Skip to main content

Posts

Hari Lahir ke-28

Assalamualaikum. Alhamdulillah Masih ada ruang waktu berkongsi penulisan di laman blog ini. Saya semakin bertambah usia seiring dengan bertambah timbangan kilogram..haha. No worries..April nanti siang hari saya tak makan (sbb puasa Ramadan yer) ^^ Tahun 2022 membuka tirai baru dalam hidup saya. Dahulu sebagai seorang anak, seorang kakak, kini bergelar seorang isteri. Perubahan ketara dapat saya rasakan. Pada awalnya untuk menyesuaikan diri sebagai isteri dan tambahan pula kerjaya baru. Saya baru melaporkan diri sebagai Perangkawan di Jabatan Perangkaan Malaysia Putrajaya. Syukur rezeki ditawarkan lantikan tetap setelah sekian lama jadi calon simpanan. Ada orang kata rezeki kahwin. Saya percaya bila namanya rezeki sudah tertulis, tiada siapa dan apa dapat halang kurnianNya. Selagi kita usaha, ikhtiar dan doa mesti Allah bagi. Think positive! Mendapat pasangan yang baik juga rezeki. Terima kasih Encik Suami kerana menerima diri ini apa adanya. Sambutan Hari Lahir 24.02.2022 sederhana tap...

TRIP TO TEMERLOH

Assalamualaikum teman2 yg masih sudi baca blog ini. Hari ini ingin saya kongsikan kisah bercuti yang sangat adhoc >_< Sebenarnya dah lama teringin sangat nak bercuti akhirnya yg plan last minit jugak menjadi. Alhamdulillah. Di pagi hari Sabtu yang indah, umi ajak jomlah kita bercuti nanti minggu depan adik Aris nak blk asrama dah. Pagi itu juga lah saya kelam kabut call semua jenis homestay kat Temerloh sebab Ain dan Yana kata Temerloh Water Park buka. Motif nak mandi kolam je gaisss haha jauh nun kitorg pergi sebab Gambang Water Park tahun depan dibuka semula. Perjalanan nak ke Temerloh tu dari Kuantan hampir 2 jam jgk. Maka saya dan suami tercinta kira travel sambil honeymoon lerrr hehe usia perkahwinan baru seminggu masa tu.  Saya sudah dapat call satu homestay katanya available mungkin pukul 6 boleh check in. Saya kata okay. Maka berseronok lah kami main air. Seusai main air saya hubungi lagi pemilik homestay katanya lambat lagi nk sampai sbb dia di luar kawasan. Saya pun...

SAYA DAH KAHWIN

Alhamdulillah Setelah sekian lama merancang namun semestinya Allah sebaik-baik Perancang. Saya dan Special1 telah selamat diijabkabulkan pada 23 Okt 2021, Sabtu di Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan pada pukul 10.00 pagi. Nikah di pejabat agama My Special1 kacak bergaya dengan set baju Melayu putih dan saya ehemm anggun bergaya diserikan dengan set baju kurung moden dari Nurayman Azez Couture, wedding planner. Sejujurnya kan suasana pagi itu tenang sangat. Masuk dalam pejabat agama pun tenang. Jurunikah Hj Satar pun sangat sopan santun bertutur dengan tenang khutbah kahwin. Saya expect akan menangis sbb abah sendiri yang nikahkan. Tapi xde setitis pun air mata mengalir. Abah pulak berdebar sampai tersalah baca nama penuh saya. Jurunikah kata itulah nama anak panjang sangat =D Dengan sekali lafaz,saya sah jadi isteri Special1. Allah mudahkn dan semua berjalan lancar. Syukurrr. Cuma waktu suami...eh..dah nikah panggil suami la =P Okay sambung2.. Cuma waktu suami n...

