Skip to main content

JANGAN TERLALU MUDAH

Jangan terlalu mudah mengecewakan seseorang.Kelak kita yang akan dikecewakan pula.

Tetapi perasaan saya pada ketika itu lebih kepada sedih yang amat berbanding kecewa.Sedih sebab my Special1 buat panggilan telefon dan menyatakan ;

"Saya ada sesuatu nak bagitahu awak. Saya nak putuskan hubungan kita"

Kau rasaaaaa???

Masa tu memang dahsyat air mata keluar.Buntu sebab tidak tahu langsung apa alasan yang munasabah dia nak putuskan hubungan.Sedih sangat kerana berharap hubungan ini dapat dijaga hingga anak cucu.

"Betul-betul la awak.Jangan main-main T_T"

My Special1 cakap dia serius sebab dah fikir masak2 situasi sekarang dengan masing2 berjauhan dan sibuk.

Otak saya dah ligat berfikir jauh apa alasan kukuh sampai tiba2 nk putus.

Dia ada orang lain ke?Tak mungkin
Aku ada buat salah ke?Mcm takde
Dia nak fokus master ke?Takkanla smp nk putus
Dia dah tak sayang ke?Tapi dia yang beriya minta aku setia
Penat chuolsss fikir sambil nangis.

Rupanya itu adalah prank hari jadi sayaaaa

Sampai hati dia kenakan kita=_=

Dia cakap nanti dia akan repeat kenakan lagi since saya mudah terkena

Pastu dia gelak bahagia sgt.Aduhaii sabar je la kita ni.

Itu adalah drama sebab hadiah hari jadi akan diberi kemudian.Thank you my dear coz make me feel special .Tashabar nak dapat hadiah.

Comments

Popular posts from this blog

BERGELAR PEGAWAI PERANGKAWAN

 Alhamdulillah. Saya terima peluang menjadi seorang pegawai Perangkawan atau lebih dikenali sebagai Statistician dalam bahasa Inggeris. Saya dapat belajar lebih banyak berkaitan analisis data apabila ditempatkan di DOSM Putrajaya. Terdapat data bulanan, suku tahunan dan data tahunan yang boleh menjadi rujukan pengguna serta orang awam. Hanya perlu layari laman sesawang DOSM dan dapatkan penerbitan berkaitan dengan banci serta survei yang dilaksanakan. Bergelar sebagai Perangkawan kena sentiasa bersedia untuk menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan program yang bertujuan memantapkan lagi pengetahuan serta kemahiran dalam diri. Saya baru sahaja selesai menghadirkan diri dalam Kursus Penganalisisan Data menggunakan SAS Programming. Kursus asas tersebut dijalankan di Institut Latihan Statistik Malaysia di Sungkai, Perak. Kebanyakan sesi latihan dan kursus akan diadakan di ILSM. Kursus telah berlangsung selama 2 hari. Ini adalah kali ketiga saya pergi ke ILSM.  Sebelum ini ada me...

KEPUTUSAN TEMUDUGA PEGAWAI PERANGKAWAN

Setelah sekian lama menanti, akhirnya saya menerima keputusan temuduga. Saya hadirkan diri ke pusat temuduga pada pertengahan bulan Julai 2020. Alhamdulillah keputusan keluar pada bulan Sept 2020. Keputusannya adalah...jeng3..saya tutup skrin laptop dengan tangan baca emel "bahagian pengambilan SPA". Saya baca perlahan-lahan dari atas ke bawah. Kemudian saya menangis T_T Keputusan Temuduga Pegawai Perangkawan menyatakan saya dapat jadi Calon Simpanan. Perasaan agak berbelah bagi sebab bergelar calon simpanan adalah menunjukkan anda tidak gagal interview akan tetapi anda belum berjaya diserap masuk. Oleh itu, saya redha jika memang ada rezeki pasti tak ke mana. Saya dapati di Jabatan Perangkaan ada kekosongan sempena Banci Penduduk dan Perumahan 2020, jadi saya mohon sebagai jawatan Pekerja Sambilan Harian. Gambar selfie di atas adalah kenangan bergelar PSH 2020. Pada 2 tahun yang lalu, di sinilah saya memulakan latihan industri. Cepat masa berlalu... S...

TAHUN BARU 2025

 Alhamdulillah  Tahun baru 2025 kini tiba. Life update... 2024  Dapat pindah rumah baru (kuarters). Dapat travel untuk urusan kerja ke Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dengan kapal terbang. Dapat usahakan barangan rumah baru meja makan, katil, peti ais, mesin basuh,tv,kabinet tv, meja kopi. Dapat belajar stats tools yang baru Knime..belajar dengan rakan sekerja. 2025 Banyak lagi nak capai dalam hidup ini. Moga Allah berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas. Mudah-mudahan dapat rezeki zuriat soleh dan solehah nanti.. Seberapa jauh kita melangkah, segalanya mudah dengan izin Allah. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang. Alhamdulillah kita syukur nanti Allah tambahkan lagi.