Skip to main content

PERKONGSIAN OLEH DATA ANALYST

Baru-baru ini saya ada sertai perkongsian santai oleh seorang Data Analyst melalui aplikasi Google Meet. Specifically on 2nd Apr, 9.00pm. Nice time coz next day is weekend. =)

Perkongsian santai secara online ini dianjurkan oleh Encik Faiz Fablillah. Saya dapat tahu program ini melalui laman twitter beliau. 

Tajuk perkongsian adalah berkenaan Data Science. Data Analyst yang dijemput merupakan kenalan Encik Faiz jugak iaitu Puan Rawaida Kamaruddin. Masing2 merupakan staf di syarikat Petronas dan mempunyai pengalaman sambung master di luar negara.

Puan Rawaida kongsikan setiap syarikat memerlukan analisis data bergantung juga kepada tahap penerimaan syarikat tersebut. Ada sesetengah syarikat memang ada sistem sendiri untuk pengurusan data, ada juga yang memerlukan kemahiran lebih mendalam serta ada pula yang cukup sekadar analisis biasa sahaja jika syarikat itu kecil.

Start with small. Mulakan dari yang asas dulu kata Puan Rawaida. Kita boleh belajar dari internet. Cuba praktis analisis guna bahan data dari internet. Jadikan sebagai portfolio kita. 

Align with reality bak kata Encik Faiz. Apa yang kita ada usahakan untuk kita kaitkan dengan realiti sekarang. Kita jangan risau jauh sangat fikir masa depan macam mana. Yang penting adalah realiti sekarang. Perbaiki diri. 

Snapshot meeting online.

Event ini telah dianjurkan untuk perkongsian pengalaman berharga. Masa yang diluangkan moga dapat bina generasi berjaya yang sebar manfaat. InshaAllah.

Thanks to both of you Mr Faiz and Ms Rawaida.

Comments

Popular posts from this blog

KAKI TERSELIUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Hari ni saya nak kongsi pengalaman sukar yang saya lalui apabila terseliuh kaki. Hmmm...tak pernah pun terseliuh sebelum ni.Kali pertama dalam sejarah hidup Allah bg saya rasa macam mana sukarnya apabila berjalan dgn satu kaki. Di keheningan malam Sabtu,saya tak perasan lantai kafe KKNC tak rata.Saya hampir terjatuh..mujur ada Kak Kemo yg sedang berjln di hadapan saya.Tangan saya sempat bertahan pada badan Kak Kemo.Masa tu masih boleh berjalan sbb nak order makanan kt kaunter kafe.Akan tetapi pabila balik hostel iaitu KK1 mmg kaki saya tak boleh gerak langsung...Terasa otot di kaki merajuk dan taknak gerak.Gerak sikit terasa sakit dan berat kaki. Jap..sblum saya smbg cerita..sebenarnya mlm tu saya kt KKNC utk latih adik2 tamhidi sbg persediaan mereka utk debat wuddiyah@persahabatan di KISAS pada keesokan hari,Ahad@6Mac. Maka disebabkan insiden terseliuh,saya tak dpt ke KISAS.tiada jodoh kita..huhu.. Okey sambung balik story td..masa balik hostel sy memang...

BABY ON THE WAY

 Alhamdulillah  Impian setiap pasangan inginkan zuriat. Zuriat yang soleh dan solehah menjadi harapan ibu bapa kerana bila sudah meninggal dunia semua amalan terputus kecuali antaranya amalan doa dari anak yang soleh dan solehah. Segala puji bagi Allah. Setelah doa dipanjatkan tanpa jemu, saya dan suami menerima khabar positif pada bulan Mac 2025. Doktor sahkan saya mengandung.  Rasa macam tak percaya pun ada setelah berkali-kali cuba alat pengesan kehamilan, selama ini satu garis je detect, kali ini terus dua garis. Saya dapat tahu je naik dua garis terus ajak suami ke klinik untuk scan pengesahan. Doktor check memang betul dah ada kantung. Subhanallah. Dalam keadaan tak terduga, tapi saya yakin masa yang tepat Allah hadirkan bakal cahaya mata buat saya dan suami. Semoga baby akan menjadi penyejuk mata kami. Alahan muntah saya alami pada waktu malam. Baby tahu saya sibuk bekerja siang hari hahaha...Setakat ini tiada craving yang pelik. Suami bantu dapatkan apa yang saya ...

TAHUN BARU 2025

 Alhamdulillah  Tahun baru 2025 kini tiba. Life update... 2024  Dapat pindah rumah baru (kuarters). Dapat travel untuk urusan kerja ke Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dengan kapal terbang. Dapat usahakan barangan rumah baru meja makan, katil, peti ais, mesin basuh,tv,kabinet tv, meja kopi. Dapat belajar stats tools yang baru Knime..belajar dengan rakan sekerja. 2025 Banyak lagi nak capai dalam hidup ini. Moga Allah berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas. Mudah-mudahan dapat rezeki zuriat soleh dan solehah nanti.. Seberapa jauh kita melangkah, segalanya mudah dengan izin Allah. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang. Alhamdulillah kita syukur nanti Allah tambahkan lagi.