Skip to main content

SENYUM SAMPAI TELINGA

ALHAMDULILLAH

  Pada 20-22Nov saya berpeluang sertai Kem Team Building anjuran Kelab Debat di Kem D'Agroloka,Jelebu.Pada mulanya berkira-kira nak pergi ke tak nak sebab minggu depan sangat padat dengan assignment yang menanti.Tapi,ada satu perkara yang sangat saya berhajat nak buat sebab kali terakhir buat masa Form 4.Abseiling....WOW!Best sgt.Kemudian sebelum bertolak ke kem saya betulkan balik niat sbb takut nanti kalau2 tetiba cuaca tak mengizinkan,pastu tiada abseiling..nanti saya juga yang frust.So,pergi dengan niat nak lebih mengeratkan hubungan sesama ahli kelab debat dan berkenalan dengan peserta2 yang lain.Alhamdulillah,dapat kenalan baru yang ramai.Seronok,byk kemudahan di kem ini.Saya belajar byk benda baru yang saya takkan dapat semasa di kelas.Saya belajar cara berenang...tp dengan life jacket la..huhu..saya belajar buat rakit..saya jadi lebih berani sbb ada sesi night walk jalan sorang2  dlm gelap.Masa tu lidah basah  berzikir mohon perlindungan.Saya nikmati keindahan alam di sini.Langit biru...SubhanAllah..cantik lilghoyah..Kat sini bermalam dalam satu dorm untuk muslimah laa...so,memang eratkan lagi talian persahabatan.



Semasa abseiling.Bergantung pada tali untuk turun tebing di ladang kelapa sawit.Pak Cik Fasilitator cakap kalau ajal sampai pak cik xdpt nak tolong.Maka kena patuhi arahan betul2 untuk turun dgn baik.Sebelum turun tu,cuak sangat.Semasa tunggu giliran untuk turun,saya baca 3 kali Surah Al-Fatihah.Dalam hati tenang,sbb mmg teringin sangat nak buat benda ni.Masa kat sekolah dulu sekali je buat,so rasa xpuas.Manusia kan..mana pernah puas.Kali ni saya pilih untuk abseiling ngadap depan..I really love to try something new.Alhamdulillah selamat mendarat with new experience.Senyum sampai telinga bila dah jejak tanah.Sbb masa tu rasa mission accomplished.^^


 Foto sepanjang berprogram di sana.
 Ini kumpulan saya,Kumpulan Karipap.Terdiri drpd sy,Azlin,Ilyas,Iqbal,Adly,Abu Bakr dan Kak Hanis sbg Ketua Kumpulan.

Comments

Popular posts from this blog

KAKI TERSELIUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Hari ni saya nak kongsi pengalaman sukar yang saya lalui apabila terseliuh kaki. Hmmm...tak pernah pun terseliuh sebelum ni.Kali pertama dalam sejarah hidup Allah bg saya rasa macam mana sukarnya apabila berjalan dgn satu kaki. Di keheningan malam Sabtu,saya tak perasan lantai kafe KKNC tak rata.Saya hampir terjatuh..mujur ada Kak Kemo yg sedang berjln di hadapan saya.Tangan saya sempat bertahan pada badan Kak Kemo.Masa tu masih boleh berjalan sbb nak order makanan kt kaunter kafe.Akan tetapi pabila balik hostel iaitu KK1 mmg kaki saya tak boleh gerak langsung...Terasa otot di kaki merajuk dan taknak gerak.Gerak sikit terasa sakit dan berat kaki. Jap..sblum saya smbg cerita..sebenarnya mlm tu saya kt KKNC utk latih adik2 tamhidi sbg persediaan mereka utk debat wuddiyah@persahabatan di KISAS pada keesokan hari,Ahad@6Mac. Maka disebabkan insiden terseliuh,saya tak dpt ke KISAS.tiada jodoh kita..huhu.. Okey sambung balik story td..masa balik hostel sy memang...

BABY ON THE WAY

 Alhamdulillah  Impian setiap pasangan inginkan zuriat. Zuriat yang soleh dan solehah menjadi harapan ibu bapa kerana bila sudah meninggal dunia semua amalan terputus kecuali antaranya amalan doa dari anak yang soleh dan solehah. Segala puji bagi Allah. Setelah doa dipanjatkan tanpa jemu, saya dan suami menerima khabar positif pada bulan Mac 2025. Doktor sahkan saya mengandung.  Rasa macam tak percaya pun ada setelah berkali-kali cuba alat pengesan kehamilan, selama ini satu garis je detect, kali ini terus dua garis. Saya dapat tahu je naik dua garis terus ajak suami ke klinik untuk scan pengesahan. Doktor check memang betul dah ada kantung. Subhanallah. Dalam keadaan tak terduga, tapi saya yakin masa yang tepat Allah hadirkan bakal cahaya mata buat saya dan suami. Semoga baby akan menjadi penyejuk mata kami. Alahan muntah saya alami pada waktu malam. Baby tahu saya sibuk bekerja siang hari hahaha...Setakat ini tiada craving yang pelik. Suami bantu dapatkan apa yang saya ...

TAHUN BARU 2025

 Alhamdulillah  Tahun baru 2025 kini tiba. Life update... 2024  Dapat pindah rumah baru (kuarters). Dapat travel untuk urusan kerja ke Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dengan kapal terbang. Dapat usahakan barangan rumah baru meja makan, katil, peti ais, mesin basuh,tv,kabinet tv, meja kopi. Dapat belajar stats tools yang baru Knime..belajar dengan rakan sekerja. 2025 Banyak lagi nak capai dalam hidup ini. Moga Allah berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas. Mudah-mudahan dapat rezeki zuriat soleh dan solehah nanti.. Seberapa jauh kita melangkah, segalanya mudah dengan izin Allah. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang. Alhamdulillah kita syukur nanti Allah tambahkan lagi.