Skip to main content

SEPTEMBER ALREADY

 Hi my Special1,

I have so many things to write in my blog but not sure what to start with then I got suggestion to start with Special1.

Haha okay itu mukaddimah lepas dah hampir 5 bulan tak update blog. Makin dewasa makin busy gaisss hehe. Byk benda dah kena fikir pastu situasi sekarang daripada pandemik covid19 dah bertukar jadi endemik. Maksudnya kita dah kena jalani hidup bersama virus di sekeliling. Since 2020 sampai sekarang masih ada kes kematian akibat covid19. Jumlah kes pesakit positif covid19 adalah 1,824,439 dan kes kematian 17,883(4 Sep 2021). Dahsyat kan.. 

Sekarang ikhtiar adalah dengan ambil vaksin. Alhamdulillah saya sudah lengkap vaksin Pfizer dua dos. Ada vaksin Astrazeneca ada vaksin Sinovac. Daftar di app Mysejahtera then tgkla dapat vaksin kat mana dan stok vaksin apa yang ada. Daftar Feb 2021 dan nama saya dipanggil untuk vaksin pada Jul 2021. Syukur laaa walaupun vaksin bukan penyembuh tapi jadi bantu sistem imunisasi kita jika terkena virus. Maksudnya lagi adalah jika kena covid tak sampai tahap kritikal sebab badan kita dah ada vaksin. Gitula...


Saya masih ada kemahuan untuk tulis blog ni sebab saya tujukan untuk sesiapa yang mungkin seperti saya dulu suka untuk baca pengalaman hidup dari blog dan belajar serta ambil iktibar la.


Buat masa sekarang saya masih work from home. Boss kata maybe next year dah kena masuk ofis kat Keyelll (KL)  hehe..Saya mmg looking forward to get know how my new office and my new friends..Saya dapat peluang 4 bulan kerja kontrak di HSBC dalam department Global Tax Utilities, sekarang saya bertukar ke department baru iaitu Financial Crime Compliance. Kedua-dua jabatan ini di bawah Risk Operations. Saya bersyukur dapat peluang kerja dengan job scope yang related with my degree Actuarial Science and Risk Management. Saya masih lagi baru dalam kerjaya ini. Moga saya dapat buat yang terbaik. Saya suka dapat kawan2 baru yang sangat supportive and helpful iaitu Maiz, Ash,  Aida, Hanizam, Pavithra, Gowry, Kamarul, Ganeesh dan Nisha. Walaupun sekadar kenal online but we do communicate a lot through group chat or whatsapp.


Sekarang masih lagi tak boleh bebas travel rentas negeri sesuka hati. Kena jaga SOP pakai mask then kalau nak makan kat restoran hanya dibenarkan pada orang yg dah complete dua dos vaksin selepas 14 hari baru valid sijil kat app Mysejahtera tu. Bertabahla..


Jadi mmg banyak masa duduk umah asyik ngadap TV. Lagi2 Astro Arena gaisss.. I really like to watch sports. Keluarga saya bukanlah ada atlet pun tapi kitorg mmg all out screaming to support Malaysian athletes in Olympics 2020 and Paralympic 2020 di Tokyo. Malaysia memang bolehhh..sebab atlet kita ada berjaya sampai ke peringkat final dan ada rezeki yang bawa pulang pingat. Sukan yang paling best tgk sudah tentu badminton. Haha gigih gaisss rakam detik2 kemenangan. So proud and happy bila tengok bendera Malaysia berkibar di podium. Sampai saya rasa esok2 nak ada anak masuk Olimpik jugakkk hahahha over tauuu.. >_<



Next Olympics di Paris tahun 2024. Haaa kumpul la duit mana tahu kot2 boleh tgk dan support atlet live kat sana. Gituhh 


Dannn almost tiap malam my family and I will watch movies. Yana my sister akan download movie in laptop then we connected the laptop to TV. Saya kan sampai terfikir macam best je klu beli projector dan pasang mcm tgk movie kat cinema. Yela skrg cinema pun tutup yer. Jadi kita maybe bole create cinema dlm umah  =P


Dannnn kitorg sll video call dgn Aqeel my nephew. Dah setahun usia Aqeel mmg lama sgt xjumpa sbb my sister and brother-in-law live in Selangor. Kes baru Covid19 kat Selangor sgt tinggi. Moga kita semua terhindar dari dijangkiti wabak ini. Benda tak nampak dgn mata kasar memang la bahaya.




