Skip to main content

HARI INI DALAM SEJARAH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Terasa ringan tangan nak menulis lagi..

  Imbas kembali cuti seminggu midsem...what i have done..hmm
pada sabtu dan ahad spent time ngn family
tapi ahad petang balik USIM...coz ada latihan preparation utk debat arab persahabatan di CFSIIUM

  Alhamdulillah,berkesempatan utk menjejakkan kaki di Pusat Asasi UIA,Petaling Jaya pd ari isnin.Debat bermula pd pukul 8mlm.Bersyukur sgt sbb dpt tambah kenalan baru:Izzat,Hidayah,Afifah sbg pendebat yg mewakili CFSIIUM.Perdebatan diadakan di dewan kuliah pada 7April 2014.Usai perdebatan,kami bersama nikmati jamuan sebelum pulang ke rumah.Oleh sbb dh lewat mlm,so sy bermalam di umah kak Noor Azreen.Selasa pg barulah back to home sweet home in Shah Alam.

  hari2 berikutnya adalah sejarah..secara ringkas#conclusion

ok,quotes for today

KELMARIN~bukan milik kita lagi tapi akan diminta pertanggungjawab

HARI INI~masa yg sedang diamanahkan kpd kita,maka isi dan manfaatkan                    sebaik mungkin,agar ia jadi milik kita

MASA AKAN DATANG~belum kita miliki dan belum pasti kita milikinya.

"Mengapa aku masih dihidupkan lagi?"

Itulah soalan yg pernah ditanya kpd Imam Al-Ghazali

Imam Al-Ghazali pun berkata:" kerana Allah masih beri peluang utk bertaubat"

al kisah di kampus                                     
student:   sir,kenapa saya dari tadika sampai universiti belajar inggeris,tp tetap tak dpt                         kuasai?

sir:      itu sebab awk bkn belajar,tp awk melalui aktiviti pembelajaran sahaja.Jika awk                    benar2 belajar,pasti awk akn faham,dan mudah utk awak aplikasikan dalam                        perbualan.

#p/s:watak kisah ini tak termasuk saya



Renung-renungkan dan selamat memikirkan..

   YG penting segala-galanya bermula dgn niat..muhasabah diri kita semula sama ada niat kita belajar di universiti benar2 utk tambah ilmu mencari redo Allah atau sekadar bagi memenuhi tuntutan semasa seperti menurut kawan2 kita yg sambung belajar,kita pun sambung belajar jugak,Tajdid niat.(perbaharui niat kita)








Comments

Popular posts from this blog

BERGELAR PEGAWAI PERANGKAWAN

 Alhamdulillah. Saya terima peluang menjadi seorang pegawai Perangkawan atau lebih dikenali sebagai Statistician dalam bahasa Inggeris. Saya dapat belajar lebih banyak berkaitan analisis data apabila ditempatkan di DOSM Putrajaya. Terdapat data bulanan, suku tahunan dan data tahunan yang boleh menjadi rujukan pengguna serta orang awam. Hanya perlu layari laman sesawang DOSM dan dapatkan penerbitan berkaitan dengan banci serta survei yang dilaksanakan. Bergelar sebagai Perangkawan kena sentiasa bersedia untuk menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan program yang bertujuan memantapkan lagi pengetahuan serta kemahiran dalam diri. Saya baru sahaja selesai menghadirkan diri dalam Kursus Penganalisisan Data menggunakan SAS Programming. Kursus asas tersebut dijalankan di Institut Latihan Statistik Malaysia di Sungkai, Perak. Kebanyakan sesi latihan dan kursus akan diadakan di ILSM. Kursus telah berlangsung selama 2 hari. Ini adalah kali ketiga saya pergi ke ILSM.  Sebelum ini ada me...

KEPUTUSAN TEMUDUGA PEGAWAI PERANGKAWAN

Setelah sekian lama menanti, akhirnya saya menerima keputusan temuduga. Saya hadirkan diri ke pusat temuduga pada pertengahan bulan Julai 2020. Alhamdulillah keputusan keluar pada bulan Sept 2020. Keputusannya adalah...jeng3..saya tutup skrin laptop dengan tangan baca emel "bahagian pengambilan SPA". Saya baca perlahan-lahan dari atas ke bawah. Kemudian saya menangis T_T Keputusan Temuduga Pegawai Perangkawan menyatakan saya dapat jadi Calon Simpanan. Perasaan agak berbelah bagi sebab bergelar calon simpanan adalah menunjukkan anda tidak gagal interview akan tetapi anda belum berjaya diserap masuk. Oleh itu, saya redha jika memang ada rezeki pasti tak ke mana. Saya dapati di Jabatan Perangkaan ada kekosongan sempena Banci Penduduk dan Perumahan 2020, jadi saya mohon sebagai jawatan Pekerja Sambilan Harian. Gambar selfie di atas adalah kenangan bergelar PSH 2020. Pada 2 tahun yang lalu, di sinilah saya memulakan latihan industri. Cepat masa berlalu... S...

TAHUN BARU 2025

 Alhamdulillah  Tahun baru 2025 kini tiba. Life update... 2024  Dapat pindah rumah baru (kuarters). Dapat travel untuk urusan kerja ke Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dengan kapal terbang. Dapat usahakan barangan rumah baru meja makan, katil, peti ais, mesin basuh,tv,kabinet tv, meja kopi. Dapat belajar stats tools yang baru Knime..belajar dengan rakan sekerja. 2025 Banyak lagi nak capai dalam hidup ini. Moga Allah berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas. Mudah-mudahan dapat rezeki zuriat soleh dan solehah nanti.. Seberapa jauh kita melangkah, segalanya mudah dengan izin Allah. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang. Alhamdulillah kita syukur nanti Allah tambahkan lagi.