Skip to main content

Posts

MASA YANG MASIH ADA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM   Alhamdulillah masih ada masa untuk kunukilkan beberapa kerat perkataan di laman blog ini.Seminggu cuti midsem dah berlalu.Hari Sabtu kuhadirkan diri ke Seminar Keusahawanan Muda Muslim.Maka Ahad baru kupulang ke kampung halaman di Shah Alam.(bukan la kg sgt sbb dh membgn jgk..huhu).Hari Rabu saya sudah tiba di USIM Nilai.Tiba di KL Sentral train akan tiba dalam masa 20minit lagi..Hendak singgah di kedai2 kat KL Sentral tu,tapi bila memikirkan diri ini yg solo and single..so stay je la tepi landasan keretaapi.Waiting for the train and watch people around.Macam2 gelagat manusia di KTM.Sebab tu saya suka balik rumah naik KTM ni coz boleh selami dunia masyarakat kini.   Seminar Keusahawanan Muda Muslim adalah program anjuran SPMM (Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia).Sepanjang seminar yang berlangsung,telinga ini sentiasa mendengarkan nama rasulullah tercinta Muhammad S.A.W.Perniagaan adalah sangat terkenal dalam dunia Islam kerana Rasulullah sendir...

UNGGULKAH KITA???

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM Unggulkah kita ???Itulah slot pertama dalam seminar yang menarik hati saya tuk hadirkan diri. Seminar Kesejahteraan Mahasiswa 2015 Slot 1:"Unggulkah kita " oleh:Mohd Zamree bin Tukiran (Pelajar Ijazah Doktor Falsafah UKM) Tips bergelar mahasiswa unggul: 1)Bersyukur dengan kurniaan Allah Dengan bersyukur,Allah akan tambahkan lagi kurniaanNya kpd hamba. Letak tangan di dada,pejamkan mata...Saya bersyukur Ya Allah kerana kurniakan saya nikmat fizikal yang lengkap.Saya bersyukur Ya Allah atas nikmat Islam dan Iman.Saya bersyukur Ya Allah dengan setiap kurniaan,pinjaman,rezeki dari Allah di dunia ini. 2)Bersihkan hati Hati manusia mudah berkarat.Bagaimana menggilapnya??Dengan membaca al-Quran dan mengingati mati.Bersihkan hati supaya mudah utk kita menjadi hamba yg bersyukur. 3)Tetapkan visi dan misi Visi adalah matlamat jangka panjang iaitu redo Allah Misi pula adalah matlamat jangka pendek iaitu perancangan mengubah diri ke arah ...

MENCARI MUTIARA HIKMAH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Ingin saya bertinta lagi di malam yang hening..   Saya pergi latihan debat Arab selepas solat Isya'.Kami adakan latihan bersempena Debat Qatar pada 26-29April.Latihan kami dibimbing oleh Ustaz Syafwan yang sememangnya dah banyak berpengalaman dalam debat Arab.Ustaz selalu akan bagi kata positif dalam berdebat.Sebab bedebat ni ada menang dan kalah.Tapi bila kita dah yakin dah buat bersungguh,yang lain tu tolak tepi. Ustaz pesan lagi,yakin pada diri sendiri..cthnya dalam sebuah pemilihan ujibakat khitobah,pasti ada monolog "Dia lebih baik...Ustaz,pilih lah dia" Ustaz kata lebih baik monolog "Ustaz,pilih lah saya" Yesss.. (genggam tangan,be strong) Andai saya tak masuk debat pasti saya belum jadi apa yang saya jadi sekarang.. Andai Allah tak gerakkan hati saya untuk penuhi kuota debat Arab rumah sukan,pasti saya xpernah kenal debat Arab.. Andai saya tak pergi berlatih debat sewaktu cuti pertengahan tahun,pasti saya xper...

SENIOR SAYANG JUNIOR

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Hari ini saya dan beberapa teman sekuliah telah hadirkan diri ke Program Sharing Thesis 101. Repost: Alhamdulillah ari ni dpt berpagi pagian di FST.. SHARING SESSION : THESIS 101 Perkara yang telah dikongsi: -->Cara dapat tajuk -->Method yg digunakan ->Cabaran dan Pengalaman menyelesaikan      thesis Para presenter : Zarul Khaliff bin Kamal & Ahmad Fauzan Bin Rusli   Terima kasih kpd senior yg berkongsi pgalaman. xlupa juga pgarah program, saudara Afif yg turut share pgalaman.Thn dua mungkin terlalu awal utk fikir thesis.sbb byk term 2 yg xpernah dgr td.. tp bagus sblum terlambat..  smile emoticon  well done seniors. Moga Asrm trus maju. Presenter mmg mantap.Kedua-duanya berkongsi pengalaman sejak mula memilih tajuk hingga selesai menghantar tesis. 1)Propose title  2)When title accepted by SV(Supervisor),then proceed to literature review 3)Methodology of thesis 4)Proposal Defend 5)Do thesis :)...

