Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2021

Susu Kurma Homemade

Alhamdulillah sudah memasuki hari ke sepuluh Ramadan. Sukacita ingin saya kongsikan susu kurma yang telah dibuat sebab teringin nak rasa haha. Homemade is cool =) Jam dah nak pukul 7pm baru nak buat susu kurma hehe  Tadaaaaa..dah siap. Susu Kurma Homemade  Caranya: Rendam 5 biji kurma dalam air panas selama 10 minit. Masukkan secawan susu ke dalam blender. Masukkan kurma yg telah direndam tadi bsama air rendaman ke dalam blender juga. Masukkan 2 sudu madu (Klu nk kurangkn manis sesudu pun cukup dah). Then blend. Then letak dalam peti ais. Atau terus masukkan ais untuk dihidang. Sedap gaisss mcm susu kurma yg jual kat kedai. Selamat mencuba! 

HADIAH RAMADAN 2021

Alhamdulillah  Tiba lagi di bulan Ramadan yg mulia dan penuh keberkatan. Sebelum menjelang Ramadan, seperti biasa saya sering doa mohon "Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadan" Di hati terselit juga sempat kah aku nak berpuasa, ada hamba Allah sebahagian telah pulang ke alam sana. Dalam meminta berasa kerdilnya aku ini, segan pun ada sebab banyak nikmat Allah dah bagi tak terhitung. Namun,  saya sedar bahawa bekalan amalan perlu ditambah lagi. Semua orang beriman pasti impikan sebaik-baik tempat kembali iaitu syurga =) Hari ini saya ada terima hadiah daripada pengirim misteri. Saya dapat mesej ada barang Poslaju akan poskan. Saya dah pelik sebab tidak ada order barang dari Wangsa Maju. Dalam hati tak terbayang siapa yg bagi... Sekali ada kad dlm kotak hadiah ituuuu  Rupanya Aina Wani my bff yg bagiii... I am sooo happy >_< Terima kasih sahabatku. Moga dikau sentiasa dimurahkan rezeki. Sentiasa dlm jagaan Allah. Moga ...

PERKONGSIAN OLEH DATA ANALYST

Baru-baru ini saya ada sertai perkongsian santai oleh seorang Data Analyst melalui aplikasi Google Meet. Specifically on 2nd Apr, 9.00pm. Nice time coz next day is weekend. =) Perkongsian santai secara online ini dianjurkan oleh Encik Faiz Fablillah. Saya dapat tahu program ini melalui laman twitter beliau.  Tajuk perkongsian adalah berkenaan Data Science. Data Analyst yang dijemput merupakan kenalan Encik Faiz jugak iaitu Puan Rawaida Kamaruddin. Masing2 merupakan staf di syarikat Petronas dan mempunyai pengalaman sambung master di luar negara. Puan Rawaida kongsikan setiap syarikat memerlukan analisis data bergantung juga kepada tahap penerimaan syarikat tersebut. Ada sesetengah syarikat memang ada sistem sendiri untuk pengurusan data, ada juga yang memerlukan kemahiran lebih mendalam serta ada pula yang cukup sekadar analisis biasa sahaja jika syarikat itu kecil. Start with small. Mulakan dari yang asas dulu kata Puan Rawaida. Kita boleh belajar dari internet. Cuba praktis anali...

MULA KERJA BARU

Alhamdulillah  Rezeki dapat mula kerja baru pada hujung bulan Mac 2021. Saya ingin kongsikan pengalaman mohon kerja melalui laman web Jobstreet.  Saya lampirkan resume terkini pada laman web tersebut. Maka mudah untuk pihak majikan semak latar belakang kita. Pastikan resume dikemaskini mengikut kelayakan dan pengalaman terbaru yang ada. Letak kemahiran yang kita ada supaya jadi nilai tambah dalam resume.  Selepas kita memohon jawatan, pada laman web Jobstreet kita boleh semak status permohonan.  Saya telah mohon jawatan ini pada pertengahan Feb 2021. Sebanyak 3 kali rupanya pihak majikan dah view profil saya masa tu dalam hati doa moga ada peluang nak terpilih untuk dapat temuduga. Syukur...Alhamdulillah dapat panggilan telefon pada 22 Feb 2021. Pihak Human Resources ada bertanya beberapa soalan secara ringkas. Saya dipanggil untuk temuduga melalui zoom online keesokan harinya. Sesi temuduga dengan pengurus.  Pada mulanya saya...