Skip to main content

MENCARI MUTIARA HIKMAH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Ingin saya bertinta lagi di malam yang hening..

  Saya pergi latihan debat Arab selepas solat Isya'.Kami adakan latihan bersempena Debat Qatar pada 26-29April.Latihan kami dibimbing oleh Ustaz Syafwan yang sememangnya dah banyak berpengalaman dalam debat Arab.Ustaz selalu akan bagi kata positif dalam berdebat.Sebab bedebat ni ada menang dan kalah.Tapi bila kita dah yakin dah buat bersungguh,yang lain tu tolak tepi.

Ustaz pesan lagi,yakin pada diri sendiri..cthnya dalam sebuah pemilihan ujibakat khitobah,pasti ada monolog

"Dia lebih baik...Ustaz,pilih lah dia"

Ustaz kata lebih baik monolog

"Ustaz,pilih lah saya"

Yesss.. (genggam tangan,be strong)

Andai saya tak masuk debat pasti saya belum jadi apa yang saya jadi sekarang..

Andai Allah tak gerakkan hati saya untuk penuhi kuota debat Arab rumah sukan,pasti saya xpernah kenal debat Arab..

Andai saya tak pergi berlatih debat sewaktu cuti pertengahan tahun,pasti saya xpernah jumpa kak Azreen..

Andai saya xpernah wakil sekolah,pasti saya xpernah dapat inspirasi kata semangat drpd Ustaz Syafwan,Ustazah Siti Nor,Ustazah Aisyah...

Saya akan sentiasa mencari mutiara hikmah pada setiap yg berlaku

Andai saya tak tolak tawaran temuduga MARA  kursus kewangan di Jordan,pasti saya tak kenal erti persahabatan bersama kawan2 Tamhidi

Andai saya dapat Ijazah Pergigian,pasti saya tak kenal kursus Aktuari

Takdir membawa saya ke bidang yang berkaitan kewangan juga..ini barangkali berdasarkan kemampuan diri saya juga.Allah Maha Mengetahui

Andai saya berputus asa,pasti saya terlupa akan rahmat Allah yang luas.

Alhamdulillah,All praises to Allah


Comments

Popular posts from this blog

BERGELAR PEGAWAI PERANGKAWAN

 Alhamdulillah. Saya terima peluang menjadi seorang pegawai Perangkawan atau lebih dikenali sebagai Statistician dalam bahasa Inggeris. Saya dapat belajar lebih banyak berkaitan analisis data apabila ditempatkan di DOSM Putrajaya. Terdapat data bulanan, suku tahunan dan data tahunan yang boleh menjadi rujukan pengguna serta orang awam. Hanya perlu layari laman sesawang DOSM dan dapatkan penerbitan berkaitan dengan banci serta survei yang dilaksanakan. Bergelar sebagai Perangkawan kena sentiasa bersedia untuk menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan program yang bertujuan memantapkan lagi pengetahuan serta kemahiran dalam diri. Saya baru sahaja selesai menghadirkan diri dalam Kursus Penganalisisan Data menggunakan SAS Programming. Kursus asas tersebut dijalankan di Institut Latihan Statistik Malaysia di Sungkai, Perak. Kebanyakan sesi latihan dan kursus akan diadakan di ILSM. Kursus telah berlangsung selama 2 hari. Ini adalah kali ketiga saya pergi ke ILSM.  Sebelum ini ada me...

KEPUTUSAN TEMUDUGA PEGAWAI PERANGKAWAN

Setelah sekian lama menanti, akhirnya saya menerima keputusan temuduga. Saya hadirkan diri ke pusat temuduga pada pertengahan bulan Julai 2020. Alhamdulillah keputusan keluar pada bulan Sept 2020. Keputusannya adalah...jeng3..saya tutup skrin laptop dengan tangan baca emel "bahagian pengambilan SPA". Saya baca perlahan-lahan dari atas ke bawah. Kemudian saya menangis T_T Keputusan Temuduga Pegawai Perangkawan menyatakan saya dapat jadi Calon Simpanan. Perasaan agak berbelah bagi sebab bergelar calon simpanan adalah menunjukkan anda tidak gagal interview akan tetapi anda belum berjaya diserap masuk. Oleh itu, saya redha jika memang ada rezeki pasti tak ke mana. Saya dapati di Jabatan Perangkaan ada kekosongan sempena Banci Penduduk dan Perumahan 2020, jadi saya mohon sebagai jawatan Pekerja Sambilan Harian. Gambar selfie di atas adalah kenangan bergelar PSH 2020. Pada 2 tahun yang lalu, di sinilah saya memulakan latihan industri. Cepat masa berlalu... S...

TAHUN BARU 2025

 Alhamdulillah  Tahun baru 2025 kini tiba. Life update... 2024  Dapat pindah rumah baru (kuarters). Dapat travel untuk urusan kerja ke Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dengan kapal terbang. Dapat usahakan barangan rumah baru meja makan, katil, peti ais, mesin basuh,tv,kabinet tv, meja kopi. Dapat belajar stats tools yang baru Knime..belajar dengan rakan sekerja. 2025 Banyak lagi nak capai dalam hidup ini. Moga Allah berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas. Mudah-mudahan dapat rezeki zuriat soleh dan solehah nanti.. Seberapa jauh kita melangkah, segalanya mudah dengan izin Allah. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang. Alhamdulillah kita syukur nanti Allah tambahkan lagi.