Skip to main content

PERASAAN YANG BERNAMA CINTA

Andai suka sama suka itu bererti cinta.Mudahnya definisi cinta.Seharusnya cinta membawa definisi yang lebih besar.Yang ada terselit makna untuk menghargai, untuk bertoleransi, untuk jujur, untuk memahami dan ikhlas terus setia.

Dalam melayari kehidupan suku abad ini, saya belajar untuk pengalaman suatu perasaan bernama cinta. Di bangku sekolah, sering diusik dengan lelaki yang suka kirim salam.Yang tak pernah lupa wish hari ulang tahun kelahiran.Sewaktu itu terlalu awal bagi saya untuk komitmen perasaan cinta.Ketika saya ingin membuka sedikit ruang hati, ternyata dia sudah punya orang lain di hati. Kecewa sekelumit terasa di hati.Kerna silap saya yang tidak pernah peduli.Tiada jodoh kita.

Di bangku sekolah juga, ada yang meluah rasa.Namun, persimpangan memasuki alam universiti dia memilih laluan belajar ke luar negara. Sepi tanpa khabar berita, saya kira diri saya sudah tiada tempat di hatinya.

Di alam universiti, saya mula sibukkan diri dengan kelab persatuan.Di sebalik kesibukan itu, mula menaruh perasaan pada si dia.Sekali lagi bertepuk sebelah tangan kerana selama ini hubungan adalah sekadar satu persahabatan di matanya.Tiada ruang untuk bergelar lebih dari seorang sahabat.

Teman sekeliling memujuk hati saya.Barangkali ada yg lebih baik menanti.Saya temui lagi insan yang saya rasa baik budi pekerti.Tetapi perkenalan terhenti lagi kerana dia tidak jujur.Dalam diam dia sudah punyai kekasih.Mujur harapan belum melangit tinggi.Move on and forget the past.

Masih dalam fasa mencari, saya buka lagi peluang untuk mengenali mana-mana lelaki yang sudi.Semua nya ketika itu takut berbicara soal kahwin.Itu adalah realiti.Bukankah setiap perkenalan hati budi itu pengakhirannya adalah dengan berkahwin??? Dalam fasa mencari cuba untuk move on drpd zmn crush.Tapi jika crush sudi menghulur kasih, pasti saya tidak memberi peluang pada yang lain.

Ketika fasa mencari itu, my Special1 showed his effort. Yeahhh effort is the prove I need.Thank you for memorable one year together.Moga perkenalan kita ini akan kita akhiri dengan ikatan pernikahan.Moga awak akn jd kekasih terawal dan akhir. ;)


Comments

Popular posts from this blog

KAKI TERSELIUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Hari ni saya nak kongsi pengalaman sukar yang saya lalui apabila terseliuh kaki. Hmmm...tak pernah pun terseliuh sebelum ni.Kali pertama dalam sejarah hidup Allah bg saya rasa macam mana sukarnya apabila berjalan dgn satu kaki. Di keheningan malam Sabtu,saya tak perasan lantai kafe KKNC tak rata.Saya hampir terjatuh..mujur ada Kak Kemo yg sedang berjln di hadapan saya.Tangan saya sempat bertahan pada badan Kak Kemo.Masa tu masih boleh berjalan sbb nak order makanan kt kaunter kafe.Akan tetapi pabila balik hostel iaitu KK1 mmg kaki saya tak boleh gerak langsung...Terasa otot di kaki merajuk dan taknak gerak.Gerak sikit terasa sakit dan berat kaki. Jap..sblum saya smbg cerita..sebenarnya mlm tu saya kt KKNC utk latih adik2 tamhidi sbg persediaan mereka utk debat wuddiyah@persahabatan di KISAS pada keesokan hari,Ahad@6Mac. Maka disebabkan insiden terseliuh,saya tak dpt ke KISAS.tiada jodoh kita..huhu.. Okey sambung balik story td..masa balik hostel sy memang...

BABY ON THE WAY

 Alhamdulillah  Impian setiap pasangan inginkan zuriat. Zuriat yang soleh dan solehah menjadi harapan ibu bapa kerana bila sudah meninggal dunia semua amalan terputus kecuali antaranya amalan doa dari anak yang soleh dan solehah. Segala puji bagi Allah. Setelah doa dipanjatkan tanpa jemu, saya dan suami menerima khabar positif pada bulan Mac 2025. Doktor sahkan saya mengandung.  Rasa macam tak percaya pun ada setelah berkali-kali cuba alat pengesan kehamilan, selama ini satu garis je detect, kali ini terus dua garis. Saya dapat tahu je naik dua garis terus ajak suami ke klinik untuk scan pengesahan. Doktor check memang betul dah ada kantung. Subhanallah. Dalam keadaan tak terduga, tapi saya yakin masa yang tepat Allah hadirkan bakal cahaya mata buat saya dan suami. Semoga baby akan menjadi penyejuk mata kami. Alahan muntah saya alami pada waktu malam. Baby tahu saya sibuk bekerja siang hari hahaha...Setakat ini tiada craving yang pelik. Suami bantu dapatkan apa yang saya ...

TAHUN BARU 2025

 Alhamdulillah  Tahun baru 2025 kini tiba. Life update... 2024  Dapat pindah rumah baru (kuarters). Dapat travel untuk urusan kerja ke Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dengan kapal terbang. Dapat usahakan barangan rumah baru meja makan, katil, peti ais, mesin basuh,tv,kabinet tv, meja kopi. Dapat belajar stats tools yang baru Knime..belajar dengan rakan sekerja. 2025 Banyak lagi nak capai dalam hidup ini. Moga Allah berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas. Mudah-mudahan dapat rezeki zuriat soleh dan solehah nanti.. Seberapa jauh kita melangkah, segalanya mudah dengan izin Allah. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang. Alhamdulillah kita syukur nanti Allah tambahkan lagi.