Skip to main content

BERGELAR 24 TAHUN

ALHAMDULILLAH

Saya masih sihat walafiat untuk sambut hari kelahiran yang ke 24.

Tahun ini diharapkan penuh dengan bahagia sebagaimana telah saya lewati duka.Permulaan yang bahagia ingin saya kongsikan di laman ini.

Menjelang tarikh hari jadi saya pada 24 Februari,saya terima hadiah misteri dari Pos Laju Malaysia.Saya ingin tegaskan bahawa Pos Laju hanyalah pengantara si dia dan saya.>_<

Cukup teruja saya ingin membuka bungkusan hadiah itu.Sejurus pulang ke rumah saya dapati bungkusan itu ada di ruang tamu.Saya capai bungkusan itu dan berlari riang ke bilik dan  bawa ia ke dalam dakapan.

"Finally,it arrived!Thank you dear"

Saya buka ada 2 hadiah dalam tu.Saya buka lagi rupanya 5 dalam satu...Hadiah pertama saya dapat sekotak set kerongsang dan jarum peniti dan hadiah kedua saya dapat set beg galas serta beg simpan alat mekap serta beg tangan.

Dan tidak terduga saya akan dapat sekeping kad hari jadi.

Tulisan tangan si dia benar buatkan saya cukup terharu kerana dia menulis khusus untuk saya.Panjang berjela penuh madah pujangga.Dia tahu cara untuk pikat hati saya.

Syukur saya kepada Yang Maha Esa kerana telah gerakkan hati kita untuk merasa saling kasih mengasihi.Teruskan berdoa moga yang baik-baik untuk hubungan ini.

Di hari istimewa ini,ada teman rapat saya buat ucapan hari jadi,teman Sekrefast,dan sudah tentu yg tak pernah jemu di sisi,keluarga saya.Keesokan hari,umi buat kek moist choc dan maksu masak2 jamuan untuk raikan saya.Definisi birthday bagi saya cukuplah sekadar orang yang tersayang meraikan hari ini.Umi bagi saya hadiah tau,baju lengan panjang warna kelabu.Thanks Umi.

Now,Aliya is on the way to be better than before!!


Comments

Popular posts from this blog

BERGELAR PEGAWAI PERANGKAWAN

 Alhamdulillah. Saya terima peluang menjadi seorang pegawai Perangkawan atau lebih dikenali sebagai Statistician dalam bahasa Inggeris. Saya dapat belajar lebih banyak berkaitan analisis data apabila ditempatkan di DOSM Putrajaya. Terdapat data bulanan, suku tahunan dan data tahunan yang boleh menjadi rujukan pengguna serta orang awam. Hanya perlu layari laman sesawang DOSM dan dapatkan penerbitan berkaitan dengan banci serta survei yang dilaksanakan. Bergelar sebagai Perangkawan kena sentiasa bersedia untuk menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan program yang bertujuan memantapkan lagi pengetahuan serta kemahiran dalam diri. Saya baru sahaja selesai menghadirkan diri dalam Kursus Penganalisisan Data menggunakan SAS Programming. Kursus asas tersebut dijalankan di Institut Latihan Statistik Malaysia di Sungkai, Perak. Kebanyakan sesi latihan dan kursus akan diadakan di ILSM. Kursus telah berlangsung selama 2 hari. Ini adalah kali ketiga saya pergi ke ILSM.  Sebelum ini ada me...

KEPUTUSAN TEMUDUGA PEGAWAI PERANGKAWAN

Setelah sekian lama menanti, akhirnya saya menerima keputusan temuduga. Saya hadirkan diri ke pusat temuduga pada pertengahan bulan Julai 2020. Alhamdulillah keputusan keluar pada bulan Sept 2020. Keputusannya adalah...jeng3..saya tutup skrin laptop dengan tangan baca emel "bahagian pengambilan SPA". Saya baca perlahan-lahan dari atas ke bawah. Kemudian saya menangis T_T Keputusan Temuduga Pegawai Perangkawan menyatakan saya dapat jadi Calon Simpanan. Perasaan agak berbelah bagi sebab bergelar calon simpanan adalah menunjukkan anda tidak gagal interview akan tetapi anda belum berjaya diserap masuk. Oleh itu, saya redha jika memang ada rezeki pasti tak ke mana. Saya dapati di Jabatan Perangkaan ada kekosongan sempena Banci Penduduk dan Perumahan 2020, jadi saya mohon sebagai jawatan Pekerja Sambilan Harian. Gambar selfie di atas adalah kenangan bergelar PSH 2020. Pada 2 tahun yang lalu, di sinilah saya memulakan latihan industri. Cepat masa berlalu... S...

KAKI TERSELIUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Hari ni saya nak kongsi pengalaman sukar yang saya lalui apabila terseliuh kaki. Hmmm...tak pernah pun terseliuh sebelum ni.Kali pertama dalam sejarah hidup Allah bg saya rasa macam mana sukarnya apabila berjalan dgn satu kaki. Di keheningan malam Sabtu,saya tak perasan lantai kafe KKNC tak rata.Saya hampir terjatuh..mujur ada Kak Kemo yg sedang berjln di hadapan saya.Tangan saya sempat bertahan pada badan Kak Kemo.Masa tu masih boleh berjalan sbb nak order makanan kt kaunter kafe.Akan tetapi pabila balik hostel iaitu KK1 mmg kaki saya tak boleh gerak langsung...Terasa otot di kaki merajuk dan taknak gerak.Gerak sikit terasa sakit dan berat kaki. Jap..sblum saya smbg cerita..sebenarnya mlm tu saya kt KKNC utk latih adik2 tamhidi sbg persediaan mereka utk debat wuddiyah@persahabatan di KISAS pada keesokan hari,Ahad@6Mac. Maka disebabkan insiden terseliuh,saya tak dpt ke KISAS.tiada jodoh kita..huhu.. Okey sambung balik story td..masa balik hostel sy memang...