Skip to main content

HADIAH RAMADAN 2021

Alhamdulillah 

Tiba lagi di bulan Ramadan yg mulia dan penuh keberkatan. Sebelum menjelang Ramadan, seperti biasa saya sering doa mohon "Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadan"

Di hati terselit juga sempat kah aku nak berpuasa, ada hamba Allah sebahagian telah pulang ke alam sana. Dalam meminta berasa kerdilnya aku ini, segan pun ada sebab banyak nikmat Allah dah bagi tak terhitung. Namun,  saya sedar bahawa bekalan amalan perlu ditambah lagi. Semua orang beriman pasti impikan sebaik-baik tempat kembali iaitu syurga =)

Hari ini saya ada terima hadiah daripada pengirim misteri. Saya dapat mesej ada barang Poslaju akan poskan. Saya dah pelik sebab tidak ada order barang dari Wangsa Maju. Dalam hati tak terbayang siapa yg bagi... Sekali ada kad dlm kotak hadiah ituuuu 

Rupanya Aina Wani my bff yg bagiii...

I am sooo happy >_<

Terima kasih sahabatku. Moga dikau sentiasa dimurahkan rezeki. Sentiasa dlm jagaan Allah. Moga kita dapat jaga sebaiknya persahabatan ini. Hadiah diberi sempena Belated Birthday..so sweet

Saya akan gunakan hadiah telekung ini untuk beribadah di bulan mulia ini. Jazakillah kheyr ya sadiqati<3

Comments

Popular posts from this blog

BERGELAR PEGAWAI PERANGKAWAN

 Alhamdulillah. Saya terima peluang menjadi seorang pegawai Perangkawan atau lebih dikenali sebagai Statistician dalam bahasa Inggeris. Saya dapat belajar lebih banyak berkaitan analisis data apabila ditempatkan di DOSM Putrajaya. Terdapat data bulanan, suku tahunan dan data tahunan yang boleh menjadi rujukan pengguna serta orang awam. Hanya perlu layari laman sesawang DOSM dan dapatkan penerbitan berkaitan dengan banci serta survei yang dilaksanakan. Bergelar sebagai Perangkawan kena sentiasa bersedia untuk menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan program yang bertujuan memantapkan lagi pengetahuan serta kemahiran dalam diri. Saya baru sahaja selesai menghadirkan diri dalam Kursus Penganalisisan Data menggunakan SAS Programming. Kursus asas tersebut dijalankan di Institut Latihan Statistik Malaysia di Sungkai, Perak. Kebanyakan sesi latihan dan kursus akan diadakan di ILSM. Kursus telah berlangsung selama 2 hari. Ini adalah kali ketiga saya pergi ke ILSM.  Sebelum ini ada me...

KEPUTUSAN TEMUDUGA PEGAWAI PERANGKAWAN

Setelah sekian lama menanti, akhirnya saya menerima keputusan temuduga. Saya hadirkan diri ke pusat temuduga pada pertengahan bulan Julai 2020. Alhamdulillah keputusan keluar pada bulan Sept 2020. Keputusannya adalah...jeng3..saya tutup skrin laptop dengan tangan baca emel "bahagian pengambilan SPA". Saya baca perlahan-lahan dari atas ke bawah. Kemudian saya menangis T_T Keputusan Temuduga Pegawai Perangkawan menyatakan saya dapat jadi Calon Simpanan. Perasaan agak berbelah bagi sebab bergelar calon simpanan adalah menunjukkan anda tidak gagal interview akan tetapi anda belum berjaya diserap masuk. Oleh itu, saya redha jika memang ada rezeki pasti tak ke mana. Saya dapati di Jabatan Perangkaan ada kekosongan sempena Banci Penduduk dan Perumahan 2020, jadi saya mohon sebagai jawatan Pekerja Sambilan Harian. Gambar selfie di atas adalah kenangan bergelar PSH 2020. Pada 2 tahun yang lalu, di sinilah saya memulakan latihan industri. Cepat masa berlalu... S...

TAHUN BARU 2025

 Alhamdulillah  Tahun baru 2025 kini tiba. Life update... 2024  Dapat pindah rumah baru (kuarters). Dapat travel untuk urusan kerja ke Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dengan kapal terbang. Dapat usahakan barangan rumah baru meja makan, katil, peti ais, mesin basuh,tv,kabinet tv, meja kopi. Dapat belajar stats tools yang baru Knime..belajar dengan rakan sekerja. 2025 Banyak lagi nak capai dalam hidup ini. Moga Allah berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas. Mudah-mudahan dapat rezeki zuriat soleh dan solehah nanti.. Seberapa jauh kita melangkah, segalanya mudah dengan izin Allah. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang. Alhamdulillah kita syukur nanti Allah tambahkan lagi.