Skip to main content

PERSIAPAN RAYA 2018

Semalam umi mengajak saya keluar cari pakaian Aris dan abah. Baju melayu dah ada cuma yang belum ada T-shirt raya. Saya memang selalu tak lekat di rumah waktu hujung minggu sebab time tu lah untuk spend time dengan family di luar rumah. Haha.. jenis suka berjalan. Tapi sebenarnya time sesak jem dengan kereta manual penat bhaii... kaki duk main clutch jer. Sabar2.. akhirnya time nk parking kebetulan tepat2 ada kereta nak balik. Alhamdulillah bersyukur sesangat. Sebab dapat parking ni adalah satu rezeki jgk. Kalau tak, mmg pening la pusing satu bangunan nak cari parking.

Saya dan umi singgah di Parkson. Cari baju yang paling berbaloi harga. Lama gaissss sebab Parkson kottttt klu promosi 50% pun tapi tetap mahal. Kena round satu parkson baru jumpa. Beratur nak bayar lagi satu hal. Kebanyakan kaum bapa je beratur, sy duk fikir ni mesti sebab kaum ibu dah penat tlg survei pakaian. Jadi bapa kena tlg beratur bayar.Mcm tu lah give and take.. hoho.

Done beli baju serta seluar jean aris, dan jugak baju abah maka dalam minda umi nak beli kasut raya aris pulak. Cannot Umi..Cannot now.. sbb waktu tu dah nk maghrib. Jadi umi pn setuju utk gi beli mknn bungkus dan bbuka di rumah. Sampai umah tepat2 Maghrib. Alhamdulillah.

Lagi 4 hari je lagi nak raya. Cepatnya masa berlalu. Moga amalan amalan kita di bulan mulia ini, Allah terima sebagai saham di akhirat nanti.

p/s: mujur baju raya semua dah setel. 

Comments

Popular posts from this blog

BERGELAR PEGAWAI PERANGKAWAN

 Alhamdulillah. Saya terima peluang menjadi seorang pegawai Perangkawan atau lebih dikenali sebagai Statistician dalam bahasa Inggeris. Saya dapat belajar lebih banyak berkaitan analisis data apabila ditempatkan di DOSM Putrajaya. Terdapat data bulanan, suku tahunan dan data tahunan yang boleh menjadi rujukan pengguna serta orang awam. Hanya perlu layari laman sesawang DOSM dan dapatkan penerbitan berkaitan dengan banci serta survei yang dilaksanakan. Bergelar sebagai Perangkawan kena sentiasa bersedia untuk menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan program yang bertujuan memantapkan lagi pengetahuan serta kemahiran dalam diri. Saya baru sahaja selesai menghadirkan diri dalam Kursus Penganalisisan Data menggunakan SAS Programming. Kursus asas tersebut dijalankan di Institut Latihan Statistik Malaysia di Sungkai, Perak. Kebanyakan sesi latihan dan kursus akan diadakan di ILSM. Kursus telah berlangsung selama 2 hari. Ini adalah kali ketiga saya pergi ke ILSM.  Sebelum ini ada me...

KEPUTUSAN TEMUDUGA PEGAWAI PERANGKAWAN

Setelah sekian lama menanti, akhirnya saya menerima keputusan temuduga. Saya hadirkan diri ke pusat temuduga pada pertengahan bulan Julai 2020. Alhamdulillah keputusan keluar pada bulan Sept 2020. Keputusannya adalah...jeng3..saya tutup skrin laptop dengan tangan baca emel "bahagian pengambilan SPA". Saya baca perlahan-lahan dari atas ke bawah. Kemudian saya menangis T_T Keputusan Temuduga Pegawai Perangkawan menyatakan saya dapat jadi Calon Simpanan. Perasaan agak berbelah bagi sebab bergelar calon simpanan adalah menunjukkan anda tidak gagal interview akan tetapi anda belum berjaya diserap masuk. Oleh itu, saya redha jika memang ada rezeki pasti tak ke mana. Saya dapati di Jabatan Perangkaan ada kekosongan sempena Banci Penduduk dan Perumahan 2020, jadi saya mohon sebagai jawatan Pekerja Sambilan Harian. Gambar selfie di atas adalah kenangan bergelar PSH 2020. Pada 2 tahun yang lalu, di sinilah saya memulakan latihan industri. Cepat masa berlalu... S...

KAKI TERSELIUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Hari ni saya nak kongsi pengalaman sukar yang saya lalui apabila terseliuh kaki. Hmmm...tak pernah pun terseliuh sebelum ni.Kali pertama dalam sejarah hidup Allah bg saya rasa macam mana sukarnya apabila berjalan dgn satu kaki. Di keheningan malam Sabtu,saya tak perasan lantai kafe KKNC tak rata.Saya hampir terjatuh..mujur ada Kak Kemo yg sedang berjln di hadapan saya.Tangan saya sempat bertahan pada badan Kak Kemo.Masa tu masih boleh berjalan sbb nak order makanan kt kaunter kafe.Akan tetapi pabila balik hostel iaitu KK1 mmg kaki saya tak boleh gerak langsung...Terasa otot di kaki merajuk dan taknak gerak.Gerak sikit terasa sakit dan berat kaki. Jap..sblum saya smbg cerita..sebenarnya mlm tu saya kt KKNC utk latih adik2 tamhidi sbg persediaan mereka utk debat wuddiyah@persahabatan di KISAS pada keesokan hari,Ahad@6Mac. Maka disebabkan insiden terseliuh,saya tak dpt ke KISAS.tiada jodoh kita..huhu.. Okey sambung balik story td..masa balik hostel sy memang...