Skip to main content

KEMBARA KETIGA part 2

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Sekarang saya sedang berehat di Homestay D'Lahar Besut Terengganu.Dari UM Nilam Puri kami pasukan debat arab USIM terus menuju ke sini.Alhamdulillah selesai sudah program di UM untuk promosikan pertandingan debat arab ASEAN serta satu kategori baru yg dipertandingkan iaitu Pertandingan Pidato Dwibahasa.Program dikemudi oleh Kak Ita selaku pengerusi majlis.Seterusnya ucapan kata alu-aluan oleh Kak Husna Seth berkenaan Pertandingan Debat Arab Asean.Program diteruskan dgn penyampaian oleh abg Amirul Syafiq@syaarun berkenaan kriteria pertandingan serta kategori yg dipertandingkan.Akhir sekali,taklimat teknik debat oleh Kak Azreen@Kak jikook.Taklimat berkenaan pidato dwibahasa diteruskan oleh Syafiq yg pernah menjadi pengarah Pertandingan Pidato Dwibahasa anjuran USIM di kampus.

Usai berprogram kami dijamu dengan juadah makan petang.Terima kasih UM dan KIAS yg sudi terima kunjungan delegasi dari USIM.Moga kita bersua lagi di Ihtifal ASEAN 2017.

InshaAllah.

Alhamdulillah utk hari ini.Hujan masih turun menemani hari rehlah kami.Moga tiap usaha peroleh barakah dan manfaat.


Comments

Popular posts from this blog

BERGELAR PEGAWAI PERANGKAWAN

 Alhamdulillah. Saya terima peluang menjadi seorang pegawai Perangkawan atau lebih dikenali sebagai Statistician dalam bahasa Inggeris. Saya dapat belajar lebih banyak berkaitan analisis data apabila ditempatkan di DOSM Putrajaya. Terdapat data bulanan, suku tahunan dan data tahunan yang boleh menjadi rujukan pengguna serta orang awam. Hanya perlu layari laman sesawang DOSM dan dapatkan penerbitan berkaitan dengan banci serta survei yang dilaksanakan. Bergelar sebagai Perangkawan kena sentiasa bersedia untuk menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan program yang bertujuan memantapkan lagi pengetahuan serta kemahiran dalam diri. Saya baru sahaja selesai menghadirkan diri dalam Kursus Penganalisisan Data menggunakan SAS Programming. Kursus asas tersebut dijalankan di Institut Latihan Statistik Malaysia di Sungkai, Perak. Kebanyakan sesi latihan dan kursus akan diadakan di ILSM. Kursus telah berlangsung selama 2 hari. Ini adalah kali ketiga saya pergi ke ILSM.  Sebelum ini ada me...

KEPUTUSAN TEMUDUGA PEGAWAI PERANGKAWAN

Setelah sekian lama menanti, akhirnya saya menerima keputusan temuduga. Saya hadirkan diri ke pusat temuduga pada pertengahan bulan Julai 2020. Alhamdulillah keputusan keluar pada bulan Sept 2020. Keputusannya adalah...jeng3..saya tutup skrin laptop dengan tangan baca emel "bahagian pengambilan SPA". Saya baca perlahan-lahan dari atas ke bawah. Kemudian saya menangis T_T Keputusan Temuduga Pegawai Perangkawan menyatakan saya dapat jadi Calon Simpanan. Perasaan agak berbelah bagi sebab bergelar calon simpanan adalah menunjukkan anda tidak gagal interview akan tetapi anda belum berjaya diserap masuk. Oleh itu, saya redha jika memang ada rezeki pasti tak ke mana. Saya dapati di Jabatan Perangkaan ada kekosongan sempena Banci Penduduk dan Perumahan 2020, jadi saya mohon sebagai jawatan Pekerja Sambilan Harian. Gambar selfie di atas adalah kenangan bergelar PSH 2020. Pada 2 tahun yang lalu, di sinilah saya memulakan latihan industri. Cepat masa berlalu... S...

TAHUN BARU 2025

 Alhamdulillah  Tahun baru 2025 kini tiba. Life update... 2024  Dapat pindah rumah baru (kuarters). Dapat travel untuk urusan kerja ke Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dengan kapal terbang. Dapat usahakan barangan rumah baru meja makan, katil, peti ais, mesin basuh,tv,kabinet tv, meja kopi. Dapat belajar stats tools yang baru Knime..belajar dengan rakan sekerja. 2025 Banyak lagi nak capai dalam hidup ini. Moga Allah berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas. Mudah-mudahan dapat rezeki zuriat soleh dan solehah nanti.. Seberapa jauh kita melangkah, segalanya mudah dengan izin Allah. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang. Alhamdulillah kita syukur nanti Allah tambahkan lagi.