Saya masih juga rindu rutin harian hujung minggu sblum covid. Saya suka luangkan masa di perpustakaan. Sekarang masih tutup sebab yela mana bole berkumpul ramai2 lagi. Jadi kita baca buku di umah sajor. Banyak buku sis tak abis baca hahahah jadi mohle kita membaca apa yg dah dibeli.


That's all for today.


Thank you for reading. I hope you guys doing well. Stay safe and stay strong in this endemic. Hopefully things will get better and you will be happier =)




Comments

Popular posts from this blog

KAKI TERSELIUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Hari ni saya nak kongsi pengalaman sukar yang saya lalui apabila terseliuh kaki. Hmmm...tak pernah pun terseliuh sebelum ni.Kali pertama dalam sejarah hidup Allah bg saya rasa macam mana sukarnya apabila berjalan dgn satu kaki. Di keheningan malam Sabtu,saya tak perasan lantai kafe KKNC tak rata.Saya hampir terjatuh..mujur ada Kak Kemo yg sedang berjln di hadapan saya.Tangan saya sempat bertahan pada badan Kak Kemo.Masa tu masih boleh berjalan sbb nak order makanan kt kaunter kafe.Akan tetapi pabila balik hostel iaitu KK1 mmg kaki saya tak boleh gerak langsung...Terasa otot di kaki merajuk dan taknak gerak.Gerak sikit terasa sakit dan berat kaki. Jap..sblum saya smbg cerita..sebenarnya mlm tu saya kt KKNC utk latih adik2 tamhidi sbg persediaan mereka utk debat wuddiyah@persahabatan di KISAS pada keesokan hari,Ahad@6Mac. Maka disebabkan insiden terseliuh,saya tak dpt ke KISAS.tiada jodoh kita..huhu.. Okey sambung balik story td..masa balik hostel sy memang...

BABY ON THE WAY

 Alhamdulillah  Impian setiap pasangan inginkan zuriat. Zuriat yang soleh dan solehah menjadi harapan ibu bapa kerana bila sudah meninggal dunia semua amalan terputus kecuali antaranya amalan doa dari anak yang soleh dan solehah. Segala puji bagi Allah. Setelah doa dipanjatkan tanpa jemu, saya dan suami menerima khabar positif pada bulan Mac 2025. Doktor sahkan saya mengandung.  Rasa macam tak percaya pun ada setelah berkali-kali cuba alat pengesan kehamilan, selama ini satu garis je detect, kali ini terus dua garis. Saya dapat tahu je naik dua garis terus ajak suami ke klinik untuk scan pengesahan. Doktor check memang betul dah ada kantung. Subhanallah. Dalam keadaan tak terduga, tapi saya yakin masa yang tepat Allah hadirkan bakal cahaya mata buat saya dan suami. Semoga baby akan menjadi penyejuk mata kami. Alahan muntah saya alami pada waktu malam. Baby tahu saya sibuk bekerja siang hari hahaha...Setakat ini tiada craving yang pelik. Suami bantu dapatkan apa yang saya ...

TAHUN BARU 2025

 Alhamdulillah  Tahun baru 2025 kini tiba. Life update... 2024  Dapat pindah rumah baru (kuarters). Dapat travel untuk urusan kerja ke Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dengan kapal terbang. Dapat usahakan barangan rumah baru meja makan, katil, peti ais, mesin basuh,tv,kabinet tv, meja kopi. Dapat belajar stats tools yang baru Knime..belajar dengan rakan sekerja. 2025 Banyak lagi nak capai dalam hidup ini. Moga Allah berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas. Mudah-mudahan dapat rezeki zuriat soleh dan solehah nanti.. Seberapa jauh kita melangkah, segalanya mudah dengan izin Allah. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang. Alhamdulillah kita syukur nanti Allah tambahkan lagi.