Skip to main content

MASA UTK TAWAKKAL

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Alhamdulillah,minggu yang agak sibuk minggu lepas dapat kulalui..fuh...minggu lepas kitorang ada presentation Etnik pada hari Khamis,Jumaat pagi dengan Test Calculus 2 dan malam dgn Test French.

  Hari Isnin,Selasa,Rabu kitorang practice sebagai persediaan untuk pembentangan Etnik.Pembentangan kali ini berkenaan dengan hasil kajian kerja kursus yang kami buat.Kebanyakan kumpulan membuat pembentangan dgn cara melakonkan semula setiap maklumat yg diperolehi.Kitorang buat pembentangan dengan cara pentomen...^^

  Test 2 Calculus...kali ini test adalah 40 markah dan dikira 20% bg subjek Calculus.Satu topik jerrr yg masuk iaitu Topic Integration...but,however...merangkumi Substitution basic Integrals,Partial Fraction Integration,Integrate by parts,Trigonometric substitution..yg penting,kena ingat trigonometric identities,integration basic formulae...coz that formulae not given..Test ada 4 soalan jerrr..but,however..you are given one hour only to answer the test...malam tu saya dan rakan setutor,study sama2 sambil makan nasi goreng ayam...source of energy..Alhamdulillah..bila tiba masa mata dh berat,kami terus decide tidur...kalu dah tak terdaya nak study,jgn paksa diri..have rest..bila bgn pagi..siap2..pergi hall exam.. 

"OK.MASA UNTUK BERTAWAKKAL"

so,bila kita dah berusaha..jadi bila tiba masanya..serahkan pada Yang Maha Mengetahui..Tawakkaltu 

  Test 2 French..Masa diberi 1 jam setengah..sebelum ni,Test 1 sejam je...Test 2,of course lebih susah drpd Test 1...Tapi,yg susah tu sebenarnya adalah senang bila kita permudahkan dgn revision..yg penting,masa kelas focus..jadi time exam kita still lg boleh ingat apa yg kita belajar dlm kelas..sbb kita faham..

oklah..au revoir..final exam 18 hari lagi

Comments

Popular posts from this blog

BERGELAR PEGAWAI PERANGKAWAN

 Alhamdulillah. Saya terima peluang menjadi seorang pegawai Perangkawan atau lebih dikenali sebagai Statistician dalam bahasa Inggeris. Saya dapat belajar lebih banyak berkaitan analisis data apabila ditempatkan di DOSM Putrajaya. Terdapat data bulanan, suku tahunan dan data tahunan yang boleh menjadi rujukan pengguna serta orang awam. Hanya perlu layari laman sesawang DOSM dan dapatkan penerbitan berkaitan dengan banci serta survei yang dilaksanakan. Bergelar sebagai Perangkawan kena sentiasa bersedia untuk menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan program yang bertujuan memantapkan lagi pengetahuan serta kemahiran dalam diri. Saya baru sahaja selesai menghadirkan diri dalam Kursus Penganalisisan Data menggunakan SAS Programming. Kursus asas tersebut dijalankan di Institut Latihan Statistik Malaysia di Sungkai, Perak. Kebanyakan sesi latihan dan kursus akan diadakan di ILSM. Kursus telah berlangsung selama 2 hari. Ini adalah kali ketiga saya pergi ke ILSM.  Sebelum ini ada me...

KEPUTUSAN TEMUDUGA PEGAWAI PERANGKAWAN

Setelah sekian lama menanti, akhirnya saya menerima keputusan temuduga. Saya hadirkan diri ke pusat temuduga pada pertengahan bulan Julai 2020. Alhamdulillah keputusan keluar pada bulan Sept 2020. Keputusannya adalah...jeng3..saya tutup skrin laptop dengan tangan baca emel "bahagian pengambilan SPA". Saya baca perlahan-lahan dari atas ke bawah. Kemudian saya menangis T_T Keputusan Temuduga Pegawai Perangkawan menyatakan saya dapat jadi Calon Simpanan. Perasaan agak berbelah bagi sebab bergelar calon simpanan adalah menunjukkan anda tidak gagal interview akan tetapi anda belum berjaya diserap masuk. Oleh itu, saya redha jika memang ada rezeki pasti tak ke mana. Saya dapati di Jabatan Perangkaan ada kekosongan sempena Banci Penduduk dan Perumahan 2020, jadi saya mohon sebagai jawatan Pekerja Sambilan Harian. Gambar selfie di atas adalah kenangan bergelar PSH 2020. Pada 2 tahun yang lalu, di sinilah saya memulakan latihan industri. Cepat masa berlalu... S...

TAHUN BARU 2025

 Alhamdulillah  Tahun baru 2025 kini tiba. Life update... 2024  Dapat pindah rumah baru (kuarters). Dapat travel untuk urusan kerja ke Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dengan kapal terbang. Dapat usahakan barangan rumah baru meja makan, katil, peti ais, mesin basuh,tv,kabinet tv, meja kopi. Dapat belajar stats tools yang baru Knime..belajar dengan rakan sekerja. 2025 Banyak lagi nak capai dalam hidup ini. Moga Allah berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas. Mudah-mudahan dapat rezeki zuriat soleh dan solehah nanti.. Seberapa jauh kita melangkah, segalanya mudah dengan izin Allah. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang. Alhamdulillah kita syukur nanti Allah tambahkan lagi.