Skip to main content

RODA KEHIIDUPAN TERUS BERPUTAR

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

SYUKUR,ALHAMDULILLAH..

Saya sudah sampai di USIM untuk meneruskan pengajian bagi semester 4.

Roda kehidupan terus berputar mengingatkan diri bahawa usia ini semakin bertambah

Tak lama lagi,I means 2 HARI lagi saya bakal berumur 21 thn..IN SHAA ALLAH..

So,dh balik USIM..maka no holiday anymore.. :)

Sepanjang cuti,sy byk luangkan masa di rumah bersama adik bongsu,yg berumur 8thn..and of course with beloved ummi and abah.

Antara aktiviti saya musim cuti..

terlibat dgn DEBAT  BAHASA ARAB INTER-TAMHIDI

tolong ajar anak kwn ummi subjek Matematik Tingkatan 3

pergi kedai buku,

judul buku:

Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam- oleh Ustaz Fathi Yakan 

Nikmatnya Rezeki yg Berkat -oleh saudara Razif Fuad

pergi Pesta Buku SACC,

judul buku:

Travelog Tajdid Minda -oleh DR. Mohd Asri Zainal Abidin

Putera Multazam-oleh Ibn Rijal

jogging di Tasik Kota Kemuning dan singgah di perpustakaan mini di Dewan MBSA berdekatan

pastu dpt ilham nk wat perpustakaan mini kt umah jgk..sy susun buku bacaan di rak yg khusus.Adik bongsu suka sangat dgn mini library tu...Semangat dia balik sekolah terus singgah kat situ nak baca buku.. ^^

Aktiviti sempena semua ahli keluarga adaa di rumah,sbb Tahun Baru Cina

We went to Pantai Morib.. :D

Pada mulanya sy tak gemar nak ikut...sbb hmmm

"UMI,ABAH XNAK TUKAR FIKIRAN KE...JOMLAH PERGI TEMPAT LAIN"

Tapi adik2 semua excited nk pergi pantai.Then suara majoriti yg menang..hee..

But eventually sy lah yg tak lekang ngn senyuman dpt lihat ketenangan di pantai
Pantai Morib is nice place...ramai yg picnic..Kitorg tak bawa tikar.Tapi Umi beli tikar...So kitorg dpt berkelah jgk.weee..

Terima kasih umi and abah atas usaha utk mencipta memori bersama di tepi pantai

I love both of you SO MUCCCH...

Doakan anakanda lebih semangat tempuhi semester 2 sesi 2014/2015



from page FB MPPUSIM :)

Comments

Popular posts from this blog

BERGELAR PEGAWAI PERANGKAWAN

 Alhamdulillah. Saya terima peluang menjadi seorang pegawai Perangkawan atau lebih dikenali sebagai Statistician dalam bahasa Inggeris. Saya dapat belajar lebih banyak berkaitan analisis data apabila ditempatkan di DOSM Putrajaya. Terdapat data bulanan, suku tahunan dan data tahunan yang boleh menjadi rujukan pengguna serta orang awam. Hanya perlu layari laman sesawang DOSM dan dapatkan penerbitan berkaitan dengan banci serta survei yang dilaksanakan. Bergelar sebagai Perangkawan kena sentiasa bersedia untuk menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan program yang bertujuan memantapkan lagi pengetahuan serta kemahiran dalam diri. Saya baru sahaja selesai menghadirkan diri dalam Kursus Penganalisisan Data menggunakan SAS Programming. Kursus asas tersebut dijalankan di Institut Latihan Statistik Malaysia di Sungkai, Perak. Kebanyakan sesi latihan dan kursus akan diadakan di ILSM. Kursus telah berlangsung selama 2 hari. Ini adalah kali ketiga saya pergi ke ILSM.  Sebelum ini ada me...

KEPUTUSAN TEMUDUGA PEGAWAI PERANGKAWAN

Setelah sekian lama menanti, akhirnya saya menerima keputusan temuduga. Saya hadirkan diri ke pusat temuduga pada pertengahan bulan Julai 2020. Alhamdulillah keputusan keluar pada bulan Sept 2020. Keputusannya adalah...jeng3..saya tutup skrin laptop dengan tangan baca emel "bahagian pengambilan SPA". Saya baca perlahan-lahan dari atas ke bawah. Kemudian saya menangis T_T Keputusan Temuduga Pegawai Perangkawan menyatakan saya dapat jadi Calon Simpanan. Perasaan agak berbelah bagi sebab bergelar calon simpanan adalah menunjukkan anda tidak gagal interview akan tetapi anda belum berjaya diserap masuk. Oleh itu, saya redha jika memang ada rezeki pasti tak ke mana. Saya dapati di Jabatan Perangkaan ada kekosongan sempena Banci Penduduk dan Perumahan 2020, jadi saya mohon sebagai jawatan Pekerja Sambilan Harian. Gambar selfie di atas adalah kenangan bergelar PSH 2020. Pada 2 tahun yang lalu, di sinilah saya memulakan latihan industri. Cepat masa berlalu... S...

BABY ON THE WAY

 Alhamdulillah  Impian setiap pasangan inginkan zuriat. Zuriat yang soleh dan solehah menjadi harapan ibu bapa kerana bila sudah meninggal dunia semua amalan terputus kecuali antaranya amalan doa dari anak yang soleh dan solehah. Segala puji bagi Allah. Setelah doa dipanjatkan tanpa jemu, saya dan suami menerima khabar positif pada bulan Mac 2025. Doktor sahkan saya mengandung.  Rasa macam tak percaya pun ada setelah berkali-kali cuba alat pengesan kehamilan, selama ini satu garis je detect, kali ini terus dua garis. Saya dapat tahu je naik dua garis terus ajak suami ke klinik untuk scan pengesahan. Doktor check memang betul dah ada kantung. Subhanallah. Dalam keadaan tak terduga, tapi saya yakin masa yang tepat Allah hadirkan bakal cahaya mata buat saya dan suami. Semoga baby akan menjadi penyejuk mata kami. Alahan muntah saya alami pada waktu malam. Baby tahu saya sibuk bekerja siang hari hahaha...Setakat ini tiada craving yang pelik. Suami bantu dapatkan apa yang saya ...