Skip to main content

SAHABAT PART 2

ALHAMDULILLAH 

  Saya nak share lagi kisah sahabat yang hadir dalam hidup saya.Petang tadi saya chat ngan dia.Saya bertanyakan pendapatnya.Dia bernas sangat bila bagi kata2.Syukur saya ada sahabat yang baik dan selalu positif.Terima kasih sahabat,sbb selalu ada waktu saya memerlukan idea dan motivasi.Sahabat saya ni hebat orangnya,bakal doktor.Dulu masa alam persekolahan selalu compete ngan dia sebab masing2 sekolah lain tapi berjiran.Pencapaian dia dalam exam adalah benchmark utk saya berjaya.Saya cuba sedaya upaya..dapatla sama2 capai 5A UPSR diikuti 9A PMR.Tapi SPM saya biasa2 je..9A2B+,dia berjaya dengan cemerlang 11A.KISAS kot...susah saya nak beat.Tapi mana ada kejayaan datang bergolek..dia usaha ngan gigih for sure.

  Ada suatu hari,kawan2 saya ada terlibat dalam program pertukaran pelajar di KISAS.Mereka balik sekolah semula sampaikn salam dari sahabat saya.Masing2 sibuk SPM,balik rumah mmg xjumpa pn sbb tu sampai berkirim salam.huhu..Saya dapat tau sahabat saya ni pernah minta kawan satu sekolah ngan saya tolong tengok tengokkan saya.Concern betul...al kisahnya sorang pelajar baru masuk sekolah saya,tiba2 tegur awak aliya kan.Saya pn mcm pelik..aik,camna kenal..dalam hati monolog,setahu saya bukan lah dalam kalangan pelajar yang popular...saya sederhana sahaja..hee..Rupa2nya sebab dia kenal ngan sahabat saya di facebook.

  Apa yang saya takkan lupa akan sahabat ini adalah bilamana dia ada sewaktu turning point hidup saya.Masa tu saya down sangat...Saya tak lulus untuk sambung pengajian dalam bidang pergigian.Saya nantikan khabar dari teman2 seperjuangan tapi dalam ramai insan,dia sorang je yang tanya

"Aliya ok tak dpt Actuary?"

Frankly,just simple question but it means a lot to me cause I do really need courage at that time.Tq again.
  
  Alhamdulillah till now masih ok.Cuma pagi ni tetiba ada rasa nak tukar course bahasa arab.Hahaha...padahal dah masuk tahun ketiga..sudah di penghujung destinasi alam degree..do not be ridiculous leya..pastu kan time chatting ptg td sahabat saya cakap all the best,actuarist to be....You really make my day.Thanks for keep inspiring.

  Sahabat,moga urusan yg mendatang dipermudahkan Allah.I am glad to be ur friend.Saya ingat lagi,there is one moment..kawan2 awk dtg majlis jamuan makan at ur house,pastu saya tgh mkn jgk.Saya diam je sbb tak kenal sgt ur friends.But suddenly u said 

"Let me introduce u my friend,Aliya "

Masa tu segan,sbb saya ingat dulu2 masa kecik pernah sombong taknak kawan.Unexpectedly,we are having a friendship till now.May Allah bless u sahabat.




Comments

Popular posts from this blog

BABY ON THE WAY

 Alhamdulillah  Impian setiap pasangan inginkan zuriat. Zuriat yang soleh dan solehah menjadi harapan ibu bapa kerana bila sudah meninggal dunia semua amalan terputus kecuali antaranya amalan doa dari anak yang soleh dan solehah. Segala puji bagi Allah. Setelah doa dipanjatkan tanpa jemu, saya dan suami menerima khabar positif pada bulan Mac 2025. Doktor sahkan saya mengandung.  Rasa macam tak percaya pun ada setelah berkali-kali cuba alat pengesan kehamilan, selama ini satu garis je detect, kali ini terus dua garis. Saya dapat tahu je naik dua garis terus ajak suami ke klinik untuk scan pengesahan. Doktor check memang betul dah ada kantung. Subhanallah. Dalam keadaan tak terduga, tapi saya yakin masa yang tepat Allah hadirkan bakal cahaya mata buat saya dan suami. Semoga baby akan menjadi penyejuk mata kami. Alahan muntah saya alami pada waktu malam. Baby tahu saya sibuk bekerja siang hari hahaha...Setakat ini tiada craving yang pelik. Suami bantu dapatkan apa yang saya ...

KAKI TERSELIUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Hari ni saya nak kongsi pengalaman sukar yang saya lalui apabila terseliuh kaki. Hmmm...tak pernah pun terseliuh sebelum ni.Kali pertama dalam sejarah hidup Allah bg saya rasa macam mana sukarnya apabila berjalan dgn satu kaki. Di keheningan malam Sabtu,saya tak perasan lantai kafe KKNC tak rata.Saya hampir terjatuh..mujur ada Kak Kemo yg sedang berjln di hadapan saya.Tangan saya sempat bertahan pada badan Kak Kemo.Masa tu masih boleh berjalan sbb nak order makanan kt kaunter kafe.Akan tetapi pabila balik hostel iaitu KK1 mmg kaki saya tak boleh gerak langsung...Terasa otot di kaki merajuk dan taknak gerak.Gerak sikit terasa sakit dan berat kaki. Jap..sblum saya smbg cerita..sebenarnya mlm tu saya kt KKNC utk latih adik2 tamhidi sbg persediaan mereka utk debat wuddiyah@persahabatan di KISAS pada keesokan hari,Ahad@6Mac. Maka disebabkan insiden terseliuh,saya tak dpt ke KISAS.tiada jodoh kita..huhu.. Okey sambung balik story td..masa balik hostel sy memang...

BERGELAR PEGAWAI PERANGKAWAN

 Alhamdulillah. Saya terima peluang menjadi seorang pegawai Perangkawan atau lebih dikenali sebagai Statistician dalam bahasa Inggeris. Saya dapat belajar lebih banyak berkaitan analisis data apabila ditempatkan di DOSM Putrajaya. Terdapat data bulanan, suku tahunan dan data tahunan yang boleh menjadi rujukan pengguna serta orang awam. Hanya perlu layari laman sesawang DOSM dan dapatkan penerbitan berkaitan dengan banci serta survei yang dilaksanakan. Bergelar sebagai Perangkawan kena sentiasa bersedia untuk menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan program yang bertujuan memantapkan lagi pengetahuan serta kemahiran dalam diri. Saya baru sahaja selesai menghadirkan diri dalam Kursus Penganalisisan Data menggunakan SAS Programming. Kursus asas tersebut dijalankan di Institut Latihan Statistik Malaysia di Sungkai, Perak. Kebanyakan sesi latihan dan kursus akan diadakan di ILSM. Kursus telah berlangsung selama 2 hari. Ini adalah kali ketiga saya pergi ke ILSM.  Sebelum ini ada me...