Skip to main content

REZEKI ADA DI MANA-MANA

ASSALAMUALAIKUM.

Hari ini saya nak cerita saya dapat roti dan gula-gula percuma...Bayangkan zaman sekarang mana nak dapat benda percuma..Bila dapat tu namanya rezeki..>_^

Alkisahnya sebagai pelajar praktikal kita bukanlah dapat kerja selalu..Jadi bila tak dapat kerja,pandai-pandai lah bawa diri cari kerja.Saya pergi ke meja Puan Siti,maka beliau beri saya beberapa fail untuk disemak.Sambil itu dia bagi saya roti inti kacang..Macam tau2 je saya tengah lapar....See..when you are looking for a job to do,you will get a bread to eat.Haha.

Pastu hari ini saya rehat dengan Kak Rehan dan Kak Yanti.Masing-masing sudah ada dua orang anak.Tapi lepak je dengan diorang sebab lagi best daripada makan sorang2.At least dapat input masa sembang sambil makan.

Selesai rehat,saya berjumpa dengan Puan Umi,ketua pegawai untuk bahagian prosesan dan analisis.Sebelum ini,jawatan itu disandang oleh Encik Syed Shamsiee.Puan Umi ajarkan saya cara susun data dari borang ke dalam Microsoft Excel.

Saya banyak belajar cara yang simple dan mudah untuk cepat buat kerja susun data.

"Wrap Text" untuk memuatkan tulisan kita yang panjang ke dalam ruang column.Kalau tak,nanti tulisan yang panjang itu tersembunyi.

"Merge and Center" untuk kita gabungkan kotak dalam satu row yang terdiri daripada banyak column menjadi satu column sahaja.Maka mudah bagi kita untuk letakkan tajuk dalam suatu table.

Semasa belajar dengan Puan Umi,beliau minta ambilkan borang pada Kak Ramlah.Pergi kat meja Kak Ramlah saya dapat fail borang dan sebiji gula-gula.Yeayyyy dalam hati happy mcm kanak-kanak ribena.Haha..

Alhamdulillah..jom bersyukur,bila kita syukur nanti Allah tambah lagi...(rasa nak tukar spek baru)    =)


Comments

Popular posts from this blog

BABY ON THE WAY

 Alhamdulillah  Impian setiap pasangan inginkan zuriat. Zuriat yang soleh dan solehah menjadi harapan ibu bapa kerana bila sudah meninggal dunia semua amalan terputus kecuali antaranya amalan doa dari anak yang soleh dan solehah. Segala puji bagi Allah. Setelah doa dipanjatkan tanpa jemu, saya dan suami menerima khabar positif pada bulan Mac 2025. Doktor sahkan saya mengandung.  Rasa macam tak percaya pun ada setelah berkali-kali cuba alat pengesan kehamilan, selama ini satu garis je detect, kali ini terus dua garis. Saya dapat tahu je naik dua garis terus ajak suami ke klinik untuk scan pengesahan. Doktor check memang betul dah ada kantung. Subhanallah. Dalam keadaan tak terduga, tapi saya yakin masa yang tepat Allah hadirkan bakal cahaya mata buat saya dan suami. Semoga baby akan menjadi penyejuk mata kami. Alahan muntah saya alami pada waktu malam. Baby tahu saya sibuk bekerja siang hari hahaha...Setakat ini tiada craving yang pelik. Suami bantu dapatkan apa yang saya ...

KAKI TERSELIUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Hari ni saya nak kongsi pengalaman sukar yang saya lalui apabila terseliuh kaki. Hmmm...tak pernah pun terseliuh sebelum ni.Kali pertama dalam sejarah hidup Allah bg saya rasa macam mana sukarnya apabila berjalan dgn satu kaki. Di keheningan malam Sabtu,saya tak perasan lantai kafe KKNC tak rata.Saya hampir terjatuh..mujur ada Kak Kemo yg sedang berjln di hadapan saya.Tangan saya sempat bertahan pada badan Kak Kemo.Masa tu masih boleh berjalan sbb nak order makanan kt kaunter kafe.Akan tetapi pabila balik hostel iaitu KK1 mmg kaki saya tak boleh gerak langsung...Terasa otot di kaki merajuk dan taknak gerak.Gerak sikit terasa sakit dan berat kaki. Jap..sblum saya smbg cerita..sebenarnya mlm tu saya kt KKNC utk latih adik2 tamhidi sbg persediaan mereka utk debat wuddiyah@persahabatan di KISAS pada keesokan hari,Ahad@6Mac. Maka disebabkan insiden terseliuh,saya tak dpt ke KISAS.tiada jodoh kita..huhu.. Okey sambung balik story td..masa balik hostel sy memang...

BERGELAR PEGAWAI PERANGKAWAN

 Alhamdulillah. Saya terima peluang menjadi seorang pegawai Perangkawan atau lebih dikenali sebagai Statistician dalam bahasa Inggeris. Saya dapat belajar lebih banyak berkaitan analisis data apabila ditempatkan di DOSM Putrajaya. Terdapat data bulanan, suku tahunan dan data tahunan yang boleh menjadi rujukan pengguna serta orang awam. Hanya perlu layari laman sesawang DOSM dan dapatkan penerbitan berkaitan dengan banci serta survei yang dilaksanakan. Bergelar sebagai Perangkawan kena sentiasa bersedia untuk menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan program yang bertujuan memantapkan lagi pengetahuan serta kemahiran dalam diri. Saya baru sahaja selesai menghadirkan diri dalam Kursus Penganalisisan Data menggunakan SAS Programming. Kursus asas tersebut dijalankan di Institut Latihan Statistik Malaysia di Sungkai, Perak. Kebanyakan sesi latihan dan kursus akan diadakan di ILSM. Kursus telah berlangsung selama 2 hari. Ini adalah kali ketiga saya pergi ke ILSM.  Sebelum ini ada me...