Skip to main content

JEJAK KAKI DI TURKI








                                              
Antara tempat untuk dapatkan manisan, dan ole2 di Silk Market.Gambar diambil oleh Orang Turki yang jaga kedai.Mesti dia dah biasa tolong ambil gambar.



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda yang membaca blog saya.

Penulisan kali ini adalah kisah tentang perjalanan saya menjejakkan kaki ke Turki. Negara yang terkenal dengan sejarah dan bentuk muka buminya. Istanbul aku datangggggg! =)




Setiba di Lapangan terbang Istanbul, inilah bas yang sambut kedatangan saya dan kumpulan pelancong dari Poto Travel & Tours.


Pagi yang indah di Istanbul.Matahari baru nak naik


Tempat pertama dikunjungi adalah Camlica Hill.

Bukit yang berlatar belakang pemandangan Kota Istanbul dan Laut Bhosphorus


Masa saya pergi ini hujung Disember 2019 dan cuaca di Camlica Hill sama macam Cameron Highland jer.Hehe



Perjalanan saya ke Turki dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur KLIA mengambil masa selama 10 jam. Penerbangan dengan Turkish Airline adalah direct flight tanpa hentian transit. Waktu berlepas ke Turki memang tidak lena tidur tapi sewaktu pulang ke tanah air ,tidur lena yang amat.Haha penat berjalan travel.


Kali pertama jumpa saljiiiii..Alhamdulillah nikmat yang amat dihargai.Ini adalah kawasan Uludag Mountain.Waktu kami pergi ke Turki, ini adalah satu-satunya tempat yang sudah bersalji.


Shopping Mall di atas Hotel Isfanbul. Muka teruja dapat jumpa mall. Tapi saya bukan kaki shopping.


Suasana dalam Green Mosque. Nama masjid ini bersempena hiasan dalaman yang bertemakan warna hijau. Kami singgah solat di sini. Di luar kawasan masjid ada tandas untuk berwuduk dan bersihkan diri.Musim sejuk itu memang asyik rasa nak ke tandas je.



Mengembara menyeronokkan bila kita boleh terbang ke luar negara. Ini adalah gambar dari sudut jendela Turkish Airlines.


Mr Timucin ,di tengah2 adalah tourist guide kami di Turki dan sebelahnya adalah pemandu bas kami. Mr Tim sangat berdedikasi dalam menerangkan sejarah Turki sepanjang perjalanan.


Guess whattt..I found bookstore at mall on Isfanbul Hotel. Tetapi banyak buku in Turkish.Jadi saya hanya cuci mata je.Bila balik Malaysia..Hmmm knp la sis tak beli satu...boleh buat kenangan.


Bendera Turki berkibar di merata tempat.Sebenarnya masa dah jejak kaki sana rasa tak percaya pun ada.Tak pernah berangan nak sampai Turki cuma ya lah tempat idaman jugak.Alhamdulillah rezeki ku. Ini memori di Konya depan kawasan Muzium Jalaluddin Rumi. Konya adalah tempat yang moden. Ada trem ada binaan yang wow amazing.Rasa tak puas lagi travel di Konya.


Cantik kan..Indahnya masjid yang dibina selepas penguasaan Kota Constantinople oleh Sultan Muhammad Al Fatih. Pada asalnya bangunan ini adalah gereja, kemudian dijadikan masjid selepas sebaik- baik pemimpin yang berjaya takluki Kota ini. Terasa aura beliau dalam merealisasikan satu hadis Nabi Muhammad bahawa suatu hari Kota Constantinople akan dikuasai umat Islam. Kini masjid Sultan Al Fatih dijadikan muzium.Seni bina asal bertemakan gereja juga dapat dilihat pada masjid ini.


Underground City of Saratli. Kawasan bawah tanah persis gua yang jadi tempat persembunyian orang Kristian dari ditindas. Masa ini saya bergambar di luar sebelum masuk gua. Kena daki ke atas dulu dan bersiap sedia fizikal mental sebelum masuk ke bawah tanah yang agak sempit.


Bhosphorus Cruise mesti dicuba supaya dapat nikmati keindahan lautan yang jadi penghubung negara Turki dan negara Eropah. Kenangan saya bersama ahli kumpulan pelancong.


Ini lah muzim Jalaluddin Rumi dari belah hadapan.Ada simbol Konya di situ untuk kenangan.


Pada hari terakhir, Mr Tim tidak dapat bersama kami. Ada sahabat beliau yang menjalankan tugas sebagai Tourist Guide. Ini adalah ruangan hadapan Topkapi Palace. Di sinilah kerajaan Uthmaniyyah mentadbir negara.