SUPER APPS

 Pada 23 September 2021, saya sertai forum online yang dianjurkan Twitter #duitjaya dalam space. Space ini macam kita dengar radio sebab hanya audio je yang kita dengar secara langsung. Saya dapat tahu program ini melalui LinkedIn. Haha dahsyat kan dari LinkedIn bawa ke Twitter. Begitulah lumrah hidup bermedia sosial. Saya masih terkecuali lagi dari install app tiktok  =P Okay back to main point, masa saya mula2 nak join rupanya dah episod ke5. Saya baru first time dengar Duitjaya ni bila tengok LinkedIn alumni Actuary USIM,  senior saya la En. Asyraf. Tengok host forum pun alumni jugak En. Afif dan seorang lagi ahli panel En.Kamal. Bercerita secara santai tentang topik Super Apps Grab vs Gojek vs AirAsia vs SEA. Saya masuk agak lambat sebab masa tengok event tu macam tak ramai orang jadi risau betul ke ada buat ke cancel.Haha.. Saya masuk jugak sebab curious untuk nak fahamkan diskusi tentang apa berdasarkan tajuk forum. Rupanya saya sorang je perempuan. Masa...

SEPTEMBER ALREADY

 Hi my Special1, I have so many things to write in my blog but not sure what to start with then I got suggestion to start with Special1. Haha okay itu mukaddimah lepas dah hampir 5 bulan tak update blog. Makin dewasa makin busy gaisss hehe. Byk benda dah kena fikir pastu situasi sekarang daripada pandemik covid19 dah bertukar jadi endemik. Maksudnya kita dah kena jalani hidup bersama virus di sekeliling. Since 2020 sampai sekarang masih ada kes kematian akibat covid19. Jumlah kes pesakit positif covid19 adalah 1,824,439 dan kes kematian 17,883(4 Sep 2021). Dahsyat kan..  Sekarang ikhtiar adalah dengan ambil vaksin. Alhamdulillah saya sudah lengkap vaksin Pfizer dua dos. Ada vaksin Astrazeneca ada vaksin Sinovac. Daftar di app Mysejahtera then tgkla dapat vaksin kat mana dan stok vaksin apa yang ada. Daftar Feb 2021 dan nama saya dipanggil untuk vaksin pada Jul 2021. Syukur laaa walaupun vaksin bukan penyembuh tapi jadi bantu sistem imunisasi kita jika terkena virus. Maksudnya ...

Susu Kurma Homemade

Alhamdulillah sudah memasuki hari ke sepuluh Ramadan. Sukacita ingin saya kongsikan susu kurma yang telah dibuat sebab teringin nak rasa haha. Homemade is cool =) Jam dah nak pukul 7pm baru nak buat susu kurma hehe  Tadaaaaa..dah siap. Susu Kurma Homemade  Caranya: Rendam 5 biji kurma dalam air panas selama 10 minit. Masukkan secawan susu ke dalam blender. Masukkan kurma yg telah direndam tadi bsama air rendaman ke dalam blender juga. Masukkan 2 sudu madu (Klu nk kurangkn manis sesudu pun cukup dah). Then blend. Then letak dalam peti ais. Atau terus masukkan ais untuk dihidang. Sedap gaisss mcm susu kurma yg jual kat kedai. Selamat mencuba! 

HADIAH RAMADAN 2021

Alhamdulillah  Tiba lagi di bulan Ramadan yg mulia dan penuh keberkatan. Sebelum menjelang Ramadan, seperti biasa saya sering doa mohon "Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadan" Di hati terselit juga sempat kah aku nak berpuasa, ada hamba Allah sebahagian telah pulang ke alam sana. Dalam meminta berasa kerdilnya aku ini, segan pun ada sebab banyak nikmat Allah dah bagi tak terhitung. Namun,  saya sedar bahawa bekalan amalan perlu ditambah lagi. Semua orang beriman pasti impikan sebaik-baik tempat kembali iaitu syurga =) Hari ini saya ada terima hadiah daripada pengirim misteri. Saya dapat mesej ada barang Poslaju akan poskan. Saya dah pelik sebab tidak ada order barang dari Wangsa Maju. Dalam hati tak terbayang siapa yg bagi... Sekali ada kad dlm kotak hadiah ituuuu  Rupanya Aina Wani my bff yg bagiii... I am sooo happy >_< Terima kasih sahabatku. Moga dikau sentiasa dimurahkan rezeki. Sentiasa dlm jagaan Allah. Moga ...