Skip to main content

JAMUAN TAARUF AWAL SEMESTER

Assalamualaikum

Lama tak mengemas kini blog ini.Rasa ada keinginan untuk berkongsi lagi.Meskipun saya dah buat blog baru versi English,tapi apa salahnya kan ada dua blog.Haha.

Boleh ikuti blog saya yang kedua iaitu afifahorea94@wixsite.com.

Pada post kali ini saya mahu berkongsi pengalaman saya melibatkan diri dalam dunia D &T.Dakwah dan Tarbiyyah.Ahli-ahli usrah pasti selalu dengar dengan perkataan singkatan itu.

Saya mula melibatkan diri ketika usia 18 tahun.Selepas berjaya menamatkan SPM.Saya bertekad mahu ceburi satu kem yang bertujuan mempersiapkan diri ke alam universiti.Dari situ titik permulaan saya dengan persatuan HALUAN.Saya memyertai program HIMEGA(Hijrah Menara Gading).Program tersebut diadakan di KUIS.Satu lokasi yang sangat mendamaikan dengan keindahan panorama.Program terebut memberikan saya suatu gambaran alam universiti.Sebagai anak sulung,ianya amat bermakna bagi saya.

Pada post kali ini saya ingin bercerita tentang jamuan awal semester untuk para siswi HALUAN di sekitar Nilai.Alhamdulillah diberi peluang oleh Allah untuk meraikan wajah-wajah junior yang baru masuk ke kampus untuk sesi baru.

Bertemakan Ukhwah Fillah Walillah
Definisi ukhwah:Persaudaraan di jln Allah dan krn Allah.Hati dan jiwa yg terikat dgn ikatan akidah kpd Allah(Hassan Al-banna)

Surah Ali Imran(103):....mafhum:bpegang teguh dgn tali Allah dan jgn berpecah belah.

Ukhwah penting utk bina ummah.

Ukhwah dibina kerana Allah.

Level yg rendah;bsangka baik dgn sahabat.

Level yg plg tggi;atsar(lebihkn org lain)

Ada ukhwah fillah:bermakna dalam lingkungan syariat Allah

Ukhwah lillah:kerana Allah kita syg sahabat.

Ganjaran ukhwah
Berukhwah utk peroleh iman
Kwn boleh igtkn kta
Yg terbaik apabila kamu lihat seseorg kamu teringat Allah,apabila dia berkata mengingatkn kpd Allah.

Kwn yg baik itu boleh jadi syafaat.

Ibnu jauzi berkata kpd sahabatnya andai di akhirat kamu tak jumpa aku di syurga,doakn utk aku dgn kata2 Ya Allah insan ini pernah mengajak ku ke arah Mu.Bantulah dia.

Penyampaian tersebut dalam bentuk forum.Seterusnya majlis diteruskan dengan aktiviti berkumpulan.Setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua sebagai perdana menteri.Saya dilantik jadi perdana menteri.Kami sepakat memilih kumpulan nama negara Paradise.Kumpulan lain dengan nama seperti Leo,Sentosa dan satu lagi nama(sy terlupa).Huhu.

Kami diberi situasi dan ambil tindakan bagi setiap situasi isu semasa.Ahli kumpulan berdiri di atas kertas mahjung.Hanya perdana menteri kumpulan yang berdiri di luar kertas putih besar itu.Akhir sekali yang dinilai adalah sebenarnya kesedaran kita sebagai umat Islam.Kertas itu lambang kekayaan negara kita.Apabila diberi situasi,sedikit helaian kertas dikoyak dan menjadi simbolik sumbangan kita kpd negara Islam yg lain.Suatu aktiviti yang lain daripada lain.

Seterusnya,majlis diteruskan dengan makan malam.Saya juga telah terlibat pada waktu tengahari untuk bersama siapakan jamuan.Kami seronok dapat masak sendiri di rumah sewa.Bukanlah terer masak,tapi bila kita masak untuk disajikan kepada orang InshaAllah hasilnya sedap.Menu adalah nasi putih,kari ayam,sambal belacan,sayur goreng,dan tembikai.Air pula adalah air sirap.Sajian disediakan bagi 40 orang.Alhamdulillah berkat dan cukup untuk semua nikmati.

