Skip to main content

Posts

BERGELAR 24 TAHUN

ALHAMDULILLAH Saya masih sihat walafiat untuk sambut hari kelahiran yang ke 24. Tahun ini diharapkan penuh dengan bahagia sebagaimana telah saya lewati duka.Permulaan yang bahagia ingin saya kongsikan di laman ini. Menjelang tarikh hari jadi saya pada 24 Februari,saya terima hadiah misteri dari Pos Laju Malaysia.Saya ingin tegaskan bahawa Pos Laju hanyalah pengantara si dia dan saya.>_< Cukup teruja saya ingin membuka bungkusan hadiah itu.Sejurus pulang ke rumah saya dapati bungkusan itu ada di ruang tamu.Saya capai bungkusan itu dan berlari riang ke bilik dan  bawa ia ke dalam dakapan. "Finally,it arrived!Thank you dear" Saya buka ada 2 hadiah dalam tu.Saya buka lagi rupanya 5 dalam satu...Hadiah pertama saya dapat sekotak set kerongsang dan jarum peniti dan hadiah kedua saya dapat set beg galas serta beg simpan alat mekap serta beg tangan. Dan tidak terduga saya akan dapat sekeping kad hari jadi. Tulisan tangan si dia benar buatkan saya cukup terharu ...

KEMBALI PULANG

ALHAMDULILLAH Saya KEMBALI PULANG dari sebuah harapan yang pernah lesu kini jadi sebuah sinar. Wahai belahan jiwaku (baca soulmate hehe) Kehadiran awak dalam hidup saya adalah amat bermakna.Saya takkan pernah meminta lebih dari diri awak.Cukup sekadar awak jadi diri awak sendiri.Perasaan cinta dalam diri saya yang saya kunci dulu kini terbuka luas menuju sinar kasih yang awak pamerkan. Berbekalkan restu orang tua kita dan doa kita yang tidak putus untuk terus berharap pada Allah mudah-mudahan menjadi asbab untuk kita bahagia bersama.Benar,janji Allah itu pasti...di sebalik kesusahan yang kita lalui pasti akan ada kesenangan. Awak akan jadi jawapan terindah pada setiap persoalan saya tentang jodoh. Saya akan jadi sang kekasih yang sabar dan setia. ps: ILYSM

ISTIMEWA FEBRUARI

Assalamualaikum Alhamdulillah bulan Feb 2018 istimewa kerana semalam Januari berlalu dengan fenomena alam iaitu gerhana bulan.Subhanallah...cantik sangat cahaya bulan yang sementara. Allah jadikan fenomena ini,bulan dan matahari berada di garisan yang sama.Maka,rugilah mereka yang sembah matahari dan bulan kerana kedua-duanya hanyalah makhluk Allah.Hebatnya Allah ciptakan fenomena ini memperlihatkan kekuasanNya yang mengatur urusan alam semesta.Seandainya matahari yang besar dan bulan yang indah itu boleh taat kepada perintah Allah,maka semestinya kita hamba yang kerdil kena taat kepada Allah. Syukur,Allah beri kekuatan kepada insan yang mendirikan solat sunat gerhana bulan semalam.Moga Allah himpunkan kita di syurga nanti. Saya dan sekeluarga berpeluang mendirikan solat sunat ini di masjid berhadapan Kuantan City Mall.Hidup kita singkat sahaja di dunia ini.Fenomena ini adalah satu kesempatan untuk kita tambahkan iman dalam diri.Usai jemaah solat.Kami dihidang dengan nasi lauk...

SELAMAT DATANG 2018

Assalamualaikum Alhamdulillah...syukur saya melalui awal tahun 2018 dengan baik. Pertama sekali,saya berjaya hantar hardbound thesis ke fakulti tersayang Fakulti Sains dan Teknologi USIM. Yeayyyyy! I did it! No,I should say We Did It!!!! Terima kasih kepada supervisor saya,Umi Abah saya dan teman-teman rapat saya yang kenal jatuh bangun hidup saya tapi masih setia menjadi seorang penyokong. Tahun 2018 bermula perjalanan hidup saya sebagai pelajar praktikal di Jabatan Perangkaan Malaysia Pahang yang terletak di bangunan Wisma Persekutuan.Hari ini baru masuk minggu kedua dan semestinya saya sentiasa menghitung waktu untuk menggenggam segulung ijazah sarjana muda.InshaAllah Saya dapat inspirasi dan motivasi daripada insan hebat yang saya kasihi. Ustaz Syafwan,jurulatih debat arab saya memberi beberapa mutiara kata buat saya bekalkan sebagai bakal graduan. Saya pergi ke pejabat beliau di Pusat Pengajian Teras.Mencari nama beliau di sebalik pintu staf...Haha pertama kali ...

