Skip to main content

Posts

TUSYEN MATEMATIK MALAM

Alhamdulillah Sejak awal Februari saya dapat peluang mengajar Ilham Fariz untuk subjek Matematik.Saya akan ke rumahnya pada waktu malam untuk sesi tusyen Math.Fariz akan ambil UPSR pada tahun ini.Jadi Kak Miza,sbg ibu ingin Fariz dapat skor markah terbaik untuk persediaan UPSR.Saya kenal Kak Miza di tempat praktikal. Ketika sedang buat aktiviti gotong royong di pejabat,Kak Miza bercerita prestasi Math Fariz.Pada waktu itu saya sukarela tawarkan diri untuk membantu Fariz tingkatkan markah Math.Dari situ lah permulaan saya mengenali Fariz.Saya kagum dengan semangat yang dia tunjukkan sewaktu belajar.Dia memang gigih mengira semasa buat latihan. Minggu depan dia akan menduduki satu lagi ujian.Saya sebagai tutor mendoakan yang terbaik untuk dia.Fariz anak sulung jadi bila dia dapat markah terbaik,adik adiknya iaitu Mukhriz dan Qalish pasti akan ikut jejak langkahnya. Seronok bila jadi tutor kita dapat eratkan hubungan dgn keluarga nya juga.Kak Miza pernah menghadiahkan saya sehela...

PELUANG CUMA DI DEPAN MATA

Alhamdulillah Memberi awak peluang untuk jadi sebahagian hidup saya adalah keputusan terbaik saya pernah buat. Awak ingatkan saya untuk tidak berfikiran terlampau jauh hingga merungsingkan diri sendiri.(overthinking) Betul,sangat2 betul bila kita overthinking kita jadi tak nampak dengan peluang yang ada di depan mata kita.Tiap yang berlaku ada hikmahnya.Kena selalu kuat dan fikir positif.Kita kena rasional bila berdepan situasi yang kita tak suka. Sebab boleh jadi apa yang kita tak suka itu adalah yang terbaik untuk diri kita. Saya runsing soal kerjaya. Tapi tulah benda di luar kawalan kita,kita tak perlu risau sangat.Bila dah buat yang terbaik pasti ada rezeki terbaik Allah sediakan.Sabar Aliya,Allah bersama orang yang sabar. Terima kasih awak!!!Sebab positifkan diri saya pagi ni.Mood swing betul pagi tadi.Now I feel better =)

REZEKI ADA DI MANA-MANA

ASSALAMUALAIKUM. Hari ini saya nak cerita saya dapat roti dan gula-gula percuma...Bayangkan zaman sekarang mana nak dapat benda percuma..Bila dapat tu namanya rezeki..>_^ Alkisahnya sebagai pelajar praktikal kita bukanlah dapat kerja selalu..Jadi bila tak dapat kerja,pandai-pandai lah bawa diri cari kerja.Saya pergi ke meja Puan Siti,maka beliau beri saya beberapa fail untuk disemak.Sambil itu dia bagi saya roti inti kacang..Macam tau2 je saya tengah lapar....See..when you are looking for a job to do,you will get a bread to eat.Haha. Pastu hari ini saya rehat dengan Kak Rehan dan Kak Yanti.Masing-masing sudah ada dua orang anak.Tapi lepak je dengan diorang sebab lagi best daripada makan sorang2.At least dapat input masa sembang sambil makan. Selesai rehat,saya berjumpa dengan Puan Umi,ketua pegawai untuk bahagian prosesan dan analisis.Sebelum ini,jawatan itu disandang oleh Encik Syed Shamsiee.Puan Umi ajarkan saya cara susun data dari borang ke dalam Microsoft Excel. Saya...

SENTIASA ADA DI SISI

Alhamdulillah Saya selamat daripada merempuh kereta kancil.Saya tidak menyedari bagaimana kereta kancil itu boleh wujud apabila saya ingin menukar lorong ke kiri. Sampai di tempat kerja..nafas masih tak seragam saya hembuskan..terngiang bunyi hon di pagi hari.Segera saya maklumkan kepada umi.Umi berpesan supaya lebih hati-hati selepas ini. Saya kongsi kan juga insiden itu dengan teman rapat saya.Dia berkata mungkin kereta itu di kedudukan blind spot.Sebab itu time bawa kete kena toleh jugak ke luar,dan tidak boleh berharap pada cermin sisi sahaja. Tenang sikit rasa gundah di hati bila masalah dapat dikongsi.Bersyukur saya dikurniakan teman rapat yang sudi mendengar. Masalah memang tidak wajar dipendam.Ia wajar dikongsi dan mencari solusi.Dan teman yang baik akan sentiasa memahami kerana itu sentiasa ada di sisi. Teman susah dan senang sukar dicari, Tiada pengganti, Sentiasa di sisi, Akan kujaga sepenuh hati.