Sekian cerita dari saya.Dunia tarbiah satu dunia yang saya libatkan diri bagi mendampingi sahabat yang solehah.Sahabat yang boleh mengingatkan saya untuk ukhrawi.Di samping itu,saya berpeluang memgenali para pensyarah,ustaz,ustazah yang juga aktif bergiat dalam persatuan HALUAN.Saya memcuba untuk perbaiki diri sentiasa menjadi baik.Terima kasih kepada sahabatku Maryam Nadiah Suhor yang menemukan diri ke jalan ini.Terima kasih Aniqah Zulfa yang menemani di kem HIMEGA.Terima kasih Khaulah Adi,Hidayah Syahira,Afifah Tajul,Kak Fayrul yang sentiasa menceriakan bulatan gembira.Takkan saya lupa pada senior batch Kak Tiqa Sani dan Kak Adzkia dan Kak Fairuz dan lain2 yg masih diingati.Moga dalam jagaan Allah selalu.




Comments

Popular posts from this blog

KAKI TERSELIUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Hari ni saya nak kongsi pengalaman sukar yang saya lalui apabila terseliuh kaki. Hmmm...tak pernah pun terseliuh sebelum ni.Kali pertama dalam sejarah hidup Allah bg saya rasa macam mana sukarnya apabila berjalan dgn satu kaki. Di keheningan malam Sabtu,saya tak perasan lantai kafe KKNC tak rata.Saya hampir terjatuh..mujur ada Kak Kemo yg sedang berjln di hadapan saya.Tangan saya sempat bertahan pada badan Kak Kemo.Masa tu masih boleh berjalan sbb nak order makanan kt kaunter kafe.Akan tetapi pabila balik hostel iaitu KK1 mmg kaki saya tak boleh gerak langsung...Terasa otot di kaki merajuk dan taknak gerak.Gerak sikit terasa sakit dan berat kaki. Jap..sblum saya smbg cerita..sebenarnya mlm tu saya kt KKNC utk latih adik2 tamhidi sbg persediaan mereka utk debat wuddiyah@persahabatan di KISAS pada keesokan hari,Ahad@6Mac. Maka disebabkan insiden terseliuh,saya tak dpt ke KISAS.tiada jodoh kita..huhu.. Okey sambung balik story td..masa balik hostel sy memang...

KEPUTUSAN TEMUDUGA PEGAWAI PERANGKAWAN

Setelah sekian lama menanti, akhirnya saya menerima keputusan temuduga. Saya hadirkan diri ke pusat temuduga pada pertengahan bulan Julai 2020. Alhamdulillah keputusan keluar pada bulan Sept 2020. Keputusannya adalah...jeng3..saya tutup skrin laptop dengan tangan baca emel "bahagian pengambilan SPA". Saya baca perlahan-lahan dari atas ke bawah. Kemudian saya menangis T_T Keputusan Temuduga Pegawai Perangkawan menyatakan saya dapat jadi Calon Simpanan. Perasaan agak berbelah bagi sebab bergelar calon simpanan adalah menunjukkan anda tidak gagal interview akan tetapi anda belum berjaya diserap masuk. Oleh itu, saya redha jika memang ada rezeki pasti tak ke mana. Saya dapati di Jabatan Perangkaan ada kekosongan sempena Banci Penduduk dan Perumahan 2020, jadi saya mohon sebagai jawatan Pekerja Sambilan Harian. Gambar selfie di atas adalah kenangan bergelar PSH 2020. Pada 2 tahun yang lalu, di sinilah saya memulakan latihan industri. Cepat masa berlalu... S...

TEMUDUGA DI PUBLIC BANK

Alhamdulillah Pada 31 Mei sy hadirkn diri ke temuduga di Menara Public Bank Jalan Ampang. Keputusan temuduga akan di maklumkn 2 minggu lagi. Moga ada rezeki buat saya bekerja di bank. Saya gigih hadirkn diri untuk rebut peluang. Terima kasih kpd Aishah Mohd dan Sulihah yg memberi saya ruang utk tumpang rumah sewa mereka. ;)