Skip to main content

ISTIMEWA FEBRUARI

Assalamualaikum

Alhamdulillah bulan Feb 2018 istimewa kerana semalam Januari berlalu dengan fenomena alam iaitu gerhana bulan.Subhanallah...cantik sangat cahaya bulan yang sementara.

Allah jadikan fenomena ini,bulan dan matahari berada di garisan yang sama.Maka,rugilah mereka yang sembah matahari dan bulan kerana kedua-duanya hanyalah makhluk Allah.Hebatnya Allah ciptakan fenomena ini memperlihatkan kekuasanNya yang mengatur urusan alam semesta.Seandainya matahari yang besar dan bulan yang indah itu boleh taat kepada perintah Allah,maka semestinya kita hamba yang kerdil kena taat kepada Allah.

Syukur,Allah beri kekuatan kepada insan yang mendirikan solat sunat gerhana bulan semalam.Moga Allah himpunkan kita di syurga nanti.

Saya dan sekeluarga berpeluang mendirikan solat sunat ini di masjid berhadapan Kuantan City Mall.Hidup kita singkat sahaja di dunia ini.Fenomena ini adalah satu kesempatan untuk kita tambahkan iman dalam diri.Usai jemaah solat.Kami dihidang dengan nasi lauk gulai ayam masak lemak cili api.Sedap sangat.Moga mereka yang sediakn makanan itu peroleh ganjaran baik di sisi Allah.

Pada bulan ini,maka akan genaplah usia saya 24 tahun pada 24 Februari.InshaAllah.Terasa banyak sangat ilmu dan pelbagai kemahiran yang ingin saya gilap dalam diri.

Adik saya mula bercerita tentang umur 24 tahun sewajarnya sudah punyai pasangan.Namun,belum ada hamba Allah yang benar serius ingin menjadi pasangan hidup saya.Maka ini adalah masa untuk saya capai segala impian dan perbaiki diri.Baitul muslim yang terbaik adalah terdiri daripada fardul muslim (individu muslim).Jadi tak perlu khuatir tentang jodoh kerana jodoh tidak pernah salah alamat.Namun,doa saya pada Yang Maha Mendengar akan selalu saya tadahkan.

Tahun ini tahun untuk saya jadi lebih baik.Allah sudah mengatur takdir hidup kita,maka jalanilah dengan sabar dan syukur.Tiap nikmat itu mengajar kita syukur dan tiap musibah mengajar kita sabar.

Comments

Popular posts from this blog

BABY ON THE WAY

 Alhamdulillah  Impian setiap pasangan inginkan zuriat. Zuriat yang soleh dan solehah menjadi harapan ibu bapa kerana bila sudah meninggal dunia semua amalan terputus kecuali antaranya amalan doa dari anak yang soleh dan solehah. Segala puji bagi Allah. Setelah doa dipanjatkan tanpa jemu, saya dan suami menerima khabar positif pada bulan Mac 2025. Doktor sahkan saya mengandung.  Rasa macam tak percaya pun ada setelah berkali-kali cuba alat pengesan kehamilan, selama ini satu garis je detect, kali ini terus dua garis. Saya dapat tahu je naik dua garis terus ajak suami ke klinik untuk scan pengesahan. Doktor check memang betul dah ada kantung. Subhanallah. Dalam keadaan tak terduga, tapi saya yakin masa yang tepat Allah hadirkan bakal cahaya mata buat saya dan suami. Semoga baby akan menjadi penyejuk mata kami. Alahan muntah saya alami pada waktu malam. Baby tahu saya sibuk bekerja siang hari hahaha...Setakat ini tiada craving yang pelik. Suami bantu dapatkan apa yang saya ...

KAKI TERSELIUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Hari ni saya nak kongsi pengalaman sukar yang saya lalui apabila terseliuh kaki. Hmmm...tak pernah pun terseliuh sebelum ni.Kali pertama dalam sejarah hidup Allah bg saya rasa macam mana sukarnya apabila berjalan dgn satu kaki. Di keheningan malam Sabtu,saya tak perasan lantai kafe KKNC tak rata.Saya hampir terjatuh..mujur ada Kak Kemo yg sedang berjln di hadapan saya.Tangan saya sempat bertahan pada badan Kak Kemo.Masa tu masih boleh berjalan sbb nak order makanan kt kaunter kafe.Akan tetapi pabila balik hostel iaitu KK1 mmg kaki saya tak boleh gerak langsung...Terasa otot di kaki merajuk dan taknak gerak.Gerak sikit terasa sakit dan berat kaki. Jap..sblum saya smbg cerita..sebenarnya mlm tu saya kt KKNC utk latih adik2 tamhidi sbg persediaan mereka utk debat wuddiyah@persahabatan di KISAS pada keesokan hari,Ahad@6Mac. Maka disebabkan insiden terseliuh,saya tak dpt ke KISAS.tiada jodoh kita..huhu.. Okey sambung balik story td..masa balik hostel sy memang...

BERGELAR PEGAWAI PERANGKAWAN

 Alhamdulillah. Saya terima peluang menjadi seorang pegawai Perangkawan atau lebih dikenali sebagai Statistician dalam bahasa Inggeris. Saya dapat belajar lebih banyak berkaitan analisis data apabila ditempatkan di DOSM Putrajaya. Terdapat data bulanan, suku tahunan dan data tahunan yang boleh menjadi rujukan pengguna serta orang awam. Hanya perlu layari laman sesawang DOSM dan dapatkan penerbitan berkaitan dengan banci serta survei yang dilaksanakan. Bergelar sebagai Perangkawan kena sentiasa bersedia untuk menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan program yang bertujuan memantapkan lagi pengetahuan serta kemahiran dalam diri. Saya baru sahaja selesai menghadirkan diri dalam Kursus Penganalisisan Data menggunakan SAS Programming. Kursus asas tersebut dijalankan di Institut Latihan Statistik Malaysia di Sungkai, Perak. Kebanyakan sesi latihan dan kursus akan diadakan di ILSM. Kursus telah berlangsung selama 2 hari. Ini adalah kali ketiga saya pergi ke ILSM.  Sebelum ini ada me...