Skip to main content

TEST 1 & 2

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ALHAMDULILLAH..

sudah dua test dihadapi baru2 ini...Test 1:Test Statistics..Test 2:Test Macroeconomics..

Test Statistics pada 21 April bermula jam 8.25-9.45pm.

Test malam2..rasanya ini kali pertama in my life buat test malam2..best la jugak..cuma kena make sure datang awal.Kalau tak,kena duduk sebaris dgn tempat duduk pelajar lelaki.Ada seorang hamba Allah tu terpaksa duduk dekat bahagian lelaki sebab kerusi kat tempat lain dah penuh.pity for her..tapi dia nampak mcm cool je.Sbb matlamat dia jelas kot..hanya semata-mata nak exam..no feeling2.ok,tentang topik yg masuk exam adalah:Presentation Sample of Data(mean,variance,standard deviation,boxplot,outlier) and Probability(set of data,permutation,combination)

Test Macroeconomics pada 22April bermula pukul 2.00pm-4.00pm

Format test Macro sama je macam Microecnomics yg dulu2..ada 20 soalan objektif dan 7 soalan subjektif berdasarkan 7 topik.Sebelum exam,my friends and I had lunch together in Faculty.We have gap 2 hours before the test.So we decide to not go back to hostel.Sebab kalu balik hostel dulu,probability to have nap is high :) so,we stayed in campus until 2 o'clock.Do quick revision again and study the tutorial questions.

Pagi tu kitorang ada lecture Calculus,masing2 agak tak fokus sebab memikirkan test Macro ptg tu.Life goes on...xperlu skip kelas jika nak study for test..setiap kelas ada keberkatannya..grab the opportunities to get barakah in ur life..best,lecture Calculus kitorg belajar ttg partial fraction integration.How to factorize polynomial denominator into fraction and how to find its unknown,A,B,C or D.

moral of the test..DO NOT STUDY LAST MINUTE..usaha...doa...kemudian tawakkal pada Allah

Comments

Popular posts from this blog

KAKI TERSELIUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Hari ni saya nak kongsi pengalaman sukar yang saya lalui apabila terseliuh kaki. Hmmm...tak pernah pun terseliuh sebelum ni.Kali pertama dalam sejarah hidup Allah bg saya rasa macam mana sukarnya apabila berjalan dgn satu kaki. Di keheningan malam Sabtu,saya tak perasan lantai kafe KKNC tak rata.Saya hampir terjatuh..mujur ada Kak Kemo yg sedang berjln di hadapan saya.Tangan saya sempat bertahan pada badan Kak Kemo.Masa tu masih boleh berjalan sbb nak order makanan kt kaunter kafe.Akan tetapi pabila balik hostel iaitu KK1 mmg kaki saya tak boleh gerak langsung...Terasa otot di kaki merajuk dan taknak gerak.Gerak sikit terasa sakit dan berat kaki. Jap..sblum saya smbg cerita..sebenarnya mlm tu saya kt KKNC utk latih adik2 tamhidi sbg persediaan mereka utk debat wuddiyah@persahabatan di KISAS pada keesokan hari,Ahad@6Mac. Maka disebabkan insiden terseliuh,saya tak dpt ke KISAS.tiada jodoh kita..huhu.. Okey sambung balik story td..masa balik hostel sy memang...

BABY ON THE WAY

 Alhamdulillah  Impian setiap pasangan inginkan zuriat. Zuriat yang soleh dan solehah menjadi harapan ibu bapa kerana bila sudah meninggal dunia semua amalan terputus kecuali antaranya amalan doa dari anak yang soleh dan solehah. Segala puji bagi Allah. Setelah doa dipanjatkan tanpa jemu, saya dan suami menerima khabar positif pada bulan Mac 2025. Doktor sahkan saya mengandung.  Rasa macam tak percaya pun ada setelah berkali-kali cuba alat pengesan kehamilan, selama ini satu garis je detect, kali ini terus dua garis. Saya dapat tahu je naik dua garis terus ajak suami ke klinik untuk scan pengesahan. Doktor check memang betul dah ada kantung. Subhanallah. Dalam keadaan tak terduga, tapi saya yakin masa yang tepat Allah hadirkan bakal cahaya mata buat saya dan suami. Semoga baby akan menjadi penyejuk mata kami. Alahan muntah saya alami pada waktu malam. Baby tahu saya sibuk bekerja siang hari hahaha...Setakat ini tiada craving yang pelik. Suami bantu dapatkan apa yang saya ...

TAHUN BARU 2025

 Alhamdulillah  Tahun baru 2025 kini tiba. Life update... 2024  Dapat pindah rumah baru (kuarters). Dapat travel untuk urusan kerja ke Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dengan kapal terbang. Dapat usahakan barangan rumah baru meja makan, katil, peti ais, mesin basuh,tv,kabinet tv, meja kopi. Dapat belajar stats tools yang baru Knime..belajar dengan rakan sekerja. 2025 Banyak lagi nak capai dalam hidup ini. Moga Allah berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas. Mudah-mudahan dapat rezeki zuriat soleh dan solehah nanti.. Seberapa jauh kita melangkah, segalanya mudah dengan izin Allah. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang. Alhamdulillah kita syukur nanti Allah tambahkan lagi.