TERBAIK DI TAHUN 2017

Hari ini hari terakhir 2017 Esok bakal menjemput tahun baru 2018. Apa yg terbaik bagi saya di tahun 2017 ini adalah bilamana saya memilih untuk tidak putus asa. Alhamdulillah Syukur pada Rabbi yang temukn hamba ini dgn seribu satu kekuatan bahawa orang yg tidak berputus asa itu sgt beruntung. Saya mahu coretkan yg paling akan saya kenang pada tahun 2017 adalah kisah tesis dan supervisor saya yg super penyabar,super motivate myself till I make this subject towards a complete one.(Belum hardbound lg..huhu) Okey first of all I would like to introduce him.My supervisor for thesis subject is Dr Arif Asraf b Mohd Yunus.Saya sebut nama beliau semasa present proposal defense dan juga thesis presentation.Some students just proceed the presentation without mention their sv name.Pada saya,tanpa bantuan beliau tesis saya tidak akn bermakna.Jadi saya sebut nama beliau dgn hati yg sgt bersyukur he helped me a lot through this thesis journey. Why thesis is tough subject for me??? Bco...

LUAH RASA SUSAH HARAPKAN DOA TABAH

ASSALAMUALAIKUM Saya call adik saya petang tadi.Nama dia Wan Nurliyana.Anak ketiga daripada lima adik beradik.Pada mulanya nak tanyakan khabar dia (baik kan kak long ni...hehe) sambil tu minta dia doakan saya.Rasa susah sebab apa yang saya lalui ni tak pernah saya terfikir yang saya kena lalui. Yana sebagai mantan pembimbing rakan sebaya kat sekolah dulu memang expert bab bagi motivasi.Dia cakap kat sekolah dulu memang ramai la jugak kawan-kawan luah masalah kat dia.Sekarang dia tahun satu pelajar UiTM Puncak Alam ambil bidang farmasi.Dalam adik-beradik dia paling genius sebab kuat tido tapi akademik mantap.Alhamdulillah kelebihan dia kat situ.Moga berjaya la jadi seorang ahli farmasi.Budak kuat homesick juga sama macam kak long dia.Haha Macam pelik je kan kakak minta nasihat adik.Huhu.Mujur la dia sudi mendengar.Ayat dia mudah je "Takpe Kakya, semua ni ada hikmah nanti" InshaAllah ada hikmahnya tapi seorang Leya belum nampak lagi hikmah tu.Bersangka baik pada Alla...

INSPIRASI DI SEBALIK TRAVEL

ASSALAMUALAIKUM Hari ni saya nak kongsikan kata-kata selepas saya tengok video di youtube tentang Datin Vivy Yusuf yang telah pergi ke Dubai. Wahhhh seronoknya,Dubai satu bandar yang cantik.Kereta mewah yang beliau naik nama Tesla perghhh sangat canggih bila pintu boleh buka ke atas.Ala-ala transformer tu.Saya antara peminat beliau.Saya mula mengikuti beliau melalui blog proudduck.Bisnes beliau semakin berkembang.Pada mulanya dengan tertubuh fashionvalet.com kemudian beliau hasilkan produk dengan jenama Duck.Siapa sangka kan jenama yang simple tapi impak yang sangat besar dalam industri keusahawanan. Saya sangat terinspirasi dengan beliau.Her passion towards fashion is a success.I like her adorable kids,Maryam and Danial.Mungkin bila kita dah mula sukakan seseorang maka segala yang berkaitan adalah suatu kesukaan juga.Saya suka cara beliau luangkan masa dengan keluarga dan kawan baik. Its amazing that we can share our passion and our happiness with people around us. Hmmmm.. ...