Skip to main content

JADI DIRI SENDIRI

Selepas beberapa tahun lalui alam kampus, saya sedar bahawa jadi diri sendiri itu penting.Diamkan dan biar diri terluka pilihan yang ada.Atau pun luah kan bersuara dan meskipun pahit namun hakikatnya kita sedang menjadi diri sendiri.

Orang sekeliling yang boleh terima kita seadanya sewaktu kita jadi diri sendiri mesti disimpan. Orang yang tidak suka cara kita jadi diri sendiri hendaklah dijauhi.

Saya belajar antara kesilapan yang saya pnh buat adalah saya diam kan diri dan tak pernah luahkan apa yang saya rasa.Akibatnya saya sendiri kecewa dan masa lalu tak dapat diuundur.

Masalah semakin lama dipendam akan semakin parah. Thats why skrg sy lebih suka if anything problem so settle as soon as possible.Semakin lama diam jadi semakin byk kemungkinan kecewa.

Salah kah saya jadi diri sendiri..
Saya pun manusia biasa..
Penuh perasaan tertanya dan iri hati..
Maka izinkan saya bersuara..

Komunikasi cara terbaik yang wajar apabila berlaku masalah. Dan masalah itu boleh jadi kecil di pihak seseorang tapi sangat besar bagi pihak yang lain. Perspektif setiap manusia tak sama.Jadi jika sudah berumahtangga saya sgt berharap komunikasi satu cara yang akan digunapakai. Dan komunikasi bukan untuk tentukan siapa salah dan siapa betul. Ia adalah cara untuk jelaskan keadaan. Dan komunikasi harus berhenti apabila dua pihak telah sepakat dengan satu pernyataan.Bukan meletakkan noktah apabila pihak yang lain belum habis bersuara.

Penat kan hidup dengan orang yang banyak cakap.Tapi kalau orang tu ckp sbb prihatin sbb nak bg fahami isi hati sbb nak cuba toleransi sbb nak jaga masa depan yg cuba dirangka..penat tu berbaloi.

Balik keje saya pun penat. Tapi esok2 kalau ada anak takkan nak suruh anak diam bila dia tgh excited curious tentang hari yang dia lalui..

"Yes, darling continue your story.."

"Are u happy .."

"I am glad u r being honest with me about your feeling "

"I am happy u tell me instead of write on media social.."

"Make me important always plish..
"

Comments

Popular posts from this blog

BABY ON THE WAY

 Alhamdulillah  Impian setiap pasangan inginkan zuriat. Zuriat yang soleh dan solehah menjadi harapan ibu bapa kerana bila sudah meninggal dunia semua amalan terputus kecuali antaranya amalan doa dari anak yang soleh dan solehah. Segala puji bagi Allah. Setelah doa dipanjatkan tanpa jemu, saya dan suami menerima khabar positif pada bulan Mac 2025. Doktor sahkan saya mengandung.  Rasa macam tak percaya pun ada setelah berkali-kali cuba alat pengesan kehamilan, selama ini satu garis je detect, kali ini terus dua garis. Saya dapat tahu je naik dua garis terus ajak suami ke klinik untuk scan pengesahan. Doktor check memang betul dah ada kantung. Subhanallah. Dalam keadaan tak terduga, tapi saya yakin masa yang tepat Allah hadirkan bakal cahaya mata buat saya dan suami. Semoga baby akan menjadi penyejuk mata kami. Alahan muntah saya alami pada waktu malam. Baby tahu saya sibuk bekerja siang hari hahaha...Setakat ini tiada craving yang pelik. Suami bantu dapatkan apa yang saya ...

KAKI TERSELIUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Hari ni saya nak kongsi pengalaman sukar yang saya lalui apabila terseliuh kaki. Hmmm...tak pernah pun terseliuh sebelum ni.Kali pertama dalam sejarah hidup Allah bg saya rasa macam mana sukarnya apabila berjalan dgn satu kaki. Di keheningan malam Sabtu,saya tak perasan lantai kafe KKNC tak rata.Saya hampir terjatuh..mujur ada Kak Kemo yg sedang berjln di hadapan saya.Tangan saya sempat bertahan pada badan Kak Kemo.Masa tu masih boleh berjalan sbb nak order makanan kt kaunter kafe.Akan tetapi pabila balik hostel iaitu KK1 mmg kaki saya tak boleh gerak langsung...Terasa otot di kaki merajuk dan taknak gerak.Gerak sikit terasa sakit dan berat kaki. Jap..sblum saya smbg cerita..sebenarnya mlm tu saya kt KKNC utk latih adik2 tamhidi sbg persediaan mereka utk debat wuddiyah@persahabatan di KISAS pada keesokan hari,Ahad@6Mac. Maka disebabkan insiden terseliuh,saya tak dpt ke KISAS.tiada jodoh kita..huhu.. Okey sambung balik story td..masa balik hostel sy memang...

BERGELAR PEGAWAI PERANGKAWAN

 Alhamdulillah. Saya terima peluang menjadi seorang pegawai Perangkawan atau lebih dikenali sebagai Statistician dalam bahasa Inggeris. Saya dapat belajar lebih banyak berkaitan analisis data apabila ditempatkan di DOSM Putrajaya. Terdapat data bulanan, suku tahunan dan data tahunan yang boleh menjadi rujukan pengguna serta orang awam. Hanya perlu layari laman sesawang DOSM dan dapatkan penerbitan berkaitan dengan banci serta survei yang dilaksanakan. Bergelar sebagai Perangkawan kena sentiasa bersedia untuk menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan program yang bertujuan memantapkan lagi pengetahuan serta kemahiran dalam diri. Saya baru sahaja selesai menghadirkan diri dalam Kursus Penganalisisan Data menggunakan SAS Programming. Kursus asas tersebut dijalankan di Institut Latihan Statistik Malaysia di Sungkai, Perak. Kebanyakan sesi latihan dan kursus akan diadakan di ILSM. Kursus telah berlangsung selama 2 hari. Ini adalah kali ketiga saya pergi ke ILSM.  Sebelum ini ada me...