Skip to main content

HIKMAH DARI AKTIVITI HARIAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

    Alhamdulillah..ari ni,dapat lebih semangat utk study sbb smalam Allah izin utk saya pergi ke Program Motivasi anjuran JAKSA (Jawatankuasa Kebajikan Siswa/Siswi) yang bertajuk 'STRESSNYA..NAK EXAM"....Best sgt sbb penceramah adalah Puan Hanisah Afandi dari Auraimtiyaz Consultant.Beliau cukup santai dalam berkongsi gaya belajar yang tidak pressure tetapi bermakna sbb boleh capai result yg cemerlang.Beliau berkata,jika ada sebarang minat terhadap mana2 aktiviti koko..teruskan..tapi yg penting,manfaatkan masa.Yakin pada setiap usaha yg diri sendiri telah laksanakan dan tawakkal pada Yang Maha Mengetahui. :)

  Pagi Sabtu yg indah,saya jemur kain seperti biasa di ampaian.Tiba2 terfikir berkenaan dgn tawakkal.
Tawakkal itu sungguh indah sbb ia menenangkan.Tapi kita kena usaha dulu sebelum bertawakkal.

  Analogi nya,ibarat kita menjemur baju.Kita telah berusaha membasuh baju.Kemudian,kita jemur di ampaian dgn bertawakkal moga baju itu kering dek panas matahari.

  Namun,hari tak selalunya cerah...andai hujan turun,baju kita tu takkan kering..kiasannya,andai usaha kita tak memberikan natijah yang diharapkan,maka jgn putus asa.Basuh balik baju tu..maksudnya usaha lagi..jgn putus asa!!

Just a view of mine ^^ 

Comments

Popular posts from this blog

KAKI TERSELIUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Hari ni saya nak kongsi pengalaman sukar yang saya lalui apabila terseliuh kaki. Hmmm...tak pernah pun terseliuh sebelum ni.Kali pertama dalam sejarah hidup Allah bg saya rasa macam mana sukarnya apabila berjalan dgn satu kaki. Di keheningan malam Sabtu,saya tak perasan lantai kafe KKNC tak rata.Saya hampir terjatuh..mujur ada Kak Kemo yg sedang berjln di hadapan saya.Tangan saya sempat bertahan pada badan Kak Kemo.Masa tu masih boleh berjalan sbb nak order makanan kt kaunter kafe.Akan tetapi pabila balik hostel iaitu KK1 mmg kaki saya tak boleh gerak langsung...Terasa otot di kaki merajuk dan taknak gerak.Gerak sikit terasa sakit dan berat kaki. Jap..sblum saya smbg cerita..sebenarnya mlm tu saya kt KKNC utk latih adik2 tamhidi sbg persediaan mereka utk debat wuddiyah@persahabatan di KISAS pada keesokan hari,Ahad@6Mac. Maka disebabkan insiden terseliuh,saya tak dpt ke KISAS.tiada jodoh kita..huhu.. Okey sambung balik story td..masa balik hostel sy memang...

BABY ON THE WAY

 Alhamdulillah  Impian setiap pasangan inginkan zuriat. Zuriat yang soleh dan solehah menjadi harapan ibu bapa kerana bila sudah meninggal dunia semua amalan terputus kecuali antaranya amalan doa dari anak yang soleh dan solehah. Segala puji bagi Allah. Setelah doa dipanjatkan tanpa jemu, saya dan suami menerima khabar positif pada bulan Mac 2025. Doktor sahkan saya mengandung.  Rasa macam tak percaya pun ada setelah berkali-kali cuba alat pengesan kehamilan, selama ini satu garis je detect, kali ini terus dua garis. Saya dapat tahu je naik dua garis terus ajak suami ke klinik untuk scan pengesahan. Doktor check memang betul dah ada kantung. Subhanallah. Dalam keadaan tak terduga, tapi saya yakin masa yang tepat Allah hadirkan bakal cahaya mata buat saya dan suami. Semoga baby akan menjadi penyejuk mata kami. Alahan muntah saya alami pada waktu malam. Baby tahu saya sibuk bekerja siang hari hahaha...Setakat ini tiada craving yang pelik. Suami bantu dapatkan apa yang saya ...

TAHUN BARU 2025

 Alhamdulillah  Tahun baru 2025 kini tiba. Life update... 2024  Dapat pindah rumah baru (kuarters). Dapat travel untuk urusan kerja ke Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dengan kapal terbang. Dapat usahakan barangan rumah baru meja makan, katil, peti ais, mesin basuh,tv,kabinet tv, meja kopi. Dapat belajar stats tools yang baru Knime..belajar dengan rakan sekerja. 2025 Banyak lagi nak capai dalam hidup ini. Moga Allah berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas. Mudah-mudahan dapat rezeki zuriat soleh dan solehah nanti.. Seberapa jauh kita melangkah, segalanya mudah dengan izin Allah. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang. Alhamdulillah kita syukur nanti Allah tambahkan lagi.