Skip to main content

BERPESAN-PESAN

Assalamualaikum.

Saya ingin coretkan bicara saya dengan seorang yang baru dikenali dalam bas.Perjalanan bas dari TBS ke Kuantan menemukan saya dengan seorang yg berusia 30an.Dia yang memulakan bicara pada mulanya dengan bertanyakan kepada saya sama ada saya pelajar universiti atau sudah bekerja.

Dia begitu pemurah untuk berkongsi pengalaman dan nasihat untuk alam kerjaya.Dia kini bekerja di Jabatan Pendidikan Negara bagi daerah Kuantan untuk unit perakaunan.Dia berkhidmat bagi Jabatan Perakaunan yang telah mengarah dia bagi bekerja di bahagian akaun JPN.Dia baru 3 tahun berkhidmat di Kuantan.Sebelum ini pernah bekerja di sektor swasta selama 10tahun.

Saya bertanya apakah sebab berhenti bekerja.Dia maklumkan tentang kegawatan ekonomi masa kini yang ingin kurangkan kos dengan mengurangkan pekerja.Bukan mudah untuk mendapat pekerjaan.Dia berkata tiga peringkat saringan yang perlu dilalui bagi mendapat jawatan yang dia pegang sekarang.

Dia berpesan pada saya,

"Selagi awak boleh sambung belajar,sambung lah master.Jadi pensyarah".

Kerjaya sebagai pensyarah bukan carta tertinggi dalam pilihan hidup saya.Namun,apabila seorang yang telah melalui fasa alam kerjaya,saya cuba buka ruang pada hati ini untuk memikirkan tentang hal tersebut.Mungkin Allah nak saya mencuba untuk ke arah yang di luar kotak fikiran saya.

Kini saya ingin selesaikan alam degree sebelum benar2 ke arah peringkat seterusnya.Apa yg bermain di fikiran saya,saya ingin ceburi industri dahulu.Timba pengalaman mencari duit dan aplikasi ilmu yg dipelajari di universiti.

Dia berpesan lagi,

"Niat yang baik InshaAllah ada rezeki di mana-mana.Murah rezeki kalau niat nak tolong adik2,keluarga."

Terasa lapang dada bila generasi yang lebih tua dari kita memberi nasihat.Satu silap saya,saya tidak bertanya tuan punya nama.

Moga Allah mudahkan jalan untuk saya ingin jadi seorang yg berjaya.Menjadi impak dan inspirasi positif untuk orang-orang di sekeliling.

Comments

Popular posts from this blog

BABY ON THE WAY

 Alhamdulillah  Impian setiap pasangan inginkan zuriat. Zuriat yang soleh dan solehah menjadi harapan ibu bapa kerana bila sudah meninggal dunia semua amalan terputus kecuali antaranya amalan doa dari anak yang soleh dan solehah. Segala puji bagi Allah. Setelah doa dipanjatkan tanpa jemu, saya dan suami menerima khabar positif pada bulan Mac 2025. Doktor sahkan saya mengandung.  Rasa macam tak percaya pun ada setelah berkali-kali cuba alat pengesan kehamilan, selama ini satu garis je detect, kali ini terus dua garis. Saya dapat tahu je naik dua garis terus ajak suami ke klinik untuk scan pengesahan. Doktor check memang betul dah ada kantung. Subhanallah. Dalam keadaan tak terduga, tapi saya yakin masa yang tepat Allah hadirkan bakal cahaya mata buat saya dan suami. Semoga baby akan menjadi penyejuk mata kami. Alahan muntah saya alami pada waktu malam. Baby tahu saya sibuk bekerja siang hari hahaha...Setakat ini tiada craving yang pelik. Suami bantu dapatkan apa yang saya ...

KAKI TERSELIUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Hari ni saya nak kongsi pengalaman sukar yang saya lalui apabila terseliuh kaki. Hmmm...tak pernah pun terseliuh sebelum ni.Kali pertama dalam sejarah hidup Allah bg saya rasa macam mana sukarnya apabila berjalan dgn satu kaki. Di keheningan malam Sabtu,saya tak perasan lantai kafe KKNC tak rata.Saya hampir terjatuh..mujur ada Kak Kemo yg sedang berjln di hadapan saya.Tangan saya sempat bertahan pada badan Kak Kemo.Masa tu masih boleh berjalan sbb nak order makanan kt kaunter kafe.Akan tetapi pabila balik hostel iaitu KK1 mmg kaki saya tak boleh gerak langsung...Terasa otot di kaki merajuk dan taknak gerak.Gerak sikit terasa sakit dan berat kaki. Jap..sblum saya smbg cerita..sebenarnya mlm tu saya kt KKNC utk latih adik2 tamhidi sbg persediaan mereka utk debat wuddiyah@persahabatan di KISAS pada keesokan hari,Ahad@6Mac. Maka disebabkan insiden terseliuh,saya tak dpt ke KISAS.tiada jodoh kita..huhu.. Okey sambung balik story td..masa balik hostel sy memang...

BERGELAR PEGAWAI PERANGKAWAN

 Alhamdulillah. Saya terima peluang menjadi seorang pegawai Perangkawan atau lebih dikenali sebagai Statistician dalam bahasa Inggeris. Saya dapat belajar lebih banyak berkaitan analisis data apabila ditempatkan di DOSM Putrajaya. Terdapat data bulanan, suku tahunan dan data tahunan yang boleh menjadi rujukan pengguna serta orang awam. Hanya perlu layari laman sesawang DOSM dan dapatkan penerbitan berkaitan dengan banci serta survei yang dilaksanakan. Bergelar sebagai Perangkawan kena sentiasa bersedia untuk menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan program yang bertujuan memantapkan lagi pengetahuan serta kemahiran dalam diri. Saya baru sahaja selesai menghadirkan diri dalam Kursus Penganalisisan Data menggunakan SAS Programming. Kursus asas tersebut dijalankan di Institut Latihan Statistik Malaysia di Sungkai, Perak. Kebanyakan sesi latihan dan kursus akan diadakan di ILSM. Kursus telah berlangsung selama 2 hari. Ini adalah kali ketiga saya pergi ke ILSM.  Sebelum ini ada me...