Skip to main content

TRIP TO TEMERLOH

Assalamualaikum teman2 yg masih sudi baca blog ini.

Hari ini ingin saya kongsikan kisah bercuti yang sangat adhoc >_<

Sebenarnya dah lama teringin sangat nak bercuti akhirnya yg plan last minit jugak menjadi. Alhamdulillah.

Di pagi hari Sabtu yang indah, umi ajak jomlah kita bercuti nanti minggu depan adik Aris nak blk asrama dah.

Pagi itu juga lah saya kelam kabut call semua jenis homestay kat Temerloh sebab Ain dan Yana kata Temerloh Water Park buka. Motif nak mandi kolam je gaisss haha jauh nun kitorg pergi sebab Gambang Water Park tahun depan dibuka semula. Perjalanan nak ke Temerloh tu dari Kuantan hampir 2 jam jgk. Maka saya dan suami tercinta kira travel sambil honeymoon lerrr hehe usia perkahwinan baru seminggu masa tu. 

Saya sudah dapat call satu homestay katanya available mungkin pukul 6 boleh check in. Saya kata okay. Maka berseronok lah kami main air. Seusai main air saya hubungi lagi pemilik homestay katanya lambat lagi nk sampai sbb dia di luar kawasan. Saya pun buat keputusan untuk cari penginapan lain. Gelabah yer kawan2..sbb tu nk traveling mmg kna ada plan A dan plan B.  Haha jadi bermula lagi pencarian saya call mana2 hotel. Banyak penuh rasa nk nangesss gais.

Sehinggalah suatu detik 

Hello Sri Batik Hotel, ada kekosongan 2 bilik tak? 

Maaf Puan kami cuma ada satu bilik sahaja.

Owh yeke sbb sy cari dua bilik 

Puan berminat utk bermalam di homestay?  Kami juga ada homestay.

Nakkkk!!! 

Syukur jumpa jgk tempat penginapan. Ambil kunci di hotel dan buat pembayaran. Homestay ni ada 4 bilik yg mana sewa ikut harga bilik. Saya dan suami ambil bilik katil saiz king dan keluarga saya ambil bilik ada katil single dan katil queen. Malam itu saya dan suami serta Ain dan Yana keluar cari makan malam. Umi rehat sebab petang tu kaki umi terseliuh dan aris abah pun stay kat homestay.

 Homestay tu klu penuh maknanya akan share dgn org lain. Mujur mlm tu hanya kami shj. Homestay 2 tingkat rumah semi-D.  Sebab plan adhoc kan xde maknanya nk buat bbq haha kta bungkus2 mknn je. Letih gaisss mlm tu yela siang main air kolam tak igt dunia. =D

Overall trip to Temerloh awesome.




Ini plk gambar di Homestay Sri Batik 















Comments

Popular posts from this blog

BABY ON THE WAY

 Alhamdulillah  Impian setiap pasangan inginkan zuriat. Zuriat yang soleh dan solehah menjadi harapan ibu bapa kerana bila sudah meninggal dunia semua amalan terputus kecuali antaranya amalan doa dari anak yang soleh dan solehah. Segala puji bagi Allah. Setelah doa dipanjatkan tanpa jemu, saya dan suami menerima khabar positif pada bulan Mac 2025. Doktor sahkan saya mengandung.  Rasa macam tak percaya pun ada setelah berkali-kali cuba alat pengesan kehamilan, selama ini satu garis je detect, kali ini terus dua garis. Saya dapat tahu je naik dua garis terus ajak suami ke klinik untuk scan pengesahan. Doktor check memang betul dah ada kantung. Subhanallah. Dalam keadaan tak terduga, tapi saya yakin masa yang tepat Allah hadirkan bakal cahaya mata buat saya dan suami. Semoga baby akan menjadi penyejuk mata kami. Alahan muntah saya alami pada waktu malam. Baby tahu saya sibuk bekerja siang hari hahaha...Setakat ini tiada craving yang pelik. Suami bantu dapatkan apa yang saya ...

KAKI TERSELIUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Hari ni saya nak kongsi pengalaman sukar yang saya lalui apabila terseliuh kaki. Hmmm...tak pernah pun terseliuh sebelum ni.Kali pertama dalam sejarah hidup Allah bg saya rasa macam mana sukarnya apabila berjalan dgn satu kaki. Di keheningan malam Sabtu,saya tak perasan lantai kafe KKNC tak rata.Saya hampir terjatuh..mujur ada Kak Kemo yg sedang berjln di hadapan saya.Tangan saya sempat bertahan pada badan Kak Kemo.Masa tu masih boleh berjalan sbb nak order makanan kt kaunter kafe.Akan tetapi pabila balik hostel iaitu KK1 mmg kaki saya tak boleh gerak langsung...Terasa otot di kaki merajuk dan taknak gerak.Gerak sikit terasa sakit dan berat kaki. Jap..sblum saya smbg cerita..sebenarnya mlm tu saya kt KKNC utk latih adik2 tamhidi sbg persediaan mereka utk debat wuddiyah@persahabatan di KISAS pada keesokan hari,Ahad@6Mac. Maka disebabkan insiden terseliuh,saya tak dpt ke KISAS.tiada jodoh kita..huhu.. Okey sambung balik story td..masa balik hostel sy memang...

BERGELAR PEGAWAI PERANGKAWAN

 Alhamdulillah. Saya terima peluang menjadi seorang pegawai Perangkawan atau lebih dikenali sebagai Statistician dalam bahasa Inggeris. Saya dapat belajar lebih banyak berkaitan analisis data apabila ditempatkan di DOSM Putrajaya. Terdapat data bulanan, suku tahunan dan data tahunan yang boleh menjadi rujukan pengguna serta orang awam. Hanya perlu layari laman sesawang DOSM dan dapatkan penerbitan berkaitan dengan banci serta survei yang dilaksanakan. Bergelar sebagai Perangkawan kena sentiasa bersedia untuk menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan program yang bertujuan memantapkan lagi pengetahuan serta kemahiran dalam diri. Saya baru sahaja selesai menghadirkan diri dalam Kursus Penganalisisan Data menggunakan SAS Programming. Kursus asas tersebut dijalankan di Institut Latihan Statistik Malaysia di Sungkai, Perak. Kebanyakan sesi latihan dan kursus akan diadakan di ILSM. Kursus telah berlangsung selama 2 hari. Ini adalah kali ketiga saya pergi ke ILSM.  Sebelum ini ada me...