Skip to main content

JIWA RINDU

ALHAMDULILLAH

Hari ini masuk hari ketiga untuk minggu study week.Saya bangun seawal pagi sbb dah plan nak jogging di pavi USIM.So,8.00 saya dah bergerak ke pavi sorang2 dari KK1.Dah ajak roommate tapi dia ada plan lain pagi2 ni.So,sorang je la.Tak kisah pun.Yang best,org tak ramai lari atas track pavi.Hmm..masa berlari kan...tak tau kenapa minda terfikir

"Andai aku rebah saat berlari,saat itu ajal sampai..."

Cepat2 hati berdoa

"Ya Allah,matikan aku dalam iman"

Usai berlari,saya pulang ke KK1.Buatla apa yg patut utk study week ni..

Yang saya nak highlight utk post kali ini adalah 



Al kisahnya,saya baru nak balik bilik dari makan di kafe KK1,masa tu kul 7.00mlm.Tiba2 ada seorang junior tegur

"Kak Aliya,tak pergi surau ke malam ni?"

"Hmm..ada program ape malam ni?"

"Ada syekh dari Maghribi buat penyampaian pasal hadith 40.Akak pergi tau"

"Errr..InshaAllah"

Allah izin saya hadirkan diri malam ni di majlis ilmu.Lidah basah menyebut selawat kepada Kekasih Allah,Rasulullah SAW.Pipi basah sbb dah lama hati tak disapa rindu pada Rasulullah.

Masa saya kat majlis ilmu ini,teringat akan pesan seorang sahabat

"Cinta kena ada bukti..

Kalau kita kata kita cintakan Allah dan Rasul,kita kena buktikan."

Terima kasih Maryam,pesanan awk saya ingat selalu.

Saya kongsikan di sini kupasan beliau yg sempat sy catat.Beliau mengingatkan majlis itu adalah majlis mendengar,bukanlah syarahan sebab kalau syarahan tentang hadith tempoh setahun lebih diperlukan.

Hadith 1.

Tiap2 amalan berdasarkan niat.Saidatina Aisyah tak suka ttg ada sebahagian sahabat yg berkehendakkan dunia,berhijrah krn urusan perdagangan sedangkn mereka menzahirkan bahawa hijrah mereka kerana Allah dan Rasul.

Hadith 2

Sangat ajaib krn seseorang bertanyakn kpd Rasulullah soalan ttg Iman dan Islam,lalu dia membenarkan Rasulullah(mengatakan jawapan rasulullah itu benar,sedangkan dia yang bertanya).Rupa2nya dia adalah Malaikat Jibril yang diutus Allah.Hadith ini ttg Islam,Iman dan Ihsan.

Hadith 3

Binaan Islam ada lima,(rukun Islam).Runtuh agama tanpa kelima-limanya.

Hadith 4

Ada seseorg amalannya yg buatkan dia sehasta shj jarak dgn pintu syurga di akhirat tapi disebabkan riak,dia ditempatkan di neraka.Lupus segala amalan kebaikannya.

Hadith 5

Larangan terhadap bidaah dlm agama

Hadith 6

Halal dan haram itu jelas.Tiada ragu2.

Hadith 7

"Agama itu nasihat".Sahabat Rasul bertanya,nasihat utk siapa?Rasul menjawab "nasihat utk Allah,kitabNya,rasulNya,pemimpin muslimin dan muslimin secara umumnya."
Yg dimaksudkan nasihat utk Allah (lillah) adalah nasihat yg disampaikan utk agama Allah

Hadith 8

Kehormatan seorang muslim.Sahabat berperang,berjihad demi laksanakn Islam

Hadith 9

Apa yang Allah larang,jauhilah.Apa yg Allah perintahkan,lakukanlah mengikut kemampuan

Hadith 10

Makanlah yang halal.Krn ini sbb doa mudah dimakbulkan

Hadith 11

Tinggalkn apa yg meragukan kamu kpd yang tidak meragukan.

Hadith 12

Tinggalkn sesuatu yg tak bermanfaat

Hadith 13

Tak sempurna iman seseorg klu tak sayang saudara Islam

Hadith 14

Memelihara darah demi keamanan.Darah seorang muslim tidak halal(haram dibunuh) melainkan tiga sebab

1.Org berkahwin yg berzina
2.Pembunuh org yg tidak berdosa
3.Murtad

Hadith 15

Seorg muslim banyak melakukan kebaikan.Salah satunya,memuliakan tetamu

Hadith 16

"Jangan marah"

Marah ini boleh membunuh jiwa.

Hadith 17

Andai membunuh,bunuhlah dgn baik(sembelih haiwan)

Hadith 18

Bergaullah dgn org yg berakhlak baik

Hadith 19

Jagalah Allah,Allah jaga kamu ;')

Maksudnya,laksanakan suruhanNya,jaga agama Allah

Hadith 20

Malu sebahagian dari iman

Hadith 21

Beriman lah kpd Allah kemudian istiqamah

Hadith 22

Buat solat fardu,berpuasa di Ramadan,Halalkan yg halal dan haramkan yg haram.Kemudian tidak menambah amalan lain selain itu.Sahabat Rasul bertanya"adakah aku akn masuk syurga"Rasul menjawab"Ya"

;')

Hadith 23

Kebersihan itu cabang dari iman.

