Skip to main content

TERUSKAN JATUH CINTA

Tajuk tulisan bukan main lagi jiwang kan =P

Teruskan jatuh cinta..

Jatuh cinta ini adalah perbuatan yang melibatkan perasaan dua insan

Jadi untuk terus jatuh cinta kenalah ada usaha kan...

Sepanjang kuarantin ni saya cuba habiskan buku tajuk The 40 Rules of Love by Elif Shafak. Buku ini mengisahkan kasih sepasang sahabat Rumi dan Shams. Saya dulu ingatkan Shams ni perempuan tapi rupanya lelaki. Beliau inspirasi puisi Jalaluddin Rumi. Elif Shafak adalah penulis Turki yang terkenal tau.

Dalam novel itu juga terselit kisah seorang suri rumah yang umur 40 tahun struggle dengan rumah tangga. Dia ada keluarga lengkap tapi jiwa rasa tak bahagia. Suami dia tidak lagi tunjukkan kasih sayang. Padahal sebagai isteri dia masih mahu dicintai.

Best novel tu..saya ada 40 muka surat lagi nak habiskan.

Kisah rumah tangga ini misteri kan. Allah jaga jodoh kita penuh rahsia supaya kita usaha doa moga dapat jodoh terbaik. Bermula dengan cinta dan di pertengahan bahtera rumah tangga akan ada gelora pasang surut dugaan kisah suka duka. Kita takkan tahu pengakhiran rumah tangga sebab macam2 kisah dengar sekarang.

Takut yer gaiss risau pun ada..

Kat media sosial viral kes bercinta dah lama pastu kejap je putus tunang.

Berkahwin dah lama pastu kejap je dah cerai.

Anak dah ramai tapi timbul isu nak bercerai.

Ada yang betul2 hayati pengorbanan pasangan masing2..

Isteri terlibat dengan urusan hospital kes Covid19, suami mithali urus anak dan rumah

Isteri meninggal dunia,  suami update facebook anak2 yang masih kecil baik2 sahaja dia jaga. Dan hari2 tersenyum kuat demi anak2 serta sentiasa doakan arwah isteri di alam sana.

Saya yang masih bertatih membina diri sendiri juga berharap agar dapat saya jaga hubungan dengan kekasih hati saya my Special1.

Hari ini saya text dia quote anime.


Saya percaya setiap manusia tiada yang sempurna.

Tapi sedaya upaya kena cuba untuk jaga hubungan.

Sukar hubungan cinta jarak jauh ini sebenarnya. Namun bila saya percaya dia dan dia pun percaya saya, jadi kita teruskan jatuh cinta >_<

6 bulan sudah bertunang. Moga baik2 sahaja hubungan ini.

Kawan saya pernah tanya Aliya dating kat mana?  Kali terakhir di Airport yer.. Bukan biashe2 haha .Special1 baru balik dari Sharjah.Negara yang hampir Dubai.Masa Jan jumpa..sebelum tu Special1 jemput saya di Airport juga Dec sebab saya baru balik dari Turki. Dulu pernah la berangan feeling ada jumpa kekasih kat KLIA.. Now dah happened wow dreams come true.

Ada rezeki kita jumpa lagi tau dear =D


Comments

Popular posts from this blog

KAKI TERSELIUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Hari ni saya nak kongsi pengalaman sukar yang saya lalui apabila terseliuh kaki. Hmmm...tak pernah pun terseliuh sebelum ni.Kali pertama dalam sejarah hidup Allah bg saya rasa macam mana sukarnya apabila berjalan dgn satu kaki. Di keheningan malam Sabtu,saya tak perasan lantai kafe KKNC tak rata.Saya hampir terjatuh..mujur ada Kak Kemo yg sedang berjln di hadapan saya.Tangan saya sempat bertahan pada badan Kak Kemo.Masa tu masih boleh berjalan sbb nak order makanan kt kaunter kafe.Akan tetapi pabila balik hostel iaitu KK1 mmg kaki saya tak boleh gerak langsung...Terasa otot di kaki merajuk dan taknak gerak.Gerak sikit terasa sakit dan berat kaki. Jap..sblum saya smbg cerita..sebenarnya mlm tu saya kt KKNC utk latih adik2 tamhidi sbg persediaan mereka utk debat wuddiyah@persahabatan di KISAS pada keesokan hari,Ahad@6Mac. Maka disebabkan insiden terseliuh,saya tak dpt ke KISAS.tiada jodoh kita..huhu.. Okey sambung balik story td..masa balik hostel sy memang...

KEPUTUSAN TEMUDUGA PEGAWAI PERANGKAWAN

Setelah sekian lama menanti, akhirnya saya menerima keputusan temuduga. Saya hadirkan diri ke pusat temuduga pada pertengahan bulan Julai 2020. Alhamdulillah keputusan keluar pada bulan Sept 2020. Keputusannya adalah...jeng3..saya tutup skrin laptop dengan tangan baca emel "bahagian pengambilan SPA". Saya baca perlahan-lahan dari atas ke bawah. Kemudian saya menangis T_T Keputusan Temuduga Pegawai Perangkawan menyatakan saya dapat jadi Calon Simpanan. Perasaan agak berbelah bagi sebab bergelar calon simpanan adalah menunjukkan anda tidak gagal interview akan tetapi anda belum berjaya diserap masuk. Oleh itu, saya redha jika memang ada rezeki pasti tak ke mana. Saya dapati di Jabatan Perangkaan ada kekosongan sempena Banci Penduduk dan Perumahan 2020, jadi saya mohon sebagai jawatan Pekerja Sambilan Harian. Gambar selfie di atas adalah kenangan bergelar PSH 2020. Pada 2 tahun yang lalu, di sinilah saya memulakan latihan industri. Cepat masa berlalu... S...

TAHUN BARU 2025

 Alhamdulillah  Tahun baru 2025 kini tiba. Life update... 2024  Dapat pindah rumah baru (kuarters). Dapat travel untuk urusan kerja ke Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dengan kapal terbang. Dapat usahakan barangan rumah baru meja makan, katil, peti ais, mesin basuh,tv,kabinet tv, meja kopi. Dapat belajar stats tools yang baru Knime..belajar dengan rakan sekerja. 2025 Banyak lagi nak capai dalam hidup ini. Moga Allah berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas. Mudah-mudahan dapat rezeki zuriat soleh dan solehah nanti.. Seberapa jauh kita melangkah, segalanya mudah dengan izin Allah. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang. Alhamdulillah kita syukur nanti Allah tambahkan lagi.