Skip to main content

CORONA VIRUS YANG MENGANCAM NYAWA

Assalamualaikum

Lama tak berkarya di laman blog

Kali ini bukan masa yang jadi penghalang
Tapi mood nak menulis yillek. Haha

So kita kena cantas mood itu supaya kita rajin menulis dan kongsi pengalaman hidup.

Alhamdulillah saya baik2 sahaja #stayAtHome #staySafe

Begitulah hash tag yang popular sekarang sebab satu dunia kini ditimpa wabak Corona Virus. Wabak yang merebak melalui sentuhan. Wabak yang mula berlaku di China. Pada mulanya ingatkan Malaysia terselamat tetapi benda merebak ini memang cepat berleluasa bila orang pandang remeh. Puncanya ada orang yang kena positif kerana pergerakan keluar negara dan telah menjangkiti orang sekeliling.

Berikut adalah statistik terkini kes wabak Corona Virus yang juga dikenali penyakit Covid19.


Dahsyatkan bila tengok kes keseluruhan terkini dah mencecah 2766.

Hari ini merupakan hari terakhir fasa pertama perintah kawalan pergerakan iaitu hari ke14. Lagi berbaki 14 hari gaiss..

Sehingga 14 Apr 2020.Moga kes ini makin reda..

Banyak kesan akibat daripada penyakit ini kepada ekonomi rakyat.

Lebih-lebih lagi berlaku kadar pengangguran yang tinggi.

Dukacita dimaklumkan saya sudah terima notis pemberhentian kerja. Saya terima notis ini awal lagi sebelum kerajaan isytihar kawalan pergerakan. Saya terima mungkin rezeki saya sebagai ejen travel sudah di penghujung. Saya ada back up plan dengan jemputan temuduga yang sepatutnya pada hari ini 31 Mac 2020 dan kerana isu virus sesi temuduga pun ditangguhkan ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian...

Sabar jela..

Allah uji untuk masa ini sebab nak didik hamba jadi sabar

Mungkin juga di masa kuarantin ni adalah peluang Allah nak bagi untuk baiki diri kita dan muhasabah diri dan banyakkan amal.

Bayangkan yer kalau sah positif covid19 tu kena kuarantin kat hospital.Bertabahlah mereka...pastu kan yang kena sakit tu klu imuniti tak kuat ada tempoh 14 hari je untuk hidup..

Pintu taubat Allah sentiasa terbuka..igt tau

Sesungguhnya saya xberapa gemar duk dalam rumah ni

Tapi demi keselamatan kenalah bertabah ye kawan2..

Aktiviti saya baca buku, kacau aris main game, masak2, kemas bilik ,tgk tv dan ulang sampai tido.

Untuk menambahkan kelainan saya cuba benda viral dalam hidup ini haha..contohnya main filter instagram, main Plato ,buat dalgona coffee dan macam2 lagi.

Moga Malaysia cepat pulih

aamiinn

#staySafe
#keepPraying

Comments

Popular posts from this blog

KAKI TERSELIUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Hari ni saya nak kongsi pengalaman sukar yang saya lalui apabila terseliuh kaki. Hmmm...tak pernah pun terseliuh sebelum ni.Kali pertama dalam sejarah hidup Allah bg saya rasa macam mana sukarnya apabila berjalan dgn satu kaki. Di keheningan malam Sabtu,saya tak perasan lantai kafe KKNC tak rata.Saya hampir terjatuh..mujur ada Kak Kemo yg sedang berjln di hadapan saya.Tangan saya sempat bertahan pada badan Kak Kemo.Masa tu masih boleh berjalan sbb nak order makanan kt kaunter kafe.Akan tetapi pabila balik hostel iaitu KK1 mmg kaki saya tak boleh gerak langsung...Terasa otot di kaki merajuk dan taknak gerak.Gerak sikit terasa sakit dan berat kaki. Jap..sblum saya smbg cerita..sebenarnya mlm tu saya kt KKNC utk latih adik2 tamhidi sbg persediaan mereka utk debat wuddiyah@persahabatan di KISAS pada keesokan hari,Ahad@6Mac. Maka disebabkan insiden terseliuh,saya tak dpt ke KISAS.tiada jodoh kita..huhu.. Okey sambung balik story td..masa balik hostel sy memang...

BABY ON THE WAY

 Alhamdulillah  Impian setiap pasangan inginkan zuriat. Zuriat yang soleh dan solehah menjadi harapan ibu bapa kerana bila sudah meninggal dunia semua amalan terputus kecuali antaranya amalan doa dari anak yang soleh dan solehah. Segala puji bagi Allah. Setelah doa dipanjatkan tanpa jemu, saya dan suami menerima khabar positif pada bulan Mac 2025. Doktor sahkan saya mengandung.  Rasa macam tak percaya pun ada setelah berkali-kali cuba alat pengesan kehamilan, selama ini satu garis je detect, kali ini terus dua garis. Saya dapat tahu je naik dua garis terus ajak suami ke klinik untuk scan pengesahan. Doktor check memang betul dah ada kantung. Subhanallah. Dalam keadaan tak terduga, tapi saya yakin masa yang tepat Allah hadirkan bakal cahaya mata buat saya dan suami. Semoga baby akan menjadi penyejuk mata kami. Alahan muntah saya alami pada waktu malam. Baby tahu saya sibuk bekerja siang hari hahaha...Setakat ini tiada craving yang pelik. Suami bantu dapatkan apa yang saya ...

TAHUN BARU 2025

 Alhamdulillah  Tahun baru 2025 kini tiba. Life update... 2024  Dapat pindah rumah baru (kuarters). Dapat travel untuk urusan kerja ke Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dengan kapal terbang. Dapat usahakan barangan rumah baru meja makan, katil, peti ais, mesin basuh,tv,kabinet tv, meja kopi. Dapat belajar stats tools yang baru Knime..belajar dengan rakan sekerja. 2025 Banyak lagi nak capai dalam hidup ini. Moga Allah berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas. Mudah-mudahan dapat rezeki zuriat soleh dan solehah nanti.. Seberapa jauh kita melangkah, segalanya mudah dengan izin Allah. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang. Alhamdulillah kita syukur nanti Allah tambahkan lagi.