Skip to main content

LUAH RASA SUSAH HARAPKAN DOA TABAH

ASSALAMUALAIKUM

Saya call adik saya petang tadi.Nama dia Wan Nurliyana.Anak ketiga daripada lima adik beradik.Pada mulanya nak tanyakan khabar dia (baik kan kak long ni...hehe) sambil tu minta dia doakan saya.Rasa susah sebab apa yang saya lalui ni tak pernah saya terfikir yang saya kena lalui.

Yana sebagai mantan pembimbing rakan sebaya kat sekolah dulu memang expert bab bagi motivasi.Dia cakap kat sekolah dulu memang ramai la jugak kawan-kawan luah masalah kat dia.Sekarang dia tahun satu pelajar UiTM Puncak Alam ambil bidang farmasi.Dalam adik-beradik dia paling genius sebab kuat tido tapi akademik mantap.Alhamdulillah kelebihan dia kat situ.Moga berjaya la jadi seorang ahli farmasi.Budak kuat homesick juga sama macam kak long dia.Haha

Macam pelik je kan kakak minta nasihat adik.Huhu.Mujur la dia sudi mendengar.Ayat dia mudah je

"Takpe Kakya, semua ni ada hikmah nanti"

InshaAllah ada hikmahnya tapi seorang Leya belum nampak lagi hikmah tu.Bersangka baik pada Allah kerana Allah adalah sebagaimana persangkaan hambaNya.

Percaya pada diri,Leya!

Sebab hanya diri sendiri je yang mampu mengubah dan berubah ke arah lebih baik.Di mana ada kemahuan,di situ ada jalan.

Pilihan di tangan kita.Apabila dah tekad buat suatu pilihan maka kuatkan semangat jadikan pilihan itu adalah yang terbaik dalam hidup.

Ingat balik,suatu ketika dulu dikau seolah ingin lepaskan semua,dikau seolah bukan dirimu yang dulu penuh ceria.

Kembali..

Biar perlahan,bawa dirimu kembali,jadi ceria seperti dulu,jadi yang sentiasa gigih bersemangat,dan buktikan pada dunia,dikau kuat.

Dan realisasikan impian umi abah untuk lihat dikau bergraduasi.Allahumma Yassir wa la Tuassir.

Comments

Popular posts from this blog

BERGELAR PEGAWAI PERANGKAWAN

 Alhamdulillah. Saya terima peluang menjadi seorang pegawai Perangkawan atau lebih dikenali sebagai Statistician dalam bahasa Inggeris. Saya dapat belajar lebih banyak berkaitan analisis data apabila ditempatkan di DOSM Putrajaya. Terdapat data bulanan, suku tahunan dan data tahunan yang boleh menjadi rujukan pengguna serta orang awam. Hanya perlu layari laman sesawang DOSM dan dapatkan penerbitan berkaitan dengan banci serta survei yang dilaksanakan. Bergelar sebagai Perangkawan kena sentiasa bersedia untuk menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan program yang bertujuan memantapkan lagi pengetahuan serta kemahiran dalam diri. Saya baru sahaja selesai menghadirkan diri dalam Kursus Penganalisisan Data menggunakan SAS Programming. Kursus asas tersebut dijalankan di Institut Latihan Statistik Malaysia di Sungkai, Perak. Kebanyakan sesi latihan dan kursus akan diadakan di ILSM. Kursus telah berlangsung selama 2 hari. Ini adalah kali ketiga saya pergi ke ILSM.  Sebelum ini ada me...

KEPUTUSAN TEMUDUGA PEGAWAI PERANGKAWAN

Setelah sekian lama menanti, akhirnya saya menerima keputusan temuduga. Saya hadirkan diri ke pusat temuduga pada pertengahan bulan Julai 2020. Alhamdulillah keputusan keluar pada bulan Sept 2020. Keputusannya adalah...jeng3..saya tutup skrin laptop dengan tangan baca emel "bahagian pengambilan SPA". Saya baca perlahan-lahan dari atas ke bawah. Kemudian saya menangis T_T Keputusan Temuduga Pegawai Perangkawan menyatakan saya dapat jadi Calon Simpanan. Perasaan agak berbelah bagi sebab bergelar calon simpanan adalah menunjukkan anda tidak gagal interview akan tetapi anda belum berjaya diserap masuk. Oleh itu, saya redha jika memang ada rezeki pasti tak ke mana. Saya dapati di Jabatan Perangkaan ada kekosongan sempena Banci Penduduk dan Perumahan 2020, jadi saya mohon sebagai jawatan Pekerja Sambilan Harian. Gambar selfie di atas adalah kenangan bergelar PSH 2020. Pada 2 tahun yang lalu, di sinilah saya memulakan latihan industri. Cepat masa berlalu... S...

TAHUN BARU 2025

 Alhamdulillah  Tahun baru 2025 kini tiba. Life update... 2024  Dapat pindah rumah baru (kuarters). Dapat travel untuk urusan kerja ke Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dengan kapal terbang. Dapat usahakan barangan rumah baru meja makan, katil, peti ais, mesin basuh,tv,kabinet tv, meja kopi. Dapat belajar stats tools yang baru Knime..belajar dengan rakan sekerja. 2025 Banyak lagi nak capai dalam hidup ini. Moga Allah berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas. Mudah-mudahan dapat rezeki zuriat soleh dan solehah nanti.. Seberapa jauh kita melangkah, segalanya mudah dengan izin Allah. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang. Alhamdulillah kita syukur nanti Allah tambahkan lagi.