Skip to main content

MULA KERJA BARU

Alhamdulillah 

Rezeki dapat mula kerja baru pada hujung bulan Mac 2021.

Saya ingin kongsikan pengalaman mohon kerja melalui laman web Jobstreet. 

Saya lampirkan resume terkini pada laman web tersebut. Maka mudah untuk pihak majikan semak latar belakang kita. Pastikan resume dikemaskini mengikut kelayakan dan pengalaman terbaru yang ada. Letak kemahiran yang kita ada supaya jadi nilai tambah dalam resume. 

Selepas kita memohon jawatan, pada laman web Jobstreet kita boleh semak status permohonan. 

Saya telah mohon jawatan ini pada pertengahan Feb 2021. Sebanyak 3 kali rupanya pihak majikan dah view profil saya masa tu dalam hati doa moga ada peluang nak terpilih untuk dapat temuduga. Syukur...Alhamdulillah dapat panggilan telefon pada 22 Feb 2021. Pihak Human Resources ada bertanya beberapa soalan secara ringkas.

Saya dipanggil untuk temuduga melalui zoom online keesokan harinya. Sesi temuduga dengan pengurus. 

Pada mulanya saya sangka selesai temuduga online maka hanya tunggu keputusan.

Tidak guyssss... 

Ada peringkat seterusnya...

Seterusnya saya perlu jawab Exam Online. Kemudian saya kena rakam video dalam link yang diberikan melalui emel. Saya perlu jawab soalan dalam sistem tersebut melalui rakaman video. Saya diberikan peluang 3 kali untuk berlatih cakap sebelum klik butang submit. Setelah itu saya perlu lengkapkan beberapa borang dan dokumen bagi tindakan selanjutnya oleh pihak Human Resources. Saya ditawarkan mula kerja pada 22 Mac 2021.

Doakan saya moga dapat lakukan yang terbaik untuk pengalaman ini.

#GlobalSupportExecutiveHSBC

Comments

Popular posts from this blog

BERGELAR PEGAWAI PERANGKAWAN

 Alhamdulillah. Saya terima peluang menjadi seorang pegawai Perangkawan atau lebih dikenali sebagai Statistician dalam bahasa Inggeris. Saya dapat belajar lebih banyak berkaitan analisis data apabila ditempatkan di DOSM Putrajaya. Terdapat data bulanan, suku tahunan dan data tahunan yang boleh menjadi rujukan pengguna serta orang awam. Hanya perlu layari laman sesawang DOSM dan dapatkan penerbitan berkaitan dengan banci serta survei yang dilaksanakan. Bergelar sebagai Perangkawan kena sentiasa bersedia untuk menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan program yang bertujuan memantapkan lagi pengetahuan serta kemahiran dalam diri. Saya baru sahaja selesai menghadirkan diri dalam Kursus Penganalisisan Data menggunakan SAS Programming. Kursus asas tersebut dijalankan di Institut Latihan Statistik Malaysia di Sungkai, Perak. Kebanyakan sesi latihan dan kursus akan diadakan di ILSM. Kursus telah berlangsung selama 2 hari. Ini adalah kali ketiga saya pergi ke ILSM.  Sebelum ini ada me...

KEPUTUSAN TEMUDUGA PEGAWAI PERANGKAWAN

Setelah sekian lama menanti, akhirnya saya menerima keputusan temuduga. Saya hadirkan diri ke pusat temuduga pada pertengahan bulan Julai 2020. Alhamdulillah keputusan keluar pada bulan Sept 2020. Keputusannya adalah...jeng3..saya tutup skrin laptop dengan tangan baca emel "bahagian pengambilan SPA". Saya baca perlahan-lahan dari atas ke bawah. Kemudian saya menangis T_T Keputusan Temuduga Pegawai Perangkawan menyatakan saya dapat jadi Calon Simpanan. Perasaan agak berbelah bagi sebab bergelar calon simpanan adalah menunjukkan anda tidak gagal interview akan tetapi anda belum berjaya diserap masuk. Oleh itu, saya redha jika memang ada rezeki pasti tak ke mana. Saya dapati di Jabatan Perangkaan ada kekosongan sempena Banci Penduduk dan Perumahan 2020, jadi saya mohon sebagai jawatan Pekerja Sambilan Harian. Gambar selfie di atas adalah kenangan bergelar PSH 2020. Pada 2 tahun yang lalu, di sinilah saya memulakan latihan industri. Cepat masa berlalu... S...

TAHUN BARU 2025

 Alhamdulillah  Tahun baru 2025 kini tiba. Life update... 2024  Dapat pindah rumah baru (kuarters). Dapat travel untuk urusan kerja ke Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dengan kapal terbang. Dapat usahakan barangan rumah baru meja makan, katil, peti ais, mesin basuh,tv,kabinet tv, meja kopi. Dapat belajar stats tools yang baru Knime..belajar dengan rakan sekerja. 2025 Banyak lagi nak capai dalam hidup ini. Moga Allah berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas. Mudah-mudahan dapat rezeki zuriat soleh dan solehah nanti.. Seberapa jauh kita melangkah, segalanya mudah dengan izin Allah. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang. Alhamdulillah kita syukur nanti Allah tambahkan lagi.