BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ALHAMDULILLAH..
syukur ke hadrat Yang Maha Esa.Dengan rahmat cintaNya saya masih hidup dia atas muka bumi ini dan berpeluang menambahkan amalan sebagai bekalan di akhirat kelak.Pada 24 Februari yang lalu ramai sahabat mengucapkan selamat hari lahir through FB,whatsapp,mesej.
Terima kasih jua buat teman2 yang mendoakan kebaikan buat diriku ini.Saya kini berusia 21 tahun.
Alhamdulillah..
di waktu lalu pernah timbul persoalan di benak fikiran.
Adakah mungkin sempat saya menghadapi SPM 2011??
hidup ni tak lama,sebentar cuma.
Saya seringkali diingatkan oleh Naqibah Usrah sekolah,Badan Dakwah dan Rohani (BADAR)
tentang kiamat itu dah dekat,maka hayat kita pun semakin singkat.
Namun,di bawah rahmat Yang Maha Esa,dapat saya nikmati zaman persekolahan dgn baik,seterusnya zaman asasi dan kemudian zaman bergelar sbg mahasiswi USIM.
Kini berbaki 2 tahun lagi pengajian saya sebelum menamatkan Ijazah Sarjana Muda.
hmmm..Kalau diikutkan kemampuan diri pasti seseungguhnya saya belum benar-benar bersedia menghadapi sesuatu cabaran dalam hidup yang membawa saya ke alam dewasa.Tapi Islam mengajar untuk tawakal kepada Allah.Kerana Allah pasti mempermudahkan urusan seseorang hamba.
Berbekalkan tawakal,jiwa seorang hamba pulih daripada berputus asa.Dengan tawakal,seseorang yang lemah menjadi kuat.
Hari lahir saya raikan bersama kawan2 sekuliah menghadiri kuliah pertama untuk semester 4 ini.Tenaga pengajar untuk semester ini semua hebat2 belaka.
DR Arif Asyraf sbg pensyarah subjek Differential Equation,
DR Mazlynda sbg pensyarah subjek Theory of Hibah and Compound
DR Wan Nur Rahini Aznie sbg pensyarah subjek Principle of Insurance and Takaful
Bermotivasi sungguh sy pada hari tu,sbb semua lecturer terus memulakan pembelajaran.Subjek baru semua yang sgt menarik.Moga terus bersemangat !!! (ucapan utk diri)
Keesokan harinya,satu kuliah saja...Subjek Fiqh Ibadat dan Munakahat bersama Ustaz Yunus.
Subjek pembelajaran ini dlm bahasa Arab. :)
Selepas kuliah,saya bersama sahabat Izzati dan Adibah menuju ke Ekspo jualan di hadapan Pusat Keusahawanan Pelajar.Rambang mata nak beli barang2.Akhirnya tangan ni mencapai sehelai baju muslimah untuk dibeli.Tuan gerai itu pada mulanya saya lihat asyik menghadap telefonnya.
Saya sangka sedang bermain game.Rupa-rupanya sedang membaca ayat suci Al-Quran.Subhanallah...
Dalam kesibukan untuk berniaga,tak menghalangnya untuk membaca Al-Quran.Mungkin terkesan dengan situasi itu juga lah yang melembutkan hati saya untuk membeli barang jualannya.
Murah rezeki Pak cik ^ _ ^
Dalam mata melilau melihat barang jualan,tiba2 mata Adibah terpandang seorang baby comel.Diam baby itu tak bersuara.Mula2 ingtkn baby tu tido.Tapi mata dia celik luas.Apa lagi,kami pn main dgn baby tu.Mak baby izinkan kami ambil gambar ngn baby.Ya ALLAH,comel sgt,bulu mata lentik.Kami gilir2 dukung baby.Masing2 anak sulung.Saya rindu nak ada adik lagi...adik bongsu baby dulu kini dah 8thn..huhu...Adibah kata tunggu nanti dukung anak sendiri.HAHA...Baby comel itu nama Luqman.Tatkala saya dukung baby itu,teringat gambar umi saya dukung saya masa baby.Sekejap je baby yg umi sy dukung dulu kini membesar dan berusia 21 thn..iaitu saya lah orgnya...hee.Kami tinggal baby tu dgn lambaian kasih^^ Tataa
Hadiah di hari lahir,seorang sahabat saya menghadiahkan sebuah kotak panjang.Saya sangka seutas rantai.Hati tersentuh sekali lagi ,penuh terharu ...kerana hadiah itu berupa seutas tasbih.Sahabatku,Izzah terima kasih.Selepas ini,tatkala aku berzikir mengingat Allah...engkau juga akan ku kenang :)
Pada petang itu,25 Feb,saya bersama Izzati dan Adibah menuju ke Sg Besi dgn menaiki KTM dan LRT.First time sy naik LRT.Satu pengalaman menarik selepas bertambah usia ke 21.Kini ada perasaan berani ingin mencuba suatu pengalaman baru.Terlebih dahulu saya dh minta izin umi n abah untuk ke sana.Di sana,kami ke Mee Tarik Warisan Asli.Restoran ini dah ade beberapa cawangan lain di sekitar Kuala Lumpur.Yang menarik restoran ini adalah mee yg dibuat sendiri.Pengunjung boleh lihat secara live mee itu ditarik di bahagian dapur melalui cermin lutsinar.Sebelum pulang,saya dan teman2 singgah ke pasar malam SG Besi,beli kasut baru.Kasut kami sama...hee :D
Alhamdulillah
ku terus menghitung rahmat Allah yg seandainya di hitung nescaya tak terkira dek banyaknya nilai yg diperolehi...Saya bersyukur dikelilingi teman2 baik.Yang mengajar diri untuk terus jadi baik.Teman2 yang sentiasa memberi kata2 yang baik sebagai dorongan bahawa hidup ini kena diteruskan dengan bersama.Tak ada manusia yang tabah kuat hadapi sesuatu bersendirian.
Segala puji hanya bagi Allah. :)

Comments
Post a Comment