Skip to main content

PERTAMA KALI KEMALANGAN


Kali pertama sepanjang memegang lesen memandu, saya terlibat dalam kemalangan. 

Kemalangan di simpang lampu trafik yang tidak berfungsi. Masa saya nak membelok ke kanan ada kereta dari belah kiri nak masuk lorong sebelah saya. Selesai daripada kereta itu nak masuk, saya terus membelok. Rupanya ketika itu kereta dari belah kanan hendak jalan lurus sudah dekat sangat.

Deganggggg..maka berlanggarlah.

Saya tenang jer. Cuma benda first time nk kna handle jd suruh Yana call abah. Masa tu saya ambil Yana balik dari kerja. Pastu pemandu yg melanggar pun berhenti tepi jalan.

Abah cakap tanya pemandu nak setel macam mana? Sbb kami masing2 kereta calar sikit. 

Kuat jgk my viva Omel ni. Alhamdulillah saya dan Yana okey xde cedera. Kereta berlanggar di bahagian belah kanan belakang.

Pemandu tersebut kata nak report polis untuk claim insurans. Kami saling bertukar no telefon dan dia snap gmbr ic serta lesen saya. Saya pun snap ic dan lesen dia. Dia pun ada hal katanya nak report malam. Saya pula abah pesan buat report terus.

Kemalangan pukul 6.10pm, 6.30pm saya dah siap isi borang aduan. Bila ada kemalangan, kta kena buat report dlm masa 24jam. Jadi pergi ke balai polis trafik berdekatan. Nanti pegawai bertugas di kaunter akan beri borang untuk diisi.

Kemudian, isi mengikut contoh yang diletakkan pada papan kenyataan. Maklumat yang kena ada nama, no plat kereta kita dan kereta yang terlibat kemalangan. No insurans pada sticker road tax. Rupanya ada no kecil sebelah tarikh tamat tu.Tarikh road tax tamat bila. Selesai isi borang tunggu turn untuk proses aduan di kaunter.

Nak menunggu ni lama. Kena bertabah sebab biasanya seorang je dah ambil masa dalam 30 minit. Abah ada sampai di balai datang naik motor. Abah teman Yana sbb seorg je yg terlibat boleh masuk balai, skrg masih pkp gaisss..

Hampir pukul 8.00pm baru lah selesai urusan saya buat aduan. Aduan tu polis akan key in report dalam sistem dan tanya bagaimana kemalangan boleh berlaku.

Seterusnya, polis mohon saya datang semula ke balai untuk siasatan pulak pada pukul 10.00pm. Masa ini kena jumpa dengan Sarjan. Saya dah assume sarjan mesti garang...taccooddd

Rupanya dapat sarjan yang baik. Hehe.. Lega semua dah setel dgn baik dan saya dikenakan saman. Sebabnya itu laluan lurus dan kereta pemandu tersebut berhak untuk lalu dulu. Huhu. Pemandu tersebut hanya perlu berurusan dengan insurans saya untuk claim.

Tempoh kena bayar dalam masa dua bulan. Kita tunggu gaji la. Gaji lom masuk lagi..

Begitulah alkisah memori pahit 2021.Haha.

My viva Omel

Calarzzzz Huhu

Comments

Popular posts from this blog

BABY ON THE WAY

 Alhamdulillah  Impian setiap pasangan inginkan zuriat. Zuriat yang soleh dan solehah menjadi harapan ibu bapa kerana bila sudah meninggal dunia semua amalan terputus kecuali antaranya amalan doa dari anak yang soleh dan solehah. Segala puji bagi Allah. Setelah doa dipanjatkan tanpa jemu, saya dan suami menerima khabar positif pada bulan Mac 2025. Doktor sahkan saya mengandung.  Rasa macam tak percaya pun ada setelah berkali-kali cuba alat pengesan kehamilan, selama ini satu garis je detect, kali ini terus dua garis. Saya dapat tahu je naik dua garis terus ajak suami ke klinik untuk scan pengesahan. Doktor check memang betul dah ada kantung. Subhanallah. Dalam keadaan tak terduga, tapi saya yakin masa yang tepat Allah hadirkan bakal cahaya mata buat saya dan suami. Semoga baby akan menjadi penyejuk mata kami. Alahan muntah saya alami pada waktu malam. Baby tahu saya sibuk bekerja siang hari hahaha...Setakat ini tiada craving yang pelik. Suami bantu dapatkan apa yang saya ...

KAKI TERSELIUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Hari ni saya nak kongsi pengalaman sukar yang saya lalui apabila terseliuh kaki. Hmmm...tak pernah pun terseliuh sebelum ni.Kali pertama dalam sejarah hidup Allah bg saya rasa macam mana sukarnya apabila berjalan dgn satu kaki. Di keheningan malam Sabtu,saya tak perasan lantai kafe KKNC tak rata.Saya hampir terjatuh..mujur ada Kak Kemo yg sedang berjln di hadapan saya.Tangan saya sempat bertahan pada badan Kak Kemo.Masa tu masih boleh berjalan sbb nak order makanan kt kaunter kafe.Akan tetapi pabila balik hostel iaitu KK1 mmg kaki saya tak boleh gerak langsung...Terasa otot di kaki merajuk dan taknak gerak.Gerak sikit terasa sakit dan berat kaki. Jap..sblum saya smbg cerita..sebenarnya mlm tu saya kt KKNC utk latih adik2 tamhidi sbg persediaan mereka utk debat wuddiyah@persahabatan di KISAS pada keesokan hari,Ahad@6Mac. Maka disebabkan insiden terseliuh,saya tak dpt ke KISAS.tiada jodoh kita..huhu.. Okey sambung balik story td..masa balik hostel sy memang...

BERGELAR PEGAWAI PERANGKAWAN

 Alhamdulillah. Saya terima peluang menjadi seorang pegawai Perangkawan atau lebih dikenali sebagai Statistician dalam bahasa Inggeris. Saya dapat belajar lebih banyak berkaitan analisis data apabila ditempatkan di DOSM Putrajaya. Terdapat data bulanan, suku tahunan dan data tahunan yang boleh menjadi rujukan pengguna serta orang awam. Hanya perlu layari laman sesawang DOSM dan dapatkan penerbitan berkaitan dengan banci serta survei yang dilaksanakan. Bergelar sebagai Perangkawan kena sentiasa bersedia untuk menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan program yang bertujuan memantapkan lagi pengetahuan serta kemahiran dalam diri. Saya baru sahaja selesai menghadirkan diri dalam Kursus Penganalisisan Data menggunakan SAS Programming. Kursus asas tersebut dijalankan di Institut Latihan Statistik Malaysia di Sungkai, Perak. Kebanyakan sesi latihan dan kursus akan diadakan di ILSM. Kursus telah berlangsung selama 2 hari. Ini adalah kali ketiga saya pergi ke ILSM.  Sebelum ini ada me...