Pada 23 September 2021, saya sertai forum online yang dianjurkan Twitter #duitjaya dalam space.
Space ini macam kita dengar radio sebab hanya audio je yang kita dengar secara langsung. Saya dapat tahu program ini melalui LinkedIn. Haha dahsyat kan dari LinkedIn bawa ke Twitter. Begitulah lumrah hidup bermedia sosial. Saya masih terkecuali lagi dari install app tiktok =P
Okay back to main point, masa saya mula2 nak join rupanya dah episod ke5. Saya baru first time dengar Duitjaya ni bila tengok LinkedIn alumni Actuary USIM, senior saya la En. Asyraf. Tengok host forum pun alumni jugak En. Afif dan seorang lagi ahli panel En.Kamal.
Bercerita secara santai tentang topik Super Apps Grab vs Gojek vs AirAsia vs SEA. Saya masuk agak lambat sebab masa tengok event tu macam tak ramai orang jadi risau betul ke ada buat ke cancel.Haha.. Saya masuk jugak sebab curious untuk nak fahamkan diskusi tentang apa berdasarkan tajuk forum. Rupanya saya sorang je perempuan. Masa tu dah ragu2 eh ni topik orang lelaki je ke discuss. Tapi xde plak event tulis just for men >_<
Mungkin topik ni menarik bagi kaum Adam. Saya stay sebab seronok dapat dengar perkongsian dan tambahkan pengetahuan. Benda boleh dengar percuma jadi enjoy the sharing session. Ahli panel menerangkan super apps empat ini antara yang terbesar pengaruh di Asia Tenggara. Di sebalik apps yang kita guna ni ada kisah bagaimana sejarah apps ni grow and keep growing dengan adanya investors. Bagaimana founders decide to manage the apps, to diversify more field. Dunia e-commerce ni besar dan semakin besar bisnes semakin besar kebarangkalian utk burn out. Duit dah labur banyak tapi bisnes rugi. Haaa macam mana tu.
Kalau pelabur jenis yang dah kaya tak kisah pun lama masa diambil oleh bisnes utk bagi profit. Tapi dapat pelabur yang sudah tidak puas hati dengan performance mestilah tak nak selamanya rugi. Sekarang banyak benda dah go digital. Boleh jadi sampai satu tahap Gojek akan ada insurans sendiri, bank sendiri..siapa tahu kan sebab bilamana pengurusan kewangan dan pelaburan serta perancangan rapi tu ada mesti boleh pergi jauh. Btw, Gojek ini dari Indonesia dan Grab dari Singapura.
Dan apps yang bagus semestinya yang customer mudah nak guna. En. Kamal kata ibarat bentuk segi tiga ada garisan satu dan garisan dua untuk menuju ke satu sudut di hujung, customer mesti pilih yang lagi dekat yang lagi cepat nak ke sudut iaitu selain daripada dua garisan tersebut haha semestinya garisan tengah2. Jadi developer web atau app ni kena creative la nk ikut demand customer. Gitulah yg saya faham.
Rupanya kan jadi founder ni kita igt byk la percentage yg dia pegang dlm urusan bisnes. Takpun gaisss sebenarnya ada je bawah 2% dan ada jugak less than 0.01%. Tapi dari segi nilai banyak la kalau return billion juta2 kan.
En. Asyraf juga berkongsi bagaimana AirAsia boleh libatkan organisasi dalam dunia delivery mknn dan ride sbb sblum ni kan main business focus on flight. Since Covid19, terjadi lah bisnes baru. Bisnes ini kita nampak mcm side income tapi klu betul2 berjaya memang akan jadi main jugak. Dan berkenaan Grab tak dapat dinafikan la dah berkembang sbg tranport dan jugak delivery makanan. SEA pulak ada potential grow jugak sebab dah pegang saham banyak.
Saya suka sertai program seperti ini sebab kalau diri kita sendiri nak membaca artikel rasanya 2 mukasurat dah mengantuk (over tauuu haha). Jadi bila kita dengar daripada ahli panel yang memang mengkaji dari bahan bacaan atau seminar atau pengalaman sendiri lagi seronok la kita dengar. Duitjaya ada jugak telegram sendiri untuk info2 terkini. Saya tak berapa aktif nak buka telegram =D Jadi kalau anda nak tahu lebih lanjut info boleh la follow twitter atau telegram mereka. Sis promote sbb benda baik bermanfaat kita kna share ^_^
Okayla itu sahaja perkongsian malam ini. Kalau ada kekurangan itu dari sisi saya sendiri sebab saya ringkaskn berdasarkan fahaman saya. Terima kasih sudi baca blog saya.
Banyak lagi ilmu pengetahuan ingin dipelajari. Keep calm and learn more =)
Comments
Post a Comment