Skip to main content

MENUJU GERBANG KERJAYA

Assalamualaikum

Hari ini adalah cuti awam sempena Hari Wesak. Semalam merupakan hari pertama saya bergelar penganggur. Minggu lepas saya berjaya menamatkan 18 minggu tempoh latihan industri. Alhamdulillah. Well done myself! Keep calm and be happy!

Jadi di kesempatan cuti ini saya boleh la update blog yg dah lama x update. Hehe. How is my life??? Alhamdulillah so far so good. I really cant believe I survived till now hoping that everything is going to be better on this 2018.

25 Mei tamat lah latihan industri.Bulan Mei ini akan sy coretkan dgn satu kenangan baru iaitu kenangan temuduga. InshaAllah pada 31 Mei saya akan hadirkan diri ke sesi temu duga di Menara Public Bank. Saya dapat tawaran untuk jawatan Management Trainee. Sebagai bakal graduan saya memang mencari peluang Management Training sebab itu satu permulaan baik bagi saya tambah kemahiran dalam diri dan diberi bimbingan sebaiknya sebelum melangkah ke alam kerja sebenar.InshaAllah ada rezeki saya akan jadi orang Keyelll.Haha

Pada 1 Jun saya akan mulakan kerja sebagai pekerja sambilan harian dalam Jabatan Perangkaan Malaysia Pahang. Jawatan ini boleh dimohon oleh lepasan SPM. Sementara menunggu tawaran pekerjaan tetap, saya fikir ini peluang untuk saya cari pendapatan terlebih dahulu daripada berehat tanam anggur.Hoho..Nak jd pekerja sambilan harian ni pun kena temuduga tau. Sbb ramai yg berminat dan mampu utk ambil jawatan ini. Alhamdulillah sy lulus temuduga. Maka kontrak saya dari bulan Jun hingga Ogos. InshaAllah.

Saya bersyukur sangat. Rezeki tersedia ada Allah bagi jika kita ikhtiar mencari. Moga kita sentiasa bersyukur dan peroleh keampunan di bulan Ramadan ini. Kejap je masa. Baju raya pun dah dibeli.Hehe. Thats all for today.

p/s: Last day praktikal Kak Ros bagi sy hadiah tudung.So sweet Kak Ros


Comments

Popular posts from this blog

KAKI TERSELIUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Hari ni saya nak kongsi pengalaman sukar yang saya lalui apabila terseliuh kaki. Hmmm...tak pernah pun terseliuh sebelum ni.Kali pertama dalam sejarah hidup Allah bg saya rasa macam mana sukarnya apabila berjalan dgn satu kaki. Di keheningan malam Sabtu,saya tak perasan lantai kafe KKNC tak rata.Saya hampir terjatuh..mujur ada Kak Kemo yg sedang berjln di hadapan saya.Tangan saya sempat bertahan pada badan Kak Kemo.Masa tu masih boleh berjalan sbb nak order makanan kt kaunter kafe.Akan tetapi pabila balik hostel iaitu KK1 mmg kaki saya tak boleh gerak langsung...Terasa otot di kaki merajuk dan taknak gerak.Gerak sikit terasa sakit dan berat kaki. Jap..sblum saya smbg cerita..sebenarnya mlm tu saya kt KKNC utk latih adik2 tamhidi sbg persediaan mereka utk debat wuddiyah@persahabatan di KISAS pada keesokan hari,Ahad@6Mac. Maka disebabkan insiden terseliuh,saya tak dpt ke KISAS.tiada jodoh kita..huhu.. Okey sambung balik story td..masa balik hostel sy memang...

BABY ON THE WAY

 Alhamdulillah  Impian setiap pasangan inginkan zuriat. Zuriat yang soleh dan solehah menjadi harapan ibu bapa kerana bila sudah meninggal dunia semua amalan terputus kecuali antaranya amalan doa dari anak yang soleh dan solehah. Segala puji bagi Allah. Setelah doa dipanjatkan tanpa jemu, saya dan suami menerima khabar positif pada bulan Mac 2025. Doktor sahkan saya mengandung.  Rasa macam tak percaya pun ada setelah berkali-kali cuba alat pengesan kehamilan, selama ini satu garis je detect, kali ini terus dua garis. Saya dapat tahu je naik dua garis terus ajak suami ke klinik untuk scan pengesahan. Doktor check memang betul dah ada kantung. Subhanallah. Dalam keadaan tak terduga, tapi saya yakin masa yang tepat Allah hadirkan bakal cahaya mata buat saya dan suami. Semoga baby akan menjadi penyejuk mata kami. Alahan muntah saya alami pada waktu malam. Baby tahu saya sibuk bekerja siang hari hahaha...Setakat ini tiada craving yang pelik. Suami bantu dapatkan apa yang saya ...

TAHUN BARU 2025

 Alhamdulillah  Tahun baru 2025 kini tiba. Life update... 2024  Dapat pindah rumah baru (kuarters). Dapat travel untuk urusan kerja ke Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dengan kapal terbang. Dapat usahakan barangan rumah baru meja makan, katil, peti ais, mesin basuh,tv,kabinet tv, meja kopi. Dapat belajar stats tools yang baru Knime..belajar dengan rakan sekerja. 2025 Banyak lagi nak capai dalam hidup ini. Moga Allah berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas. Mudah-mudahan dapat rezeki zuriat soleh dan solehah nanti.. Seberapa jauh kita melangkah, segalanya mudah dengan izin Allah. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang. Alhamdulillah kita syukur nanti Allah tambahkan lagi.