusan Temuduga Pegawai Perangkawan menyatakan saya dapat jadi Calon Simpanan. Perasaan agak berbelah bagi sebab bergelar calon simpanan adalah menunjukkan anda tidak gagal interview akan tetapi anda belum berjaya diserap masuk. Oleh itu, saya redha jika memang ada rezeki pasti tak ke mana. Saya dapati di Jabatan Perangkaan ada kekosongan sempena Banci Penduduk dan Perumahan 2020, jadi saya mohon sebagai jawatan Pekerja Sambilan Harian. Gambar selfie di atas adalah kenangan bergelar PSH 2020. Pada 2 tahun yang lalu, di sinilah saya memulakan latihan industri. Cepat masa berlalu... S...

TAHUN BARU 2025

 Alhamdulillah  Tahun baru 2025 kini tiba. Life update... 2024  Dapat pindah rumah baru (kuarters). Dapat travel untuk urusan kerja ke Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dengan kapal terbang. Dapat usahakan barangan rumah baru meja makan, katil, peti ais, mesin basuh,tv,kabinet tv, meja kopi. Dapat belajar stats tools yang baru Knime..belajar dengan rakan sekerja. 2025 Banyak lagi nak capai dalam hidup ini. Moga Allah berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas. Mudah-mudahan dapat rezeki zuriat soleh dan solehah nanti.. Seberapa jauh kita melangkah, segalanya mudah dengan izin Allah. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang. Alhamdulillah kita syukur nanti Allah tambahkan lagi.