Skip to main content

UNGGULKAH KITA???

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM

Unggulkah kita ???Itulah slot pertama dalam seminar yang menarik hati saya tuk hadirkan diri.

Seminar Kesejahteraan Mahasiswa 2015

Slot 1:"Unggulkah kita "
oleh:Mohd Zamree bin Tukiran (Pelajar Ijazah Doktor Falsafah UKM)

Tips bergelar mahasiswa unggul:
1)Bersyukur dengan kurniaan Allah

Dengan bersyukur,Allah akan tambahkan lagi kurniaanNya kpd hamba.

Letak tangan di dada,pejamkan mata...Saya bersyukur Ya Allah kerana kurniakan saya nikmat fizikal yang lengkap.Saya bersyukur Ya Allah atas nikmat Islam dan Iman.Saya bersyukur Ya Allah dengan setiap kurniaan,pinjaman,rezeki dari Allah di dunia ini.

2)Bersihkan hati

Hati manusia mudah berkarat.Bagaimana menggilapnya??Dengan membaca al-Quran dan mengingati mati.Bersihkan hati supaya mudah utk kita menjadi hamba yg bersyukur.

3)Tetapkan visi dan misi

Visi adalah matlamat jangka panjang iaitu redo Allah
Misi pula adalah matlamat jangka pendek iaitu perancangan mengubah diri ke arah lebih baik

4)Kuasa tindakan.

Merancang tapi tiada pelaksanaan maka tidak akan mendatangkan hasil.Setiap sesuatu kejayaan perlukan usaha.Penceramah menunjukkan satu video yang menjentik minda untuk menghayati.Satu video yang memaparkan suasana hiruk-pikuk dek sebatang pokok besar tumbang di tengah jalan.Pada waktu pagi yang sibuk itu menyebabkan kesesakan lalulintas.Terdapat banyak kenderaan yang berpatah balik cuba mengambil jalan alternatif untuk sampai ke destinasi masing-masing.Dalam kekalutan hari yang hujan itu,seorang budak sekolah rendah turun dari bas memerhatikan pokok yang tumbang itu.Dia memang nak sangat pergi sekolah.Dia menghempaskan beg sekolah nya.Berbekalkan kudrat yang ade pada tubuhnya yg kecil itu,dia menolak pokok besar itu.Dia tak berputus asa,meskipun logik akalnya dia tak mampu menggerakkan pokok tumbang itu ke arah tepi jalan.Namun tindakannya itu mencetuskan akal manusia di sekeliling untuk turut mengalihkan pokok itu.Makin lama makin ramai yang datang membantu tolong tolak pokok itu.And last,apa logik minda anda berkata??

Pokok berjaya dialihkan.See...It is the power of action.

5)Bertahan untuk berjaya

Kali ini diceritakan tentang manusia yang istimewa,kudung kaki ,kudung tangan tapi cekal berusaha menjadi usahawan.Dia pernah diajak teman untuk mengikuti aktiviti daki Gunung.Dalam hatinya tiada monolog,hangpa bolehlaa..hangpa ada kaki...tapi..dengan semangat positif dia menjawab

"Jom!!" 

Ekspedisi bermula.Sepanjang mendaki gunung hingga ke puncak ,dua kali dia rasa ingin turun patah balik.Tapi setiap kali dia nak turun,akan ade seorang pak cik yang baru turun dari puncak berkata

"Siiikit je lagi nak sampai puncak"

Akhirnya ...dia berjaya jua sampai ke puncak.

Slot 2:"Memperkasa Keunggulan Mahasiswa "
oleh :Saiful Islam (Pelajar Sarjana UITM)

Mahasiswa berperanan sebagai

1)Iron Stock=generasi penerus
2)Agent of Change=agen perubahan
3)Social Control=penjaga masyarakat
4)Moral Force =pencetus nilai murni dalam masyarakat

Slot 3:"Forum Keseimbangan Mahasiswa Pemangkin keunggulan"
Moderator:Nurul Afifah
Panel1:Muhd Huzaifah
Panel2:Nazwandy
Panel3:Tasnim Ismail

Forum ini mengupas betapa perlunya seorang mahasiswa bijak mengurus diri dan masa bagi memastikan seimbang akademik dan kegiatan berpersatuan.Memang untuk seimbangkan ini,memerlukan jati diri yang kuat dan sudah semestinya akan melalui kepenatan.Tapi kepenatan itu berbaloi dengan setiap pengalaman yang menjadi proses pembelajaran.

Ada satu cerita menarik yang dikongsikan oleh Kak Tasnim

"Kisah sup dan sambal kicap"

Pada suatu hari,Kak Tasnim pulang ke rumah sewaktu cuti kampus.Keletihan badan membuatkan dia terlelap di dalam biliknya.Ketika bangun dari tidur dia menuju ke dapur.Dilihat semangkuk sup sudah siap terhidang.Satu persoalan muncul di benak fikirannya

"Eh,tak complete ni...mana sambal kicap?"

Dia pun mencari sambal kicap dalam peti ais.Mana tau maknya simpan dalam peti ais.But not found..Cari punya cari punya cari...jumpalah di dalam mesin pengisar a.k.a blender..huhu..Yang hairannya,sambal kicap tak siap lagi...segala ramuan nak wat sambal kicap belum dikisar.Then ayah Kak Tasnim masuk ke dapur..

