Skip to main content

TAHUN 2021 BERMULA

Alhamdulillah

Telah berlalu bulan Januari 2021. Nampak sangat sibuk kan sebab dah masuk Februari baru boleh nak update. Hehe kena update yer sebab ini adalah bulan kesukaan saya aka bulan kelahiran saya.

Saya baru sahaja selesai kontrak MyStep Personnel yang bermula pada 4 Jan 2021. Syukur pada awal tahun ada rezeki untuk kerja. Bila kerja ni rasa rutin harian sangat produktif. Tapi kerja kontrak kali ini hanya sebulan. Belum ada sebarang info bila akan disambung semula. Jadi sementara menunggu itu saya ada mohon jadi guru MARA. Alhamdulillah selesai jawab exam online cuma result belum dapat lagi. Nanti saya kongsikan perihal exam online itu di halaman akan datang..haha..sebab sekarang izinkan saya kongsi apa saya dah lalui untuk permulaan tahun baru ini.

Permulaan tahun ini agak suram kerana negara Malaysia tercinta masih lagi dilanda virus Covid19. Ada vaksin sudah ditemukan tapi pelaksanaanya pada hujung bulan Feb dan secara berperingkat. Jadi sekarang negara kita masih lagi berPKP.

Pengalaman kerja kontrak kali ini adalah lain daripada yang lain sebab saya dan rakan pasukan terlibat dalam aktiviti banci penduduk dan perumahan di Pekan. Kami dapat maklumat peribadi penduduk untuk banci dan data disimpan dalam sistem SmartCE melalui aktiviti CAPI.

Kami berjalan dari rumah ke rumah, berdepan dengan pelbagai ragam responden bagi memastikan maklumat yang dibanci adalah lengkap.

Tahun baru, spek baru, power baru..hehe

Bersama Haziqah dan Ain

Saya gerak sekali dgn Ain ke Pekan..rupanya hari terakhir dapat tahu Ain kitorg bersaudara belah mak. Haha kecilmya dunia

Lunch sblum pkp di Zack Corner dgn Yaya dan Ain









Comments

Popular posts from this blog

BERGELAR PEGAWAI PERANGKAWAN

 Alhamdulillah. Saya terima peluang menjadi seorang pegawai Perangkawan atau lebih dikenali sebagai Statistician dalam bahasa Inggeris. Saya dapat belajar lebih banyak berkaitan analisis data apabila ditempatkan di DOSM Putrajaya. Terdapat data bulanan, suku tahunan dan data tahunan yang boleh menjadi rujukan pengguna serta orang awam. Hanya perlu layari laman sesawang DOSM dan dapatkan penerbitan berkaitan dengan banci serta survei yang dilaksanakan. Bergelar sebagai Perangkawan kena sentiasa bersedia untuk menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan program yang bertujuan memantapkan lagi pengetahuan serta kemahiran dalam diri. Saya baru sahaja selesai menghadirkan diri dalam Kursus Penganalisisan Data menggunakan SAS Programming. Kursus asas tersebut dijalankan di Institut Latihan Statistik Malaysia di Sungkai, Perak. Kebanyakan sesi latihan dan kursus akan diadakan di ILSM. Kursus telah berlangsung selama 2 hari. Ini adalah kali ketiga saya pergi ke ILSM.  Sebelum ini ada me...

KEPUTUSAN TEMUDUGA PEGAWAI PERANGKAWAN

Setelah sekian lama menanti, akhirnya saya menerima keputusan temuduga. Saya hadirkan diri ke pusat temuduga pada pertengahan bulan Julai 2020. Alhamdulillah keputusan keluar pada bulan Sept 2020. Keputusannya adalah...jeng3..saya tutup skrin laptop dengan tangan baca emel "bahagian pengambilan SPA". Saya baca perlahan-lahan dari atas ke bawah. Kemudian saya menangis T_T Keputusan Temuduga Pegawai Perangkawan menyatakan saya dapat jadi Calon Simpanan. Perasaan agak berbelah bagi sebab bergelar calon simpanan adalah menunjukkan anda tidak gagal interview akan tetapi anda belum berjaya diserap masuk. Oleh itu, saya redha jika memang ada rezeki pasti tak ke mana. Saya dapati di Jabatan Perangkaan ada kekosongan sempena Banci Penduduk dan Perumahan 2020, jadi saya mohon sebagai jawatan Pekerja Sambilan Harian. Gambar selfie di atas adalah kenangan bergelar PSH 2020. Pada 2 tahun yang lalu, di sinilah saya memulakan latihan industri. Cepat masa berlalu... S...

TAHUN BARU 2025

 Alhamdulillah  Tahun baru 2025 kini tiba. Life update... 2024  Dapat pindah rumah baru (kuarters). Dapat travel untuk urusan kerja ke Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dengan kapal terbang. Dapat usahakan barangan rumah baru meja makan, katil, peti ais, mesin basuh,tv,kabinet tv, meja kopi. Dapat belajar stats tools yang baru Knime..belajar dengan rakan sekerja. 2025 Banyak lagi nak capai dalam hidup ini. Moga Allah berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas. Mudah-mudahan dapat rezeki zuriat soleh dan solehah nanti.. Seberapa jauh kita melangkah, segalanya mudah dengan izin Allah. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang. Alhamdulillah kita syukur nanti Allah tambahkan lagi.