MASA YANG TEPAT AKAN TIBA

Alhamdulillah Ada satu mesej masuk dalam peti messenger facebook saya. Tertera nama OMARMAYAPAPAMAMA Itu adalah akaun facebook En Hisham dan Prof Madya Dr Alina serta dua anak comelnya Omar dan Maya. Ada satu video dikirimkan kepada saya.Saya menonton video tersebut dengan perasaan cukup gembira kerana ianya sebuah video berbentuk motivasi dan inspirasi. Seorang pensyarah memberi ucapan kata alu-aluan kepada pelajar yang bakal menjalani pengajian di peringkat A-Level. Beliau bercerita selepas 2 tahun pengajian A-Level,anda boleh memilih universiti yang ingin dituju,kemudian 3 tahun anda akan habis belajar dan menyambung ijazah,selepas itu bermula lah kerjaya hidup anda,kemudian anda akan berkeluarga... Tiba-tiba ,seorang pemuda masuk ke dalam dewan.. "Anda tidak perlu khuatir tentang masa,ada yang graduasi pada umur 21 tetapi beroleh kerjaya di umur 27,ada pula yang graduasi pada umur 25 tetapi mendapat kerjaya di umur 26 tahun. Ada insan yang berkahwin tetapi b...

MEMBURU SEBUAH IMPIAN

Setelah sekian lama tidak menjenguk blog, Hari ini ingin saya kongsikan sebuah kisah menggapai impian. Si jejaka mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang pelukis komik.Berbekalkan bakat yang dia ada,dia pasti suatu hari nanti akan mencapai impian itu.Namun,dalam diam dia meminati si gadis yang berjaya mencuri hatinya.Impian tetap ingin dicapai dan cinta pun ingin dijaga. Si jejaka meluahkan perasaan dan si gadis bersedia menunggu hingga mereka berdua berjaya bersama dan mula mengorak langkah untuk menjalin hubungan lebih erat, Sementara cita-cita belum diraih,selagi itu mereka tidak punya masa untuk bercinta seperti pasangan lain bercinta. Cara mereka bahagia dengan sesuatu yang sederhana kerana mereka percaya impian itu lebih utama untuk diraih. Mashiro dan Miho berjanji setia hingga mereka bersama berjaya.Jarak bukan penghalang bagi mereka.Emel menjadi penghubung antara mereka untuk saling mengenali dan menyokong antara satu sama lain. Definisi cinta bagi mereka adala...

BERTEMU PENGUBAT RINDU

Alhamdulillah Sempat saya luangkan masa berjumpa dengan kesayangan saya di USIM.Sempena Pertandingan Debat Piala Naib Canselor 2018.Kali ini acara istimewa ditambah iaitu Majlis Makan Malam Apresiasi untuk warga Kelab Debat USIM. Setiba di TBS saya mengisi perut yang lapar dengan KFC dan sempat singgah ke Secret Recipe demi sepotong kek Indulgence.Hoho. Saya dapat bersua dengan teman yang sudah lama saya tak jumpa.Dia belanja saya makan kek.Terima kasih awak!!! >_< Saya dapat bertemu pula dengan kawan-kawan seperjuangan dalam debat Arab.Majlis makan malam itu hanyalah tempat kami berkumpul.Pada malam ada persiapan daripada pasukan Fakulti Sains dan Teknologi yang berjaya melayakkan diri ke pusingan semi-final keesokan hari.Jadi saya sertai latihan mereka bersama pembimbing mereka,Ain Hanani yang baru sahaja mendapat pencapaian pendebat terbaik di Pertandingan Debat anjuran UII Jogjakarta. I really proud of them.Their spirit is so excellent.Pasukan FST berjaya meraih ...