"Ayah,kenapa mak tak kisar lagi sambal kicap?"

"Sbb mak kamu taknak kamu terganggu kalu dengar bunyi blender.Bilik kamu kan dekat je ngan dapur"

Her heart was touched.  :'(

Anak mana yang mampu tahan air mata mendengar kisah ini.Terharu sgt2...betapa seorang ibu menjaga kebajikan seorang anak hinggakan tak sudahkan kerja dapur demi anaknya mendapat rehat yg cukup.Walhal anak itu bukan lagi si kecil bayi yg mudah terjaga dek bunyi bising.

Dan saya merasakan suatu keperluan untuk saya bawa tisu selepas ini.Sebab kesedaran yang menyentuh hati memudahkan mata untuk mengalirkan air mata.Air mata adalah anugerah dari Allah untuk bermuhasabah diri...unggulkah kita,andai hubungan dgn Allah tak dijaga,unggulkah kita andai tak jadikan Rasulullah sbg teladan,unggulkah kita andai hubungan sesama manusia terabai...Di dalam seminar ini saya dapat recharge balik diri saya.Alhamdulillah...Allah memudahkan urusan saya untuk hadirkan diri ke seminar ini.

Antara pesanan yang saya dapat adalah:

Segala urusan kita Allah dah susun cantik2.Yakin dengan setiap yang kita lalui ada hikmah di sebaliknya.Banyakkan berdoa kemudian iringi dengan usaha seterusnya bertawakkal kepada Allah.

GO GO GO usaha capai kejayaan
FIGHT FIGHT FIGHT harungi cabaran 
WIN WIN WIN kejayaan dicapai

Sekadar ini sahaja yang dapat saya coretkan khusus buat teman2 yang dikasihi.
2 tahun lagi langkah saya dalam menyudahkan gelaran sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda..In Shaa Allah..

Seorang pejuang lemah tanpa senjata.Doa kan senjata ^_^ Be strong!!


Comments

Popular posts from this blog

KAKI TERSELIUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Hari ni saya nak kongsi pengalaman sukar yang saya lalui apabila terseliuh kaki. Hmmm...tak pernah pun terseliuh sebelum ni.Kali pertama dalam sejarah hidup Allah bg saya rasa macam mana sukarnya apabila berjalan dgn satu kaki. Di keheningan malam Sabtu,saya tak perasan lantai kafe KKNC tak rata.Saya hampir terjatuh..mujur ada Kak Kemo yg sedang berjln di hadapan saya.Tangan saya sempat bertahan pada badan Kak Kemo.Masa tu masih boleh berjalan sbb nak order makanan kt kaunter kafe.Akan tetapi pabila balik hostel iaitu KK1 mmg kaki saya tak boleh gerak langsung...Terasa otot di kaki merajuk dan taknak gerak.Gerak sikit terasa sakit dan berat kaki. Jap..sblum saya smbg cerita..sebenarnya mlm tu saya kt KKNC utk latih adik2 tamhidi sbg persediaan mereka utk debat wuddiyah@persahabatan di KISAS pada keesokan hari,Ahad@6Mac. Maka disebabkan insiden terseliuh,saya tak dpt ke KISAS.tiada jodoh kita..huhu.. Okey sambung balik story td..masa balik hostel sy memang...

KEPUTUSAN TEMUDUGA PEGAWAI PERANGKAWAN

Setelah sekian lama menanti, akhirnya saya menerima keputusan temuduga. Saya hadirkan diri ke pusat temuduga pada pertengahan bulan Julai 2020. Alhamdulillah keputusan keluar pada bulan Sept 2020. Keputusannya adalah...jeng3..saya tutup skrin laptop dengan tangan baca emel "bahagian pengambilan SPA". Saya baca perlahan-lahan dari atas ke bawah. Kemudian saya menangis T_T Keputusan Temuduga Pegawai Perangkawan menyatakan saya dapat jadi Calon Simpanan. Perasaan agak berbelah bagi sebab bergelar calon simpanan adalah menunjukkan anda tidak gagal interview akan tetapi anda belum berjaya diserap masuk. Oleh itu, saya redha jika memang ada rezeki pasti tak ke mana. Saya dapati di Jabatan Perangkaan ada kekosongan sempena Banci Penduduk dan Perumahan 2020, jadi saya mohon sebagai jawatan Pekerja Sambilan Harian. Gambar selfie di atas adalah kenangan bergelar PSH 2020. Pada 2 tahun yang lalu, di sinilah saya memulakan latihan industri. Cepat masa berlalu... S...

TEMUDUGA DI PUBLIC BANK

Alhamdulillah Pada 31 Mei sy hadirkn diri ke temuduga di Menara Public Bank Jalan Ampang. Keputusan temuduga akan di maklumkn 2 minggu lagi. Moga ada rezeki buat saya bekerja di bank. Saya gigih hadirkn diri untuk rebut peluang. Terima kasih kpd Aishah Mohd dan Sulihah yg memberi saya ruang utk tumpang rumah sewa mereka. ;)