HUJUNG MINGGU DI RUMAH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Alhamdulillah,syukur Allah permudahkan urusan untuk saya pulang ke rumah pada hujung minggu yang lepas.   Pulang ke rumah bersama seorang sahabat yang saya kenal sejak kecil lagi,Aina Syazwani.Memang dah lama Wani ajak saya pulang sama2 tapi masa saya xfree,masa itu jugakla dia pulang ke rumah.Jadi semasa terserempak di Pusat Komersial waktu lunch,dia ajak balik sama2.Then I saved the date..20-22Mac...Masa berhujung minggu di rumah.   Pulang ke rumah,semua ahli keluarga ada but except Angah.She still in UITM,Tapah..Dia masih lagi sibuk dengan kuliah sebab dah nak dekat Final Exam.huhu...Setiba di rumah,pada malam hari abah dah tanya, "Kakak balik bila?" "Balik hari Ahad lepas Asar kot,Abah" Hmm...dalam hati,baru je balik tapi abah dah tanya...Mesti Abah risau sbb tahu anaknya ini aktif sikit berpersatuan.Tapi Umi Abah sangat supportive.Cuma Umi pesan jugak "Belajar molek,Kak.Biar jadi contoh untuk adik2"     Saya p...

DI BAWAH RAHMAT YANG MAHA ESA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ALHAMDULILLAH.. syukur ke hadrat Yang Maha Esa.Dengan rahmat cintaNya saya masih hidup dia atas muka bumi ini dan berpeluang menambahkan amalan sebagai bekalan di akhirat kelak.Pada 24 Februari yang lalu ramai sahabat mengucapkan selamat hari lahir through FB,whatsapp,mesej. Terima kasih jua buat teman2 yang mendoakan kebaikan buat diriku ini.Saya kini berusia 21 tahun. Alhamdulillah.. di waktu lalu pernah timbul persoalan di benak fikiran. Adakah mungkin sempat saya menghadapi SPM 2011?? hidup ni tak lama,sebentar cuma. Saya seringkali diingatkan oleh Naqibah Usrah sekolah,Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) tentang kiamat itu dah dekat,maka hayat kita pun semakin singkat. Namun,di bawah rahmat Yang Maha Esa,dapat saya nikmati zaman persekolahan dgn baik,seterusnya zaman asasi dan kemudian zaman bergelar sbg mahasiswi USIM. Kini berbaki 2 tahun lagi pengajian saya sebelum menamatkan Ijazah Sarjana Muda. hmmm..Kalau diikutkan kemampuan diri...

RODA KEHIIDUPAN TERUS BERPUTAR

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM SYUKUR,ALHAMDULILLAH.. Saya sudah sampai di USIM untuk meneruskan pengajian bagi semester 4. Roda kehidupan terus berputar mengingatkan diri bahawa usia ini semakin bertambah Tak lama lagi,I means 2 HARI lagi saya bakal berumur 21 thn..IN SHAA ALLAH.. So,dh balik USIM..maka no holiday anymore.. :) Sepanjang cuti,sy byk luangkan masa di rumah bersama adik bongsu,yg berumur 8thn..and of course with beloved ummi and abah. Antara aktiviti saya musim cuti.. terlibat dgn DEBAT  BAHASA ARAB INTER-TAMHIDI tolong ajar anak kwn ummi subjek Matematik Tingkatan 3 pergi kedai buku, judul buku: Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam- oleh Ustaz Fathi Yakan  Nikmatnya Rezeki yg Berkat -oleh saudara Razif Fuad pergi Pesta Buku SACC, judul buku: Travelog Tajdid Minda -oleh DR. Mohd Asri Zainal Abidin Putera Multazam-oleh Ibn Rijal jogging di Tasik Kota Kemuning dan singgah di perpustakaan mini di Dewan MBSA berdekatan pastu dpt ilh...