ALHAMDULILLAH merupakan kalimah sebaik-baik doa.Ia memenuhi timbangan al mizan di akhirat

Hadith 24

Jgn buat kezaliman.Minta la apa2 dari Allah.Allah Maha Pengampun.Kamu lakukan kesalahan siang dan malam,minta la ampun padaNya,nescaya Allah ampunkan

Hadith 25

Sedeqah byk cara,bukan sekadar dgn harta.Sedeqah juga apabila kita bertasbih,bertakbir,bertahmid,bertahlil,menyuruh org berbuat baik,melarang org berbuat jahat,bersama dengan isteri(utk suami).

Hadith 26

Kebaikan bersedeqah

Hadith 27 

Kebaikan itu yg menenangkan jiwa manakala kejahatan (dosa) yang mengganggu jiwa

Hadith 28

Rasulullah berpesan utk bertaqwa kpd Allah dan berpegang teguh pada sunnah Rasulullah bagaikn menggigit dgn gigi geraham

Hadith seterusnya sekadar dibacakan dan ada yang diterangkan sikit2 sbb masa tak mengizinkan.Alhamdulillah,nak baca hadith 40 ni dalam masa 2 jam 30 minit je.Cuma nak aplikasikan dalam kehidupan seharian kena mujahadah

Apa yang saya paling suka majlis ilmu bersama syekh adalah apabila setiap kata2 beliau diselangi dengan doa2 yang mendoakan kebaikan buat para pendengar.Syekh menyampaikan dalam bahasa Arab.Dalam hati bermonolog

"Bahasa Syurga ni"

Segala puji bagi Allah yang beri kemampuan utk saya stay dalam majlis ilmu tadi.Rindu...pd Rasulullah

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

KAKI TERSELIUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Hari ni saya nak kongsi pengalaman sukar yang saya lalui apabila terseliuh kaki. Hmmm...tak pernah pun terseliuh sebelum ni.Kali pertama dalam sejarah hidup Allah bg saya rasa macam mana sukarnya apabila berjalan dgn satu kaki. Di keheningan malam Sabtu,saya tak perasan lantai kafe KKNC tak rata.Saya hampir terjatuh..mujur ada Kak Kemo yg sedang berjln di hadapan saya.Tangan saya sempat bertahan pada badan Kak Kemo.Masa tu masih boleh berjalan sbb nak order makanan kt kaunter kafe.Akan tetapi pabila balik hostel iaitu KK1 mmg kaki saya tak boleh gerak langsung...Terasa otot di kaki merajuk dan taknak gerak.Gerak sikit terasa sakit dan berat kaki. Jap..sblum saya smbg cerita..sebenarnya mlm tu saya kt KKNC utk latih adik2 tamhidi sbg persediaan mereka utk debat wuddiyah@persahabatan di KISAS pada keesokan hari,Ahad@6Mac. Maka disebabkan insiden terseliuh,saya tak dpt ke KISAS.tiada jodoh kita..huhu.. Okey sambung balik story td..masa balik hostel sy memang...

KEPUTUSAN TEMUDUGA PEGAWAI PERANGKAWAN

Setelah sekian lama menanti, akhirnya saya menerima keputusan temuduga. Saya hadirkan diri ke pusat temuduga pada pertengahan bulan Julai 2020. Alhamdulillah keputusan keluar pada bulan Sept 2020. Keputusannya adalah...jeng3..saya tutup skrin laptop dengan tangan baca emel "bahagian pengambilan SPA". Saya baca perlahan-lahan dari atas ke bawah. Kemudian saya menangis T_T Keputusan Temuduga Pegawai Perangkawan menyatakan saya dapat jadi Calon Simpanan. Perasaan agak berbelah bagi sebab bergelar calon simpanan adalah menunjukkan anda tidak gagal interview akan tetapi anda belum berjaya diserap masuk. Oleh itu, saya redha jika memang ada rezeki pasti tak ke mana. Saya dapati di Jabatan Perangkaan ada kekosongan sempena Banci Penduduk dan Perumahan 2020, jadi saya mohon sebagai jawatan Pekerja Sambilan Harian. Gambar selfie di atas adalah kenangan bergelar PSH 2020. Pada 2 tahun yang lalu, di sinilah saya memulakan latihan industri. Cepat masa berlalu... S...

TEMUDUGA DI PUBLIC BANK

Alhamdulillah Pada 31 Mei sy hadirkn diri ke temuduga di Menara Public Bank Jalan Ampang. Keputusan temuduga akan di maklumkn 2 minggu lagi. Moga ada rezeki buat saya bekerja di bank. Saya gigih hadirkn diri untuk rebut peluang. Terima kasih kpd Aishah Mohd dan Sulihah yg memberi saya ruang utk tumpang rumah sewa mereka. ;)