Berikut adalah makanan hidangan Turki yang kami nikmati semasa travel. Kebanyakan berkonsepkan kebab.
















Ini pula kawasan kolam air panas tasik bertingkat di Pamukkale.Namun sayangnya waktu kami tiba cuaca hujan dan berkabus tebal.Jadi tak dapat panorama cantik.


Ini pula hiasan dalaman Ulu Mosque yang ada 20 kubah.Banyak kan...sebab sejarah Sultan menang perang dan bernazar bina 20 masjid jika menang.Tapi ada pandangan yang mengatakan lebih baik cukup sekadar bina satu masjid tapi 20 kubah ikut kemampuan pada ketika itu. 



Tulisan kaligrafi terbalik itu sebenarnya menggambarkan kehidupan ini yang sentiasa berpusing.Macam tarian ahli sufi kan berpusing-pusing. Mr Tim terangkan serba sedikit tentang seni bina dalam masjid.

Sekian sahaja coretan saya di negara Turki. Kami tiba juga di Cappadocia tapi angin bertiup kuat jadi belon udara panas tak boleh nak naik.

Jadi boleh repeat lagi la travel ke Turki.Sebab tempat ini sangat best dan muslim friendly.InshaAllah ada rezeki Istanbul Ku Datang Lagi <3

Comments

Popular posts from this blog

BERGELAR PEGAWAI PERANGKAWAN

 Alhamdulillah. Saya terima peluang menjadi seorang pegawai Perangkawan atau lebih dikenali sebagai Statistician dalam bahasa Inggeris. Saya dapat belajar lebih banyak berkaitan analisis data apabila ditempatkan di DOSM Putrajaya. Terdapat data bulanan, suku tahunan dan data tahunan yang boleh menjadi rujukan pengguna serta orang awam. Hanya perlu layari laman sesawang DOSM dan dapatkan penerbitan berkaitan dengan banci serta survei yang dilaksanakan. Bergelar sebagai Perangkawan kena sentiasa bersedia untuk menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan program yang bertujuan memantapkan lagi pengetahuan serta kemahiran dalam diri. Saya baru sahaja selesai menghadirkan diri dalam Kursus Penganalisisan Data menggunakan SAS Programming. Kursus asas tersebut dijalankan di Institut Latihan Statistik Malaysia di Sungkai, Perak. Kebanyakan sesi latihan dan kursus akan diadakan di ILSM. Kursus telah berlangsung selama 2 hari. Ini adalah kali ketiga saya pergi ke ILSM.  Sebelum ini ada me...

KEPUTUSAN TEMUDUGA PEGAWAI PERANGKAWAN

Setelah sekian lama menanti, akhirnya saya menerima keputusan temuduga. Saya hadirkan diri ke pusat temuduga pada pertengahan bulan Julai 2020. Alhamdulillah keputusan keluar pada bulan Sept 2020. Keputusannya adalah...jeng3..saya tutup skrin laptop dengan tangan baca emel "bahagian pengambilan SPA". Saya baca perlahan-lahan dari atas ke bawah. Kemudian saya menangis T_T Keputusan Temuduga Pegawai Perangkawan menyatakan saya dapat jadi Calon Simpanan. Perasaan agak berbelah bagi sebab bergelar calon simpanan adalah menunjukkan anda tidak gagal interview akan tetapi anda belum berjaya diserap masuk. Oleh itu, saya redha jika memang ada rezeki pasti tak ke mana. Saya dapati di Jabatan Perangkaan ada kekosongan sempena Banci Penduduk dan Perumahan 2020, jadi saya mohon sebagai jawatan Pekerja Sambilan Harian. Gambar selfie di atas adalah kenangan bergelar PSH 2020. Pada 2 tahun yang lalu, di sinilah saya memulakan latihan industri. Cepat masa berlalu... S...

TAHUN BARU 2025

 Alhamdulillah  Tahun baru 2025 kini tiba. Life update... 2024  Dapat pindah rumah baru (kuarters). Dapat travel untuk urusan kerja ke Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dengan kapal terbang. Dapat usahakan barangan rumah baru meja makan, katil, peti ais, mesin basuh,tv,kabinet tv, meja kopi. Dapat belajar stats tools yang baru Knime..belajar dengan rakan sekerja. 2025 Banyak lagi nak capai dalam hidup ini. Moga Allah berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas. Mudah-mudahan dapat rezeki zuriat soleh dan solehah nanti.. Seberapa jauh kita melangkah, segalanya mudah dengan izin Allah. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang. Alhamdulillah kita syukur nanti Allah tambahkan lagi.