Skip to main content

Hari Lahir ke-28

Assalamualaikum.

Alhamdulillah

Masih ada ruang waktu berkongsi penulisan di laman blog ini.

Saya semakin bertambah usia seiring dengan bertambah timbangan kilogram..haha.

No worries..April nanti siang hari saya tak makan (sbb puasa Ramadan yer) ^^

Tahun 2022 membuka tirai baru dalam hidup saya. Dahulu sebagai seorang anak, seorang kakak, kini bergelar seorang isteri.

Perubahan ketara dapat saya rasakan. Pada awalnya untuk menyesuaikan diri sebagai isteri dan tambahan pula kerjaya baru. Saya baru melaporkan diri sebagai Perangkawan di Jabatan Perangkaan Malaysia Putrajaya. Syukur rezeki ditawarkan lantikan tetap setelah sekian lama jadi calon simpanan.

Ada orang kata rezeki kahwin. Saya percaya bila namanya rezeki sudah tertulis, tiada siapa dan apa dapat halang kurnianNya. Selagi kita usaha, ikhtiar dan doa mesti Allah bagi. Think positive!

Mendapat pasangan yang baik juga rezeki.

Terima kasih Encik Suami kerana menerima diri ini apa adanya. Sambutan Hari Lahir 24.02.2022 sederhana tapi bermakna di sisi suami tercinta. Pada Hari Lahir saya, Encik Suami bawa keluar kotak Kek Secret Recipe.

"Nah, bawa bekal makan kat pejabat. Saya beli kat kedai tempat kita pernah berjumpa"

Siszzz terharuzzz T_T

Pagi tu sebak sebenarnya rasa nk nanges sbb x expect rupanya ada kek dlm peti ais. Padahal malam sebelum tu saya ada masak tapi boleh plk tak perasan ada kotak kek.

You're always my favorite <3

Seterusnya ada kiriman hadiah dari keluarga tersayang. Doakn saya dapat sentiasa buat terbaik. Jadi manusia yang bermanfaat atas muka bumi Allah ini.


Alhamdulillah...

Comments

Popular posts from this blog

KAKI TERSELIUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Hari ni saya nak kongsi pengalaman sukar yang saya lalui apabila terseliuh kaki. Hmmm...tak pernah pun terseliuh sebelum ni.Kali pertama dalam sejarah hidup Allah bg saya rasa macam mana sukarnya apabila berjalan dgn satu kaki. Di keheningan malam Sabtu,saya tak perasan lantai kafe KKNC tak rata.Saya hampir terjatuh..mujur ada Kak Kemo yg sedang berjln di hadapan saya.Tangan saya sempat bertahan pada badan Kak Kemo.Masa tu masih boleh berjalan sbb nak order makanan kt kaunter kafe.Akan tetapi pabila balik hostel iaitu KK1 mmg kaki saya tak boleh gerak langsung...Terasa otot di kaki merajuk dan taknak gerak.Gerak sikit terasa sakit dan berat kaki. Jap..sblum saya smbg cerita..sebenarnya mlm tu saya kt KKNC utk latih adik2 tamhidi sbg persediaan mereka utk debat wuddiyah@persahabatan di KISAS pada keesokan hari,Ahad@6Mac. Maka disebabkan insiden terseliuh,saya tak dpt ke KISAS.tiada jodoh kita..huhu.. Okey sambung balik story td..masa balik hostel sy memang...

BABY ON THE WAY

 Alhamdulillah  Impian setiap pasangan inginkan zuriat. Zuriat yang soleh dan solehah menjadi harapan ibu bapa kerana bila sudah meninggal dunia semua amalan terputus kecuali antaranya amalan doa dari anak yang soleh dan solehah. Segala puji bagi Allah. Setelah doa dipanjatkan tanpa jemu, saya dan suami menerima khabar positif pada bulan Mac 2025. Doktor sahkan saya mengandung.  Rasa macam tak percaya pun ada setelah berkali-kali cuba alat pengesan kehamilan, selama ini satu garis je detect, kali ini terus dua garis. Saya dapat tahu je naik dua garis terus ajak suami ke klinik untuk scan pengesahan. Doktor check memang betul dah ada kantung. Subhanallah. Dalam keadaan tak terduga, tapi saya yakin masa yang tepat Allah hadirkan bakal cahaya mata buat saya dan suami. Semoga baby akan menjadi penyejuk mata kami. Alahan muntah saya alami pada waktu malam. Baby tahu saya sibuk bekerja siang hari hahaha...Setakat ini tiada craving yang pelik. Suami bantu dapatkan apa yang saya ...

TAHUN BARU 2025

 Alhamdulillah  Tahun baru 2025 kini tiba. Life update... 2024  Dapat pindah rumah baru (kuarters). Dapat travel untuk urusan kerja ke Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dengan kapal terbang. Dapat usahakan barangan rumah baru meja makan, katil, peti ais, mesin basuh,tv,kabinet tv, meja kopi. Dapat belajar stats tools yang baru Knime..belajar dengan rakan sekerja. 2025 Banyak lagi nak capai dalam hidup ini. Moga Allah berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas. Mudah-mudahan dapat rezeki zuriat soleh dan solehah nanti.. Seberapa jauh kita melangkah, segalanya mudah dengan izin Allah. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang. Alhamdulillah kita syukur nanti Allah tambahkan lagi.